Disini dikongsikan tips Ramadhan tentang kesihatan. Bulan yang diberkati ini merupakan peluang keemasan bagi mereka yang mencari kemanisan beribadah dan juga peluang untuk kembali sihat. Insha Allah.

 

Sayuran

Imej: newsweek

 

Badan akan mula kekurangan gula di siang hari. Glikogen di hati akan dibakar sebagai sumber tenaga dan lama kelamaan sumber tenaga ini akan berkurangan. Kehabisan glikogen yang menyimpan air akan menyebabkan berat anda turun 2-5kg dalam masa 2minggu. Sekiranya anda makan secara sederhana dan berkhasiat, kurang gula dan karbohidrat.

Selain berpuasa itu sendiri, makan kurma semasa berbuka puasa akan meningkatkan hormon tumbesaran di dalam badan anda.

Selepas 6-8jam kekurangan gula, badan akan menggunakan lemak sebagai bahan bakar. Produk pemecahan dan oksidasi lemak (LOP) akan menjana RADIKAL BEBAS. Anda akan mendapat ketosis, bagi yang ada isu histamin. Di sini cabaran awal Ramadhan.

Ekzema mungkin akan meradang. Si resdung akan berair dan bersin. Si Semput mungkin perlukan ventolin. Sang gastritis akan menekan perut mengaduh. Si migrain akan melepek ataupun berguling guling menahan kesakitan. Tak kurang pula yang cirit-birit. Biasalah.

Anda mungkin akan lapar, lesu, tercungap dan mengantuk saja sepanjang hari.

Pada waktu ini penting mengamalkan pengambilan antioksida dan air yang mencukupi sewaktu bersahur dan diwaktu malam. Elakkan bersenam dan makanan dwifungsi seperti habbatussauda, madu, minyak zaitun, air klorin, oregano yang mempunyai peroxide( mampu menjana radikal bebas) yang mungkin boleh menjadikan stress badan lebih teruk.wallahualam.

 

Kesan Positif

Jangan risau, derita pasti akan berakhir insha Allah. Lemak yang dipecahkan akan menyebabkan peningkatan leptin (hormon kekenyangan). Lemak yang dibakar juga membebaskan stem sel (? SVF) yang akan membaiki tisu-tisu yang rosak, memulihkan fungsi badan yang bekerja keras sepanjang tahun terutamanya SISTEM PENCERNAAN. Puasa mengaktifkan pemulihan dan regenerasi badan melalui proses yang dinamakan AUTOPHAGY.

Perut

Perut akan hilang sakit disebabkan radang, refluks akan berkurangan. Masalah seperti sembelit atau cirit birit juga boleh menjadi sejarah.

Otak

Fokus menjadi tajam, “brain fog” kian hilang. Kerisauan, panik dan kemurungan akan berkurangan. Lemak juga membebaskan BHB (ketone) yang menyebabkan anda ceria dan berfikiran positif.

Bateri Sel

Dengan pemulihan sisten pencernaan, bateri selular anda (mitokondria) akan dijana dan anda akan kembali bertenaga. Pemulihan dan penggantian sel-sel badan juga menjadi lebih pantas insha Allah.

Radang

Sakit lutut, otot, saraf akan berkurangan kerana punca keradangan iaitu perut semakin pulih. Peningkatan stem sel dan growth factor badan juga mempercepatkan lagi penggantian sel untuk pemulihan.

Insulin

Reseptor insulin badan akan menjadi lebih sensitif dengan peningkatan faktor tumbesaran insulin(IGF) . Puasa juga mengaktifkan AMPK yang meningkatkan pengambilan gula ke dalam sel. Hasilnya gula darah anda akan berkurangan, menjadi stabil dan terkawal.

 

Kesimpulan

Amatlah rugi sekiranya anda membantutkan usaha murni pemulihan sel dan tisu badan dengan membebankannya kembali dengan makan secara berlebihan. Kurangkan Gula, karbohidrat diperhalusi, makanan proses dan elakkan makan lewat malam.

Anda boleh mula kembali makan madu, Habbatussauda, minyak zaitun, oregano dan juga melakukan senaman fizikal. Waktu terbaik pada pendapat saya ialah beberapa minit sebelum buka puasa. Mulakan sedikit demi sedikit dan naikkan intensiti dari hari ke hari. Tidak perlu senaman yang lama kerana tarawikh juga merupakan satu senaman yang baik dan mencukupi.

Banyakkan membaca Al-Quran kerana ia merupakan senaman otak yang sangat berkesan dan meningkatkan kebolehupayaan otak. Ia juga membantu mengurangkan stress yang menyukarkan anda pulih dari masalah kesihatan anda. Apa pun, betulkan niat. Kesihatan hanyalah bonus daripada ketaatan kita kepada Allah. Semoga diredhainya

Semoga anda bertabah menghadapi awal ramadhan dan memperolehi keberkatan dariNya..Saya doakan semoga anda dan keluarga anda sihat dan mampu beribadah dengan sempurna.Salam Ramadhan.

Penulis: Dr Hafiz Sulaiman

Merupakan seorang doktor perubatan yang juga dikenali sebagai pejuang kesihatan. Rajin berkongsikan tentang info yang menarik tentang kesihatan di Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.