Kedatangan haid setiap bulan memang tidak lari lagi bagi wanita yang belum monopos atau kanak-kanak perempuan yang belum akil baligh. Apabila datangnya haid, pasti bagi sesetengah wanita akan mengalami senggugut yang teruk sehingga menyebabkan badan rasa kurang sihat.

Senggugut ini sangat memberi kesan terhadap aktiviti harian wanita kerana ia boleh membuatkan seseorang itu merasa mual-mual atau lebih teruk pengsan akibat senggugut yang teruk. Mood juga boleh berubah-ubah dan selera makan akan hilang.

Bagaimana cara untuk mengurangkan senggugut teruk ini?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 10 tips kurangkan senggugut teruk. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

10 Tips kurangkan senggugut teruk

tips kurangkan senggugut teruk
Imej via Bidadari.my

1. Melakukan senaman ringan

🌸 Pemerhatian dan kajian kesihatan menunjukkan wanita yang melakukan senaman ringan mendapat manfaat kelegaan bagi sakit senggugut yang dirasai.

2. Amal pemakanan seimbang

🌸 Mengekalkan pemakanan yang seimbang dan sihat dengan mengambil makanan tambahan yang mempunyai nutrisi vitamin B dan magnesium.

3. Minum air hingga dua liter

🌸 Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya satu setengah hingga dua liter dalam sehari. Teh suam tanpa gula juga boleh membantu melegakan senggugut.

4. Tuam guna beg kulit

🌸 Boleh tuam menggunakan beg plastik atau beg kulit yang berisi air suam di bahagian bawah perut untuk mendapatkan kelegaan.

5. Mandi air suam

🌸 Mandi air suam juga dikatakan dapat mengurangkan ketidakselesaan akibat senggugut.

6. Tekanan

🌸 Tekanan juga dikatakan boleh menyebabkan senggugut. Jadi pelajari kaedah untuk menguruskan tekanan dengan baik.

7. Diet

🌸 Bagi sesetengah wanita, diet juga memainkan peranan. Kurangkan atau elakkan makanan manis, berlemak, makanan berproses dan mengandungi kafein kerana ia boleh merangsang sakit senggugut. Antara makanan yang disarankan adalah kekacang, badan, tomato, lada benggala dan sayur berdaun hijau gelap.

8. Halia

🌸 Halia juga dikatakan dapat membantu melegakan masalah senggugut khususnya sebelum haid. Jadi, masukkan lebih halia dalam masakan anda. Boleh juga minum teh halia yang disediakan sendiri.

9. Urutan

🌸 Urutan pada abdomen selama lima minit sehari boleh membantu melegakan senggugut kerana ia menggalakkan aliran darah.

10. Ambil ubat

🌸 Akhir sekali, boleh mengambil ubat atau pil penahan sakit yang ringan. Jika tidak berkesan, boleh gunakan ubat penahan sakit yang lebih baik seperti ibuprofen atau naproxen beberapa hari sebelum kedatangan haid.

*Berikut adalah tips-tips untuk kurangkan senggugut bagi wanita-wanita di luar sana yang mengalami masalah senggugut teruk. Tetapi, jika masalah ini tidak dapat diselesaikan, lebih baik pergi berjumpa doktor pakar puan yang berdekatan untuk membuat pemertiksaan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Bac artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.