Setiap wanita mengidamkan wajah yang cantik, bersih, cerah, flawless, berseri tanpa sebarang cela. Namun tak semua mampu untuk membeli produk kecantikan yang mahal seperti artis-artis dan selebriti.

Yang sebenarnya, nak cantik tak semestinya kena pakai produk yang mahal. Resepinya ialah kerajinan. Anda amalkan tips penjagaan muka yang bakal kami kongsikan, dalam masa 14 hari anda pasti nampak perbezaannya.

Sumber Gambar: Dran

Cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari

Mencuci muka adalah wajib sekiranya anda inginkan kulit muka yang cantik. Walau pun dihujung minggu anda cuma melepak di rumah, malas nak mandi dari pagi bawa ke malam, pastikan anda tetap mencuci muka. Mencuci muka yang kami maksudkan ialah mencuci dengan bersih menggunakan sabun pencuci muka. Bukannya cuci muka ala kadar, sekadar basuh dengan air macam P. Ramlee.

Cuci muka dengan air suam, diikuti air sejuk

Untuk mendapatkan kulit  yang cantik, basuh muka dengan air suam. Tujuannya untuk membuka pori-pori supaya kotoran yang melakat di dalam liang pori dapat dibersihkan semasa kita mencuci muka. Selepas selesai mencuci muka, semua buih dari pencuci muka sudah dibersihkan, bilas dengan air sejuk.

Tujuan membilas dengan air sejuk ialah untuk menutup semula pori-pori yang terbuka.

Penyegar atau toner

Selepas anda mencuci muka dengan bersih, dan dibilas dengan air sejuk, keringkan wajah dan jangan lupa untuk memakai toner atau penyegar. Fungsi utama toner ialah untuk menutup liang pori yang masih terbuka. Kenapa penting untuk kita pastikan liang pori tidak terbuka?

Liang pori yang terbuka akan menjadi perangkap habuk, debu, minyak, dan semua kotoran yang berada di udara. Segala jenis bendasing yang terperangkap dalam liang pori akan menyebabkan masalah kulit seperti blackhead, whitehead, dan jerawat.

Selain menutup liang pori, toner juga berfungsi untuk menghilangkan saki-baki kotoran yang masih tertinggal diwajah, terutamnya jika anda jenis wanita yang bermakeup.

Sekarang  anda dah faham betapa pentingnya toner dalam rutin kecantikan harian untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri.

sumber Gambar: PureHealthAz

Cara menggunakan toner dengan betul

Ada dua cara untuk menggunakan toner:

  1. Spray toner ke wajah, dan ratakan dengan hujung jari.
  2. Spray toner ke wajah, gunakan cotton ball untuk meratakan toner di wajah. Cara ini adalah favourite kami kerana dengan menggunakan cotton ball, segala kotoran yang masih tertinggal di wajah akan melekat pada cotton ball. Jika cotton ball menjadi kotor, gunakan cotton ball yang baru. Ulang sehingga cotton ball menjadi betul-betul bersih.

Serum atau essence

Selepas toner, anda boleh sapukan serum atau essence ke wajah. Serum dan essence membantu memberikan anda wajah yang cantik berseri. Jika anda berumur 25 tahun ke atas, pilih serum atau essence yang mempunyai fungsi anti penuaan.

Pelembab

Pelembab adalah sangat penting jika anda inginkan wajah yang cantik, berseri, dan awet muda. Tahukah anda? Kulit yang kering akan berkedut lebih awal berbanding kulit yang lembab dan disapukan dengan pelembab secara konsisten setiap hari.

Ramai yang beranggapan bahawa kita tak perlu memakai pelembab jika tidak keluar outdoor. Ianya salah sama sekali. Anda wajib memakai pelembab sekali pun anda duduk di dalam bangunan, terutamanya jika anda duduk didalam penyaman udara. Penyaman udara menyedut lembapan dari kulit dan menyebabkan kulit menjadi sangat kering tanpa kita sedari.

Pelindung UV

Tak kira sama ada anda sentiasa berada di dalam bangunan atau banyak menghabiskan masa di luar, pelindung uv adalah wajib untuk anda. Kita semua sedia maklum bahawa lapisan ozon kita semakin menipis dan tidak lagi mampu untuk menapis sinaran UV yang boleh merosakkan kulit.

Oleh itu, pastikan kulit wajah anda sentiasa dilindungi dengan pelindung UV setiap hari.

Sumber Gambar: TheWireCutter

Elakkan produk yang mengandungi bahan kimia merbahaya

Terdapat lambakan produk kecantikan di pasaran. Jenama produk penjagaan kulit bertambah setiap hari bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Apa pun jenama pilihan anda, pastikan iaanya selamat dari bahan kimia merbahaya dan bahan pengawet merbahaya.

Tiada gunanya kalau kulit anda flawless dalam masa 3 hari, tapi akibatnya kulit muka anda rosak apabila berhenti menggunakan produk tersebut. Lagi parah kalau organ dalaman anda rosak atau kandungan anda gugur disebabkan bahan kimia beracun yang anda sapu ke wajah.

8 gelas Air kosong

Nak cantik? Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari.Pengambilan air kosong yang secukupnya akan memastikan kulit muka sentiasa segar dan tidak kering. Ingat tau, kulit kering akan lebih cepat berkedut.

Tidur yang mencukupi

Perasan tak? Kalau anda kurang tidur, muka akan menjadi sembab, hilang seri, kusam, dan tak bermaya. Beauty sleep sememangnya sangat penting jika anda inginkan kulit muka yang cantik, berseri, dan sihat.

Sumber Gambar: Olay

Itulah dia tips penjagaan kulit muka yang ingin kami kongsikan dengan anda untuk kali ini. Semoga bermanfaat. Amalkan tips yang kami kongsikan, insya Allah selepas 14 hari, kulit muka anda akan kelihatan cantik, bersih, berseri, dan awet muda.

Sumber rujukan: BeautyByAzra

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.