Siapa di sini yang gemar makanan pedas, mesti suka makan makanan yang berasaskan cili. Kalau makan, mesti nak rasa pedas kerana kenikmatan pedas membuatkan kita akan makan sampai berpinggan pinggan.
Contoh makanan pedas yang digemari rakyat Malaysia adalah sambal belacan, asam pedas, masak lemak cili api dan pelbagai lagi.
Tetapi bukan semua rakyat Malaysia suka makan pedas. Ada juga yang tidak tahan makan pedas atau disebabkan sakit gastrik dan appendik. Apabila makan pedas kita akan berpeluh-peluh dan muka mula berubah menjadi merah kemerahan kerana tahan pedas.
Jadi kepada yang tidak tahan pedas, bagaimana mahu menghilangkan pedas dengan cepat?
Mari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai tips untuk menghilangkan pedas. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul.
Rasa pedas pada cili dan cabai adalah disebabkan bahan yang dipanggil #capsaicin. Ia mempunyai sifat tidak larut air, sebab itu minum air atau kemam ais tak berapa efektif kurangkan kepedasan.
Capsaicin adalah bahan yang mudah larut dalam bahan berminyak atau berlemak. Oleh itu, bahan-bahan berikut sangat efektif untuk kurangkan kepedasan di lidah.
Susu dan keju mengandungi lemak serta casein(protein) yang boleh memisahkan capsaicin dari tunas rasa. Santan dan soya pun boleh.
Ini sedap! Coklat, terutamanya coklat susu mempunyai banyak minyak dan lemak, maka ia efektif larutkan capsaicin.
Ini pun sedap! Kacang mengandungi minyak, ia membuatkan rasanya berlemak dan berkesan untuk basmi kepedasan.
Makanan Thai banyak gunakan cili padi, serta limau, cuka dan mangga muda. Kenapa? Sebab bahan berasid boleh mengurangkan rasa pedas.
Biasa dengar kan, orang tambah gula dalam masakan untuk kurangkan kepedasan? Rasa manis boleh membantutkan pedas. Nak sihat, guna madu.
Roti serta makanan berkanji seperti nasi boleh serap capsaicin. Mungkin sebab tu makan makanan pedas, mesti nasi bertambah.
*Boleh makan pedas tapi perlu berpada-pada, jangan sampai cirit birit keesokkannya. Bagi bukan penggemar pedas tapi teringin nak makan pedas boleh cuba tips yang dikongsikan oleh pakar.
Jadi, sebelum makan pedas, sediakan semua bahan yang dinyatakan oleh pakar untuk menghilangkan rasa pedas. Jika, makanan terlalu pedas, baik berhenti makan takut boleh mengakibatkan pitam. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.