Ucapan selamat pagi sahabat sangat perlu untuk menceriakan hari sahabat tersayang. Sebagai seseorang yang mementingkan ikatan persahabat tidak salah sebenarnya untuk memberi ucapan selamat pagi ini. Pergi kerja, masuk kelas dan sebagainya dengan senyuman manis di bibir di tambah  dengan ucapan selamat pagi memang amat mendamaikan.

selamat pagi

image via : rxrelief

Itu baru ucapan selamat pagi biasa, belum lagi ucapan selamat pagi yang special. Jika anda mahu ucapkan ucapan selamat pagi pada sahabat-sahabat, tidak kisahlah sama ada secara realiti ataupun di alam maya, anda boleh ungkapkan ucapan dengan ayat anda sendiri.

Luahkan apa yang ada kat hati tu. Selamat pagi untuk sahabat ini boleh diberi dalam pelbagai gaya seperti ucapan selamat pagi yang romantis, lucu, penuh semangat, ceria dan sebagainya. Selamat pagi untuk motivasi pagi juga boleh.

20 Ucapan Selamat Pagi Yang Special Dan Pelbagai Guna

Pasti anda tertanya-tanya ucapan selamat pagi apa yang sesuai untuk diberikan kepada sahabat anda. Jangan risau sebab di bawah ini admin akan kongsikan dengan anda beberapa contoh ucapan selamat pagi untuk sahabat yang boleh digunakan. Jadi lepas ini anda bolehlah berikan ucapan ini pada sahabat anda.

#1 – Wahai sahabatku, marilah kita mulakan pagi ini dengan mengasihi diri kita sendiri. Jangan juga lupa untuk berikan rasa cinta kita terhadap orang sekekeliling dengan sebuah senyuman yang paling manis. Insyallah hari kita akan bahagia dan tenang untuk melakukan semua kerja. Aamiin. 

#2 – Duhai sahabat, percayalah setiap perubahan yang berlaku pada diri kita pari ini hanyalah satu permulaan. Bangun dan senyumlah. Ku doakan dirimu terus kekal ceria setiap hari.

#3 – Bukalah mata anda wahai sahabat. Biarkan matahari menyinari pagimu bersama usaha untuk menggapai segala apa yang kamu impikan. Jangan sesekali mengeluh seperti orang yang tidak mempunyai usaha untuk menggapai apa yang di impikan.

#4 – Wahai sahabatku, marilah kita mulakan pagi ini dengan penuh semangat untuk mencapai setiap apa yang kita mahukan

#5 – Pagi adalah sesuatu yang indah. Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan kerana pagi adalah satu permulaan untuk sesuatu yang dipanggil kehidupan. Selamat pagi sahabat semoga hari kamu berjalan dengan lancar.

#6 – Selamat pagi sahabat. Terima kasih kerana sentiasa menjadi ranting tempat ku berpaut dari jatuh. Terima kasih juga kerana menjadi orang pertama menghulurkan tangan, membantu aku berdiri kembali di kala diriku rebah.

#7 – Selamat pagi sahabat, semoga pagi ini menjadi pagi yang terbaik untukmu, dan semoga Allah melancarkan segala urusanmu. 

#8 – Selamat pagi sahabat. Ingatlah tanpa usaha kamu tidak akan dapat keputusan yang terbaik dalam hidup. Jadi usahalah dan terus lagi berusaha bermula dari waktu pagi yang indah begini.

#9 – Selamat pagi wahai sahabat sekalian. Orang yang berjaya tidak akan mudah sombong diri apabila dipuji dan mereka tidak akan rebah ketika di caci. Renung-renungkan. 

#10 – Antara permata dan persahabatan, lebih baik memilih persahabatan kerana nilai sesuatu persahabatan lebih mahal dari nilai batu permata. Selamat pagi sahabat semoga persahabatan kita kekal utuh.

#11 – Selamat pagi sahabat, jangan mudah rebah biarlah badai melanda sekalipun, tetap teguh pertahankan persahabatan. Kerana persahabatan yang terjalin ini adalah ikhlas dari hati.

#12 – Matahari sentiasa terbit dari timur, manakala sahabat sejati akan sentiasa ada dengan kita sewaktu susah atau senang. Selamat pagi sahabat mulakan pagimu ini dengan solat, senyuman dan istiqamah.

#13 – Selamat pagi duhai sahabatku, segala kejayaan adalah datang dari diri kita dan jatuh itu adalah perkara biasa. Bangkitlah duhai sahabatku, jangan pernah rebah dan mengaku kalah sebelum bermulanya sebuah perjuangan. Aku sentiasa ada berdiri dibelakangmu. 

#14 – Semoga pagi ini menjadi permulaan untuk perjalanan kamu menuju kejayaan. 

#15 – Selamat pagi sahabat, ingatlah hidup tanpa cabaran seperti sayur tanpa garam, ia akan rasa sangat tawar. Fikirkan setiap cabaran yang datang sebagai sebuah kekuatan yang akan membawa kamu untuk menjadi orang yang lebih baik dan matang.

#16 – Good morning sahabat. Eh! Kenapa muram tu? Jangan begitu… senyumlah kerana senyummu itu benar-benar dapat membuatkan kau dan aku sama-sama bahagia.

#17 – Good morning my friend… bangun… bangun… lekas.. lekas… nanti lewat masuk kerja. Ops, jangan lupa senyum kot-kot dalam diam ada secret admire yang tengah mengintai.

#18 – Selamat pagi kawan! Cantik pagi ni… amboi.. bila puji terus senyum ye? Haa senyum lagi nampaknya. Baguslah kerana senyuman begini dapat membuat kau bahagia sepanjang hari. 

#19 – Selamat pagi. Jangan lupa doa sebelum mulakan kerja dan jangan lupa belanjaku makan bila dah dapat duit belanja. Hahaha.. 

#20 – Waktu pagi makan kuaci, waktu malam makan kari. Ku ucapkan selamat pagi, moga dirimu kekal happy. 

selamat pagi

image via : romadecade

Kaedah Untuk Memberi Ucapan Yang Releven

“Assalamualaikum, selamat pagi sahabat”, tidak dinafikan ada yang berasa malu untuk ucapkan ucapan sebegini secara bertentang mata. Tak mengapa, anda masih boleh berikan ucapan selamat pagi dengan kaedah lain yang lebih releven lain seperti ;

  • memberikan ucapan dalam bentuk kad
  • memo
  • whatsapp
  • mesej di Instagram
  • khidmat pesanan ringkas (SMS)
  • status di Facebook dan sebagainya.
selamat pagi

image via : rxrelief

Bersuami Hanya Satu Dan Bersahabat Biarlah Beribu

Itulah dia antara contoh ucapan selamat pagi sahabat yang boleh anda gunakan. Semoga dengan perkongsian ini dapat mengeratkan lagi hubungan anda dengan sahabat masing-masing. Hargailah dan sayangilah mereka kerana mereka sememangnya tahu siapa anda yang sebenar. Terimalah diri mereka seadanya dan jagalah ikatan dengan sebuah kepercayaan hingga ke akhir hayat nanti.

Sumber :

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.