Keadaan Anda Ketika Kehamilan Minggu Ke-9

Berat badan kebanyakan wanita akan bertambah pada tahap ini yang mana ia adalah normal. Tapi “baby bunmp” pada kebanyakan dari mereka juga masih tidak kelihatan jelas.

Sakit kepala pada ketika ini adalah perkara biasa. Anda boleh mengambil paracetamol mengikut arahan yang dinyatakan di dalam pembungkusnya jika perlu. Berbincanglah dengan pakar kesihatan anda jika terdapat masalah atau perubahan yang amat mengganggu diri anda.

Semasa hamil, maka anda kini lebih cenderung kepada jangkitan pergigian. Oleh itu, jagalah gigi dan gusi anda dengan lebih perhatian. Gunakan berus gigi yang lembut dan flos gigi. Pertimbangkan untuk bertemu dengan doktor gigi anda bagi tujuan pemeriksaan.

 

Otot Lantai Pelvik

Lantai pelvic adalah kumpulan otot dan ligamen yang menyokong pundi kencing, uterus dan ususnya. Adalah disyorkan agar semua wanita membuat senaman otot lantai pelvic setiap hari untuk mengelakkan kelemahan dan memperbaiki kekuatan.

Memastikan yang otot lantai pelvik anda berada dalam keadaan baik dengan senaman lantai pelvik akan membantu anda menghindari masalah pund kencing seperti tidak dapat mengawal air kencing semasa hamil atau selepas melahirkan.

Senaman lantai pelvic juga boleh membantu semasa melahirkan dan pemulihan selepas melahirkan. Senaman ringan yang tetap seperti bejalan boleh membantu untuk menguatkan otot lantai pelvik anda.

 

Bayi Anda Semasa Anda Hamil 9 Minggu

Hamil Minggu 9
Imej:yourbabylibrary.com

Bayi anda amat kecil tapi pertumbuhannya amat cepat:

  • Embrio sepanjang kira-kira 1.7cm, dari kepala ke ekornya.
  • Kepalanya hampir kelihatan seperti bayi sekarang walaupun ia lebih besar berbanding keseluruhan badannya. Ciri-ciri pada wajahnya juga lebih jelas. Bahagian luar dan tengah telinganya sedang terbentuk, tetapi bayi masih tidak boleh mendengar sehingga minggu ke 24.
  • Pembuluh darah kecil kelihatan di bawah kulit embrio yang lut sinar.
  • Rangka bayi anda sudah mulai terbentuk.
  • Lengan dan kakinya lebih panjang dan membengkok sedikit. Ia kelihatan seperti bayi anda sedang memeluk dirinya sendiri.
  • Tali pusat dan rahim sedang berkembang.

Penulis: Editor Bidadari.My

Mencari post-post menarik di Facebook atau artikel bermanfaat untuk dikongsikan bersama pembaca Bidadari.My. Semoga info yang dikongsi bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.