Keadaan Anda Pada Minggu Kedua Kehamilan

Haid anda sudah pun tamat pada masa ini. Salah satu daripada ovari anda sudah bersedia untuk melepaskan ovum. Ovari juga turut menghasilkan banyak estrogen. Estrogen adalah permulaan beberapa proses penting di dalam tubuh anda.

 

Hamil Minggu 2
Imej:Yourbabylibrary.com

 

 

  • Tiub fallopio dan servik menghasilkan ‘mukus subur’, yang membantu dan melindungi mana-mana sperma yang melaluinya.
  • Satu lapisan iaitu endometrium mula membesar di dalam uterus anda. Ovum yang subur akan menanam dirinya di dalam endometrium.
  • Pada penghujung minggu ini, ovari anda sudah pun bersedia untuk membebaskan ovum. Proses ini dikenali sebagai ovulasi.

Ovulasi dan Seks

Ovulasi biasanya berlaku dalam pada kira-kira hari ke 14 jika anda mempunyai kitaran menstruasi sebanyak 28 hari. Anda berkemungkinan besar untuk hamil jika melakukan hubugan seks pada 1-3 hari sebelum ovulasi.

Penulis: Editor Bidadari.My

Mencari post-post menarik di Facebook atau artikel bermanfaat untuk dikongsikan bersama pembaca Bidadari.My. Semoga info yang dikongsi bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.