Ramai yang memerlukan perkhidmatan travel agensi untuk melancong sama ada dalam atau luar negara. Banyak kebaikan menggunakan perkhidmatan ini kerana semestinya dapat memudahkan urusan perjalanan anda dari mula sampai akhir percutian.
Dengan ejen pelancongan, anda hanya perlu menyediakan wang secukupnya dan dokumen perjalanan yang diperlukan sahaja. Apa yang pasti, masa anda dapat dijimatkan kerana semua urusan termasuk tiket, hotel dan tempat yang ingin dilawati telah diatur dengan lengkap oleh ejen tersebut.
Bukan itu sahaja, ejen pelancongan semestinya sudah berpengalaman dan berpengetahuan luas mengenai selok-belok pelancongan dan tempat yang ingin dituju. Jika pergi ke tempat baharu secara sendirian, pasti kita terpinga-pinga untuk melakukan atau menuju ke sesuatu tempat.
Tambahan pula, keselesaan dan keselamatan kita akan terjamin memandangkan ada wakil rasmi atau pemandu pelancong yang berpengalaman terutama jika berlaku sebarang masalah di lapangan terbang atau hotel.
Memang banyak travel agensi yang ada di Malaysia. Namun, pastikan agensi tersebut telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Hal ini bagi mengelakkan kes penipuan yang telah banyak terjadi sebelum ini sehinggakan pelanggan hilang ribuan ringgit. Kami senaraikan 10 travel agensi yang top di Malaysia!
Holidaygogogo antara travel agensi terbaik di Malaysia kerana mereka menawarkan pakej pelancongan yang rata-ratanya berkonsepkan alam semula jadi. Secara tak langsung, kita dapat menerokai keindahan seluruh pelusuk Malaysia.
Holidaygogogo akan membawa anda menerokai keindahan negara ini terutama pulau-pulau cantik seperti Semporna, Pulau Redang, Pulau Rawa dan sebagainya. Tak cukup dengan itu, ada juga pakej glamping, taman tema dan pakej berbulan madu yang menarik. Mereka akan menguruskan segala hal termasuk tiket, hotel, pengangkutan dan segala keperluan anda.
Ditubuhkan pada 2013, Holidaygogogo turut menawarkan pakej pelancongan luar negara seperti Maldives, Thailand, Indonesia dan Vietnam. Paling best, ada juga pakej menaiki cruise sama ada Genting Dream Cruise dan Royal Caribbean Cruise. Jika anda teringin menaiki cruise dengan pakej yang lengkap dan tawaran harga yang mampu milik, tempah sahaja bersama Holidaygogogo!
Alamat: No. 47-1, Jalan Setia Gemilang U13/BG, Setia Alam, Seksyen U13, 40170 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: Isnin-Jumaat (9.00 am-6.00 pm)
Website: Holidaygogogo | Cari Destinasi
No telefon: 010-239 6385 | 016-379 6385 | 016-352 6385
Andalusia Travel & Tours sangat terkenal dengan pakej umrah dan haji. Namun tahukah anda, mereka turut menawarkan pakej pelancongan dalam dan luar negara. Kini Andalusia Travel & Tours mempunyai banyak cawangan di seluruh negeri untuk memudahkan pakej pelancongan anda.
Kota Kinabalu dan Kundasang, Splash Mania dan Lost World Hot Spring Night antara pakej dalam negara yang berbaloi ditawarkan oleh Andalusia. Ramai juga yang menggunakan perkhidmatan Andalusia untuk Itali, Turkiye, Portugal dan negara Eropah yang lain.
Alamat: 25, 27, 29, Jln 1/76, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur
Website: Andalusia Travel & Tours
Kembara Sufi Travel & Tours pula menawarkan pakej pelancongan Muslim dengan lebih banyak destinasi tempatan dan luar negara. Syarikat yang telah ditubuhkan pada Disember 2012 ini menawarkan pakej pelancongan berbulan madu, lawatan secara berkumpulan, tujuan penyelidikan pelajar dan sebagainya.
Antara pakej percutian dalam negara yang ditawarkan termasuklah Houseboat Royal Belum, Houseboat Tasik Kenyir, Pulang Redang dan Pulau Perhentian. Lebih 33 buah lokasi luar negara turut menjadi destinasi pilihan Kembara Sufi untuk anda bercuti termasuklah Kashmir, Mesir, Korea dan Jordan.
Alamat: Lot 2-7, Kompleks Anggerik Mall, Jalan 14/7, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Website: Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd
Ditubuhkan pada tahun 2005, Al-Ilmi Travel & Tours yang dahulunya terkenal dengan pakej umrah kini menawarkan lebih banyak destinasi pelancongan ke serata dunia.
Lebih 100 destinasi menjadi tumpuan sama ada untuk percutian secara berkumpulan atau privasi bersama keluarga atau rakan. Langkawi merupakan destinasi dalam negara yang boleh diuruskan oleh Al-Ilmi. Jika mahu ke luar negara, mereka menawarkan pakej ke Itali, German, New Zealand dan lain-lain.
