Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Tips Melatih Anak Bangun Subuh?

Mencari tips untuk melatih anak bangun subuh? Semoga artikel ini dapat membuah fikiran tentang tips yang boleh diamalkan. Selamat membaca. Tiada kaedah…

AnakDikemas kini 1 Disember 2014oleh Wan Asrul Al-Kalantani
Gambar berkaitan tips melatih anak bangun subuh untuk solat dan qiamulail.

Ringkasan Ringkas

  • Pakai kaedah menjadi contoh tindakan (action) dan bukan dengan suara (vocal) kepada anak-anak.
  • Ibu bapa terlebih dahulu melatih diri bangun jam 4 pagi untuk munajat dan penghafalan Quran.
  • Amalkan budaya berdoa sesama adik-beradik sebelum tidur serta bersalaman dan berpelukan.
  • Terapkan didikan secara mahabah dan hikmah agar jiwa anak bebas merdeka daripada syirik.
  • Semaikan kesedaran bahawa hari esok bukan milik kita supaya sentiasa bersedia menghadapi kematian.

Mencari tips untuk melatih anak bangun subuh? Semoga artikel ini dapat membuah fikiran tentang tips yang boleh diamalkan. Selamat membaca.

Tips bangun subuh

Tiada kaedah istimewa untuk melatih anak bangun awal Markeghe

  Seringkali sahabat-sahabat bertanya, bagaimana Hakimy dan Hafidz yang masing-masing seawal 7 dan 4 tahun boleh bangun diawal pagi (4:30am) untuk menjalankan Qiamulail? Seterusnya menunaikan Solat Subuh secara berjamaah di masjid.

Tiada Kaedah istimewa yang kami ( sang faqir dan isteri) terapkan, tetapi ianya kaedah yang sememangnya setiap ibubapa perlu terapkan pada anak-anak, iaitu menjadi CONTOH kepada mereka.

Pada usia awal begini, mereka harus ‘disuruh’ atau ‘disaran’ dengan TINDAKAN (action), bukan dengan SUARA (vocal).

Tindakan itu bermula dari Kita (ibubapa) terlebih dahulu. Setiap pagi latihi diri untuk bangun jam 4pagi. Pertamanya, waktu tersebut adalah waktu yang amat baik untuk perkembangan otak, paling utama waktu yang tenang untuk munajat.

Waktu tersebut juga waktu optimum untuk penghafazan dan penghafalan.

Hakimy dan Hafidz

Hakimy dan Hafidz

 

Setiap malam, sebelum tidur, Hakimy dan Hafidz akan membaca doa sesama mereka sendiri, iaitu Hakimy akan mendoakan Hafidz dan Hafidz akan mendoakan Hakimy, manakala sementara Khadijah masih bayi lagi, abang-abangnya mendoakannya.

Mereka akan bersalaman dan berpelukan sesama sendiri usai bersalaman dan berpelukan dengan papa mama mereka. Kerana mereka dididik, Hari Esok Bukan Milik Kita iaitu sentiasa bersedia menghadapi mati.

Didikan secara mahabah dan hikmah itu penting dalam memupuk jiwa yang bebas merdeka daripada Syirik dan Kemurkaan ALLAH.