Bidadari.My telah bermula sejak tahun 2013 lagi. Motivasi dengan beberapa potong ayat suci al-Quran dan hadis baginda Rasulullah s.a.w. berkaitan ganjaran besar menanti mereka yang memberikan peringatan serta menyampaikan ilmu walaupun hanya satu ayat.
Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
Surah Adz-Dzaariyaat 51:55
Alhamdulillah, dengan sokongan pelbagai pihak, wadah cetusan inspirasi ini dapat bergerak sehingga saat ini. Mudah-mudahan Tuhan merahmati dan mempermudahkan urusan kami menyampaikan ilmu kekeuargaan di maya ini.
Menyediakan laman web pendidikan berbentuk online terbaik mengenai wanita dan kekeluargaan. Berkongsi ilmu dengan golongan pembaca dalam memperolehi inspirasi dan motivasi dalam meningkatkan diri, dan menaik taraf ekonomi diri, keluarga, bangsa dan juga agama untuk wanita.