Bila tiba bulan ramadhan, kita sebagai muslim diwajibkan untuk berpuasa. Bagi wanita yang hamil tidak diwajibkan untuk berpuasa, tetapi jika mampu berpuasa, boleh! Info sebenar mengenai 7 tips untuk ibu hamil.

Ibu hamil berpuasa
Image via Bidadari.my

Mari kami kongsikan tips untuk ibu hamil yang berpuasa daripada Dr. Suhazeli Abdullah.

Hukum telah digariskan oleh ulama bahawa wanita hamil tidak diwajibkan berpuasa. Begitu juga bagi wanita yang menyusu anak kecil mereka. Di haruskan berbuka puasa dengan syarat menggantikannya setelah semula dan/atau membayar fidyah.

Hukumnya jelas dibahaskan oleh ulama demi menjaga kemashlahatan kesihatan bagi ibu-ibu. Begitu indahnya Islam.

Mutaakhir ini terdapat banyak kajian yang menghubung-kaitkan antara puasa Ramadhan dengan kesan kesihatan terhadap ibu hamil. Terbukti bahawa puasa Ramadhan tidak memberi kesan negatif kepada beliau dan anak dalam kandungan. 

Sememangnya 4 bulan pertama awal hamil adalah masa yang kritikal bagi tumbesaran janin. Disertai pula dengan sesetengah ibu hamil yang muntah-muntah akibat alahan. Di saat ini lah memerlukan penjagaan kesihatan yang optimum. Pemilihan makanan yang berzat dan meminum air secukupnya.

Atas ketaatan kita sebagai muslim, ramai ibu-ibu hamil yang bernekad juga melakukan ibadah puasa. Boleh mereka meneruskan berpuasa. Bagi negera kita, purata waktu siang agak pendek, antara 11 – 12.jam, tidaklah terlalu lama berlapar dan berdahaga.

Berikut adalah tips berpuasa untuk ibu hamil:

i) Makan makanan berzat semasa berbuka dan sahur. Banyakkan serat seperti sayuran bagi mengelakkan rasa kenyang semasa siang hari. Ini kerana serat lambat proses pencernaannya. 

ii) Minum air kosong paling minima 7 gelas. 

iii) Semasa bersahur dan berbuka, mulai dengan makanan gula ringkas seperti buah tamar. 

iv) Kurangkan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga fizikal pada siang hari.

v) Elakkan juga melakukan aktiviti luar rumah terutama sewaktu panas terik matahari. 

vi) Jangan mengambil minuman bergas dan berkafein. 

vii) Ketahui tanda-tanda anda kekurangan air, atau kekurang zat gula dalam badan (hipoglisemia).

Andai berat badan bertambah atau berkurang 10% dari berat sebelumnya, dinasihatkan tidak berpuasa kerana ianya berisiko menjejaskan janin. Pertambahan atau penurunan berat badan ini perlu diperhati sebaik mungkin, kerana ia melibatkan jumlah kalori yang dimakan sepanjang tempoh berpuasa. Hal ini perlu dititik beratkan kepada ibu-ibu hamil yang sudah mempunyai masalah perubatan seperti kencing manis, darah tinggi, anemia dan seumpamanya.

*Jika ibu-ibu hamil diluar sana ingin menunaikan kewajipan berpuasa, mereka boleh mengikuti tips-tips yang diberikan oleh Dr Suhazeli ini. Tetapi, ibu yang hamil perlu ingat bahawa jangan menyeksa diri menahan lapar dan dahaga. Ianya tidak baik untuk kesihatan kandungan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Baca artikel penuh di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.