Alamat: No 32-1, Jalan AWF 3, Ampang Water Front, 68000 Ampang, Selangor
Website: Al-Ilmi Travel & Tours
Lebih 30 000 rakyat Malaysia telah menggunakan perkhidmatan ARBA Travel & Tours untuk bercuti dalam dan luar negara. Ditubuhkan pada 2015, destinasi dalam negara yang menjadi tumpuan untuk agensi ini adalah Sabah, Sarawak, Pulau Redang dan Pulau Perhentian.
Ada juga pakej ke negara jiran yang popular seperti Krabi, Bali, Bangkok dan Lombok. Jika mahu ke negara yang lebih jauh, mereka menawarkan pakej percutian muslim ke Seoul, Turki, Switzerland, Hokkaido dan sebagainya.
Alamat: K-3-01, Conezion, Persiaran IRC3, Ioi Resort, 62502 Putrajaya
Website: ARBA Travel
Travel agensi yang berpengkalan di Seri Kembangan Selangor ini telah beroperasi lebih 10 tahun dan mempunyai banyak pengalaman dalam bidang pelancongan. Wiya Travel & Tours turut menyediakan pakej pelancongan secara persendirian dan berkumpulan.
Selain pakej umrah, mereka menawarkan pakej percutian luar negara sewaktu musim sejuk dan cuti sekolah ke Korea, Brunei dan Taiwan. Pakej percutian persendirian murah dengan bawah RM 1000 untuk ke Indonesia, Vietnam dan China.
Alamat: 37-3, Level 2, Jalan SP 2/1, Seksyen 2, Serdang Perdana, 43300, Seri Kembangan, Selangor.
Website: Wiya Travel
KOP Travel & Tour adalah syarikat kepunyaan Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad yang telah ditubuhkan pada 13 September 1990. Mereka telah memperoleh kejayaan dalam bidang pelancongan lebih 29 tahun.
Kota Kinabalu antara pakej domestik yang ditawarkan oleh KOP Travel & Tour. Bukan itu sahaja, pakej pelancongan luar negara seperti Iraq, Kuwait, Mesir dan Itali antara pakej yang berbaloi. Anda juga berpeluang untuk mengerjakan umrah dengan ejen ini.
Alamat: Bangunan Koperasi Polis, Aras Bawah, Jalan Sultan Sulaiman, Kampung Attap, 50000 Kuala Lumpur
Website: KOP Travel & Tour
Kembara Salam antara travel agensi yang menawarkan pakej pelancongan ke negara Balkan yang berbaloi. Antara negara yang boleh dilawati bersama mereka termasuklah Bulgaria, Croatia dan Bosnia. Ada juga pakej untuk melawat Amman di Jordan dan Jerusalem di Baitulmaqdis.
Bagi pelancongan domestik, tempat yang menjadi tumpuan untuk pelancong semestinya di Sabah iaitu Semporna, Kundasang dan Kota Kinabalu. Yang penting, travel agensi ini telah berdaftar dan mesra muslim.
Alamat: Unit 02 Level 8, Plaza Azalea, Persiaran Bandar Raya, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Website: Kembara Salam Travel & Tours
Namapun Sedunia Travel sudah pasti mereka menawarkan pakej pelancongan ke seluruh benua di dunia termasuklah Asia, Eropah dan Afrika.
Ditubuhkan pada 1976, bermula dengan hanya menjual tiket pelancongan kini telah menjadi salah satu ejen pelancongan terbesar di Malaysia. Tidak hairanlah banyak pakej pelancongan ke serata dunia ditawarkan dengan harga yang berpatutan.
Alamat: Level 13, Menara Genesis, 33, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Level 13, Menara Genesis, 33, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Website: Sedunia Travel
Raha Legacy Holidays juga antara travel agensi yang telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Mereka menawarkan pakej pelancongan dalam dan luar negara, pakej umrah dan pakej berbulan madu.
Sabah, Sarawak dan pulau-pulau menarik di Malaysia antara destinasi yang termasuk dalam pakej tawaran mereka dan harganya memang mampu milik. Dubai, Norway, Lombok dan Australia juga antara lokasi tumpuan dan terhangat untuk bercuti bersama Raha Travel & Tours.
Alamat: B-09-13A, i-SOVO, i-City, Jalan, Jalan Multimedia, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Website: Raha Legacy Holidays
Setiap travel agensi yang disenaraikan diatas mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Mereka turut menawarkan harga yang berbaloi dan promosi untuk waktu-waktu tertentu.
Travel agensi diatas semestinya telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Tak perlu ragu-ragu, kerana banyak komen positif mengenai travel agensi tersebut.
Nak bercuti dengan seronok tanpa memikirkan pelbagai hal? Gunakan saja perkhidmatan travel agensi yang pasti dapat memudahkan perjalanan anda dari mula sampai akhir percutian.