Keperluan wanita setiap bulan selain barang kosmetik dan penjagaan diri adalah tuala wanita. Namun pastinya, ada segelintir wanita yang tidak tahu tips pilih tuala wanita yang betul khususnya bagi yang pertama kali mengalaminya.

Sebabnya, setiap wanita mempunyai bentuk tubuh dan tindak balas yang berbeza-beza semasa datang haid.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda beberapa cara pilih tuala wanita yang sesuai untuk kegunaan anda ketika datang haid.

1. Tempoh berapa lama haid keluar

Sebelum anda pelajari akan tips pilih tuala wanita yang betul, sangat penting untuk anda tahu tentang tempoh kitaran haid anda setiap bulan terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, setiap wanita memiliki tempoh masa datang haid yang berbeza-beza. Justeru itu, anda perlu peka akan perubahan yang berlaku pada tubuh badan anda untuk memudahkan anda membuat pilihan tuala wanita yang sesuai.

Ini juga penting untuk anda mengetahui berapa banyak tuala wnaita yang anda perlukan untuk satu kitaran.

2. Bahan yang digunakan dalam tuala wanita

Periksa kandungan bahan yang digunakan dalam tuala wanita. Ramai wanita menganggap bahawa jika tuala wanita mereka permukaanya licin, maka ia adalah pilihan baik.

Namun hakikatnya tidak! Bahkan kebanyakkan boleh memberi masalah ruam dan jangkitan kulit kepada anda terutamanya yang mempunyai lapisan atas seperti plastik.

Sebaiknya, cari bahan yang bukan sahaja lembut tetapi juga mesra kulit dan sesuai untuk kulit anda lebih-lebih lagi yang memiliki kulit mudah sensitif.

Elakkan juga memilih jenis sintetik. Hal ini kerana selain asasnya yang keras, ia juga mengandungi bahan kimia boleh merengsakan kawasan sensitif anda.

3. Panjang dan aliran

Berkenaan dengan saiz tuala wanita, ia bergantung sepenuhnya kepada bentuk badan dan aliran sama ada anda memerlukan pad lebih panjang dengan pelindung pinggul lebar atau yang biasa.

Ada juga tuala wanita malam khas yang bersaiz lebih panjang dan punggung yang lebih lebar untuk mengelakkan kebocoran ketika anda sedang lena tidur.

4. Jenis pilihan

tips pilih tuala wanita

Selain daripada itu, tuala wanita juga mempunyai pelbagai jenis dan bentuk di pasaran. Sama ada anda mahukan tuala wanita yang pendek dan langsing atau berlapis tebal. 

Atau saiz yang lebih besar atau bersaiz biasa, dengan sayap, tanpa sayap dan banyak lagi, anda boleh dapatkannya.

Bahkan ada juga penganti tuala wanita yang mempunyai fungsi sama iaitu tampon atau cawan haid.

5. Penyerapan yang baik

Kapasiti penyerapan tuala wanita membolehkan anda memutuskan sama ada anda memerlukan pad penyerap tambahan atau hanya pad biasa. 

Anda perlu faham, fungsi utama tuala wanita adalah untuk menyerap aliran darah tanpa sebarang aliran balik atau kebocoran. 

Justeru itulah, sesetengah wanita menggunakan dua jenis tuala wanita berbeza dengan daya serapannya untuk kesan yang lebih baik.

6. Gaya hidup

tips pilih tuala wanita

Kadang kala pemakaian tuala wanita yang betul bukan sahaja bertitik tolak pada aliran dan jenis bentuk badan anda tetapi juga gaya hidup atau aktiviti yang dilakukan sehari-hari.

Dalam kata lain, anda perlu pakai tuala wanita mengikut kepada tahap aktiviti yang anda lakukan sehari-hari.

Contohnya, gunakan tuala wanita yang bersayap jika anda mempunyai kelas gimnasium atau pad penyerap tambahan jika anda mempunyai banyak beban kerja atau sebarang kerja fizikal di rumah.

Selain dari tips pilih tuala wanita ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan kewanitaan seperti:

Sumber:

  1. Buying The Right tampons and Sanitary Pads For Your Needs. Choice
  2. How to Choose the Right Sanitary Pad Size? Always

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.