Ada yang bertanya kepada saya tentang “exclusive breastfeeding sehingga 2 tahun”. Rupanya ramai juga yang tersilap faham istilah ini, sehingga ada yang ingin memberikan susu ibu semata-mata sehingga anak berusia 2 tahun.

tips penyusuan

Setiap ibu pasti mahu yang terbaik untuk anak mereka. [Telegraph]


 

Exclusive breastfeeding bermaksud bayi anda hanya diberikan susu ibu sahaja tanpa disulam/dicampur dengan susu formula atau makanan bayi yang lain.

Para ibu sangat disyorkan supaya mengusahakan exclusive breastfeeding sehingga umur bayi anda 6 bulan. Setelah itu, bolehlah mula memberikan makanan bayi yang bersesuaian, atau istilahnya ‘weaning’.

Ada ibu yang tak mahu memberikan apa-apa makanan sehingga anaknya 2 tahun kerana sangat ingin menjayakan exclusive breastfeeding. Fahaman ini adalah kurang tepat.

Selepas bayi berumur 6 bulan, dia sudah mula meniarap, berguling-guling, dan akan mula merangkak, seterusnya berjalan dan semakin aktif dari hari ke hari, bulan ke bulan. Maka keperluan kalorinya akan bertambah sehingga tidak mampu ditampung oleh susu ibu semata-mata.

Sebab itulah selepas 6 bulan bayi anda sudah boleh, malah perlu mula ‘weaning’. Tapi di samping memberinya makan, teruskan juga breastfeeding sehingga usianya 2 tahun

Saya harap ini membantu meleraikan kekeliruan sesetengah ibu yang pastinya ingin yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Penulis: Dr Hana

Seorang doktor, isteri & ummi. Bekerja di klinik ibu & anak, sangat meminati dalam bidang kehamilan, penyusuan bayi & kesuburan suami isteri.. Beliau boleh dihubungi di Facebook.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.