Wanita selepas bersalin penting untuk memastikan mereka mengikuti amalan berpantang yang betul bagi kesihatan berpanjangan. Contoh yang paling terdekat adalah tungku bersalin.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda mengenai tungku bersalin merangkumi isu-isu tentang kepentingan, jenis, dan juga kebaikannya kepada wanita selepas bersalin.

Apa itu bertungku lepas bersalin?

Amalan berpantang merupakan amalan turun-temurun yang banyak dilakukan oleh wanita Melayu khususnya selepas waktu bersalin.

Umumnya, tempoh berpantang yang biasa diamalkan adalah antara 40 hingga 55 hari bagi wanita Melayu, manakala 30 hari pula bagi wanita Cina dan India.

Amalan tradisional semasa berpantang salah satunya adalah bertungku. Amalan ini dilakukan dengan memanaskan objek seperti batu yang dibalut herba tertentu.

Tungku ini akan dibalut dengan harba dan kain tebal lagi bagi mengelakkan kulit melecur sebelum diletakkan pada bahagian anggota badan tertentu.

Pentingkah bertungku bagi penjagaan ibu?

Ramai yang tidak tahu pentingnya amalan tungku bersalin bagi ibu selepas melahirkan anak.

Antara kelebihan bertungku adalah seperti:

  • Memulihkan tenaga ibu selepas bersalin.
  • Menguruskan badan kembali sihat.
  • Menghangatkan badan ibu.
  • Memudahkan buang angin dari badan.
  • Mengelakkan dari buasir.
  • Membaik pulihkan urat saraf.
  • Mengurangkan rasa lenguh.
  • Melancarkan perjalanan darah dalam badan.

Jenis-jenis tungku bersalin dan perbezaannya

Terdapat beberapa jenis tungku merangkumi tungku tradisional dan tungku moden. Berikut adalah jenis-jenis tungku yang boleh ada dapatkan dipasaran.

1. Tungku batu

Tungku batu adalah tungku tradisional yang mula-mula dipakai oleh para ibu semasa berpantang.

Tungku jenis ini mampu untuk bertahan panas lama selama satu jam. Cara penggunaannya, batu sungai tersebut akan dipanaskan atas api selama 5-20 minit sebelum dibalut kain yang dialas herba-herba pilihan.

2. Tungku besi

Tungku jenis yang moden ini mempunyai fungsi yang hampir sama dengan tungku sungai tetapi bentuknya yang lebih moden sedikit.

Ia tidaklah terlalu berat untuk dibawa kemana-mana oleh kerana beratnya hanya sekitar 2 kilogram sahaja.

3. Tungku pasir

Tungku yang siap dibalut dan diikat dengan kain ini dinamakan tungku pasir. Ia menjadi pilihan ramai oleh kerana saiznya yang lebih kecil, ringan tetapi mengandungi khasiat yang sama dengan tungku tradisional.

Isi dalamnya terkandung bahan seperti garam bukit dan juga lebih 50 rempah ratus terpilih seperti daun asam, daun mengkudu dan serai wangi.

4. Tungku layor

Tungku bersalin yang terhasil dari bahan semula jadi iaitu buah atau daun dikenali sebagai tungku layor.

Antara buah yang sesuai digunakan adalah seperti buah mengkudu, jambu batu hutan, kecubung dan kaduk.

Bagi jenis daun pula yang sesuai adalah seperti daun kantan, lengkuas, mengkudu, jambu batu hutan, kaduk, kecubung dan sirih. 

5. Tungku bijirin

Tungku bijirin digunakan oleh sesetengah bidan kampung sahaja untuk terapi bersalin. 

Bijirin yang digunakan ialah jagung, kacang, lada hitam, daun kantan, lada ekor, kacang hijau, halia, daun pandan, ketumbar dan lengkuas.

6. Tungku abu

Abu yang diperoleh dari kayu api sebenarnya boleh dibuat dijadikan tungku bersalin.

Tungku jenis ini amat unik dan jarang sekali dijumpai oleh kerana kurangnya cara memasak menggunakan kayu api.

7. Tungku moden

Cara terkini yang paling mudah, moden, dan fleksibal untuk bertungku adalah dengan tungku elektrik yang banyak dijual di pasaran.

Tungku moden ini tidak perlu menggunakan api untuk memanaskan melainkan ia hanya perlu dicas elektrik dan digunakan seakan-akan bantal alas di bahagian badan.

Cara untuk bertungku bagi wanita bersalin

Disarankan kepada ibu berpantang untuk melakukan bertungku sebanyak 2 kali pada waktu pagi dan petang.

Bahagian-bahagian badan yang sesuai untuk bertungku adalah seperti:

  • Bahagian keliling payudara, tengkuk, belakang pinggang.
  • Bahagian peranakan dari bawah sehingga ke pusat.
  • Bahagian pelipat, punggung, peha dan betis.

Keburukan jika tidak bertungku bagi wanita lepas bersalin

Sungguhpun amalan berpantang sudah menjadi amalan sejak turun temuran lagi dan diakui kebaikannya, namun begitu masih terdapat beberapa orang yang memandang remeh akan amalan ini.

Keburukan tidak mengamalkan bertungku mungkin sahaja tidak kita rasai pada masa terdekat namun bagi jangka masa panjang kita sendiri akan mula terasa kesannya.

1. Berlaku rahim mulai jatuh

Masalah rahim jatuh berlaku disebabkan oleh ligamen dan otot yang berfungsi untuk memegang rahim pada kedudukan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran.

Kesannya, kedudukan rahim akan jatuh bawah dan ada sesetengah kes ia boleh sehingga terkeluar dari salurah faraj.

2. Gangguan pada hubungan kelamin

Wanita yang tidak berpantang dengan betul boleh berisiko menyebabkan kelonggaran pada bahagian sulit atau faraj. Secara tepatnya ia biasa berlaku pada Pelvic Floor Muscle.

Fungsi Pelvic Floor Muscle yang sepatutnya mencengkang atau mengemut dalam proses hubungan seksual akan terganggu sehingga menyebabkan gangguan semasa hubungan intim.

3. Sukar melawan kencing tak lawas

Masalah buang air kencing seperti kerap membuang air kecil, sakit ketika membuang air kecil, dan kencing tidak lawas sememangnya menganggu aktiviti harian kita.

Gangguan ini disebabkan oleh wanita mengalami masalah rahim kendur atau prolapse.

4. Sakit dibahagian pinggang

Kesan dari rahim yang jatuh juga boleh menarik otot dan urat dibahagian pinggang tertarik sehingga menyebabkan ramai diantara wanita mengadu sakit pinggang.

Selain dari petua tentang tungku bersalin ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain berkenaan bersalin seperti:

Rujukan:

  1. Sedang Berpantang? Ibu, Ikut 3 Cara Bertungku Ini Kalau Nak Cepat Langsing! Hello Doktor
  2. Bila Masa Yang Sesuai Bertungku Selepas Bersalin? Furby Moms
  3. Kelebihan Tungku Selepas Bersalin. Set Suri

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.