Berat Badan Mengandung? Ini 5 Perkara Perlu Anda Semak
Apakah berat badan mengandung yang ideal dan tips untuk menurunkan berat badan dengan selamat? Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda…
Ringkasan Ringkas
- Pecahan kenaikan berat badan kehamilan terdiri daripada bayi, payudara, rahim, plasenta, cecair amniotik, darah, cecair, dan simpanan lemak.
- Jumlah berat badan yang perlu ditambah semasa mengandung bergantung kepada indeks jisim badan (BMI) sebelum hamil.
- Pakar menasihati ibu hamil agar tidak cuba mengurangkan berat badan semasa mengandung, sebaliknya tumpukan pada kesihatan dan pemakanan seimbang.
- Amalkan diet seimbang dengan mengambil bijirin penuh, kentang, dan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan serta sayur-sayuran setiap hari.
- Elakkan makanan berlemak dan manis, dan kawal bahagian makanan; dapatkan nasihat pakar diet jika perlu.
- Mengekalkan gaya hidup aktif seperti senaman ringan (berenang atau berjalan pantas) bantu mengawal berat badan dan mengurangkan sakit mengandung.
Apakah berat badan mengandung yang ideal dan tips untuk menurunkan berat badan dengan selamat?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan berat badan ideal semasa mengandung dan tips menguruskan badan yang berkesan.
Ke mana perginya berat kehamilan?
Berat bayi anda mungkin 7 atau 8 paun (kira-kira 3 hingga 3.6 kilogram). Itu menyumbang beberapa kenaikan berat badan kehamilan anda. Bagaimana dengan yang lain?
Berikut ialah pecahan sampel:
- Payudara yang lebih besar: 1 hingga 3 paun (kira-kira 0.5 hingga 1.4 kilogram)
- Rahim yang lebih besar: 2 paun (kira-kira 0.9 kilogram)
- Plasenta: 1 1/2 paun (kira-kira 0.7 kilogram)
- Cecair amniotik: 2 paun (kira-kira 0.9 kilogram)
- Peningkatan jumlah darah: 3 hingga 4 paun (kira-kira 1.4 hingga 1.8 kilogram)
- Peningkatan isipadu cecair: 2 hingga 3 paun (kira-kira 0.9 hingga 1.4 kilogram)
- Simpanan lemak: 6 hingga 8 paun (kira-kira 2.7 hingga 3.6 kilogram)

Berapa berat badan untuk wanita hamil?
Jumlah berat badan yang perlu anda tambah semasa mengandung adalah berdasarkan indeks jisim badan (BMI) anda sebelum hamil.
BMI ialah ukuran lemak badan yang dikira daripada berat dan tinggi.
Cadangan penambahan berat badan untuk wanita hamil satu bayi
Cadangan penambahan berat badan untuk wanita hamil bayi kembar
Tips berat badan mengandung yang ideal
Menurut pakar, ia bukanlah satu idea yang baik untuk ibu hamil cuba mengurangkan berat badan semasa mengandung. Apa yang paling penting adalah menumpukan sepenuh perhatian kepada kesihatan, dan pemakanan yang seimbang.
1. Makan makanan seimbang
Ibu hamil juga perlu memilih jenis bijirin penuh dan kentang dalam diet pemakanan yang diamalkan. Ia mengandungi tinggi kandungan serat, dan mempunyai bonus berganda dalam memberikan lebih banyak nutrien dan mengurangkan masalah sembelit.
Contoh makanan tinggi serat yang lain termasuklah seperti oat, kekacang, bijirin, benih, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Cubalah untuk mempunyai sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam sehari.
2. Elak makanan berlemak dan manis
Jangan terlalu makan makanan berlemak dan manis, dan cuba kawal bahagian makanan yang diambil.
Jika anda bimbang tentang berat badan anda, minta bantuan doktor supaya mereka dapat merujuk anda kepada pakar diet. Ini kerana pakar pemakanan boleh membantu anda memberi nasihat perkara yang diperlukan.
3. Amalkan gaya hidup sihat
Mempunyai kehamilan yang sihat tidak hanya bergantung kepada pemakanan. Gaya hidup aktif juga memainkan peranan penting.
Ibu hamil perlu mengekalkan gaya aktif sebagai salah satu cara terbaik untuk mengawal berat badan. Senaman juga boleh membantu mengatasi rasa sakit mengandung.
Cuba berenang sekali sekala atau pergi berjalan pantas sekitar taman berhampiran. Jika anda sudah pun melakukannya, teruskan seperti biasa. Jika tidak, mulakan dengan 15 minit senaman yang berterusan, tiga kali seminggu.
Cuba juga untuk memasukkan amalan senaman ke dalam rutin anda. Sebagai contoh, turun bas dengan berhenti 1 stesen lebih awal, atau mengambil jalan yang jauh sedikit untuk ke kedai-kedai berhampiran.
Kemudiannya secara beransur-ansur meningkatkan latihan anda untuk sesi setiap 30 minit.
Selain dari masalah berat badan mengandung ini, anda juga boleh baca artikel panduan kami yang lain berkenaan kehamilan dan kesuburan seperti:
- Berat Badan Bayi
- Tips Timbang Berat Badan
- Cara Kuruskan Badan
Sumber:
- Managing Your Weight Gain During Pregnancy. Medline Plus
- Weight Gain During Pregnancy. Centers of Disease Control and Prevention
- Pregnancy Weight Gain Chart. American Pregnancy Association