Salah satu cara mengawal gangguan emosi anak-anak (merajuk, mengamuk, tantrum, marah, menangis) ialah dengan menamakan emosi itu.

merajuk

pentaxforums.com

Kalau dalam komunikasi dalam bahasa Inggeris, teknik ini sangat sinonim dengan empathy.

“I can see you’re UPSET
“I think you’re SAD at the moment”
“From what i heard so far, I can tell that you’re ANGRY
“I can tell you’re GRUMPY, am I right?

Dalam bahasa Melayu pun kita boleh apply, mungkin dalam susun ayat yang berbeza. “Abang marah ke?” ” Kakak merajuk ke?”

Contohnya, bila anak mengamuk tak dapat benda dia nak, instead of kita invest effort naik suara lawan suara dia, lebik baik kita ambil more in-control step.

Pegang anak tersebut, dapatkan eye contact, kemudian namakan emosinya. “Adik marah? Sebab tak dapat phone? Adik nak sangat main phone? ok. Papa tahu adik nak, adik suka tengok cerita dekat telefon, betul? Tapi sekarang dah lewat, tak boleh. Esok pula”. Make sure you talk in confident tone. repeat if necessary.

Dengan kaedah ini, anda akan jimatkan pembaziran emosi, tengkingan yang tidak perlu dan perbalahan yang tak berpenghujung.

Namun yang penting kita namakan emosi itu pada anak kita dalam keadaan yang ikhlas dan ingin memahami.

Dengan menamakan emosi kita mencapai beberapa perkara:

#1 Kita menunjukan kepada anak kita yang kita mendengar, memahami atau cuba memahami.

#2 Kita mengajar mereka untuk kenal emosi dan seterusnya mengurusnya dengan baik.

#3 Kepercayaan (trust) akan lebih mudah terbina bila kita berurusan dengan isu yang sama,

#4 Apabila kepercayaan terbina, anak akan lebih terbuka, mudah dibawa berbincang dan kurang buat hal.

Dengan orang dewasa pun boleh buat. Tak percaya try dengan husband atau wife. (Buat dengan ikhlaslah, kalau perli memang lagi angin orang tu).

Penulis: Dr Rozanizam Zakaria

Merupakan seorang doktor dalam bidang psikiatri dan motivasi minda. Merupakan penulis buku "Aku Nabi Isa!.." dan banyak berkongsi tentang ilmu psikologi anak-anak. Beliau boleh dihubungi di Facebook.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.