Nota Editor : Cara isteri dan suami berinteraksi adalah berbeza antara satu sama lain. Tidak kiralah sesama mereka mahupun masyarakat sekeliling. Perbezaan ini mungkin tidak nampak secara jelas. Artikel ini diharap dapat menjawab kekeliruan ini.
_____________________________________________________________________
Perbualan adalah aktiviti utama bagi orang perempuan. Ia adalah penghubung utama kepada talian persahabatan di antara mereke. Apabila mereka sudah tidak boleh berkomunikasi lagi, ini menunjukkan persahabatan mereka telah musnah.
Kunci kepada persahabatan yang akrab di antara dua orang perempuan sama ada remaja atau dewasa ialah apabila mereka mula berkongsi rahsia peribadi sesama mereka.. Mereka telah menaruh kepercayaan kepada satu sama lain.
Mereka berkongsi segala kegagalan serta kepayahan hidup dan juga kegembiraan agar mereka sama-sama dapat merasai kegembiraan yang kawannya rasai. Ini adalah intipati kepada persahabatan di dalam wanita.
Oleh itu sekiranya ada wanita menceritakan hal-hal peribadinya yang dia akui belum pernah dia ceritakan kepada orang lain, ini bermakna dia telah memberikan kepercayaannya kepada kita sebagai sahabat baiknya yang dia amat mempercayai.
Orang lelaki berbeza pula. Kebanyak lelaki tidak berminat menceritakan rahsia peribadi di antara mereka dan tidak selesa jika ada yang menceritakan kepadanya. Apa yang menarik minat lelaki ialah mindanya lebih focus kepada bagaimana untuk melaksanakan aktiviti itu daripada perbualan mengenai peribadi.
Kalau di tempat rekreasi meja “snooker” atau meja dam, dua orang lelaki boleh bermain bersama hingga 4 jam tanpa berkata apa-apa pun. Apa yang kedengaran hanyalah ” Waaah” jeritan atau ” Huuuuuh!!!” kesalan kerana berjaya atau kesilapan semasa bermain.
Tiada langsung perbualan hal peribadi semasa aktiviti permainan itu berlangsung. Malah kalau di dalam perlawanan bola sepak pun, jika ada dua permain yang asyik bersembang sesama mereka, besar kemungkinan salah seorang daripada mereka akan dilayangkan kad kuning atau merah oleh pengadil.
Oleh itu, jika suami ingin mendapatkan sokongan kuat daripada isterinya:
#1 Semasa bercakap dengan isteri, pandanglah matanya sambil menyentuh mana-mana anggota badannya kerana cara ini akan mengeratkan lagi cintanya pada suami.
#2 Berkongsilah cerita di pejabat setelah seharian anda di sana agar isteri itu terasa dirinya disayangi kerana sanggup berkongsi cerita urusan pejabat dengannya. Walaupun urusan itu tiada kaitan dengannya. Ini menyebabkan dia rasa dirinya dicintai.
#3 Apabila bercerita, pastikan tidak merendahkan martabatnya. Tidak menunjuk-menunjuk akan kehebatan diri anda kepadanya. Ini akan menyebabkan dia kecewa dan merosakkan minatnya untuk mendengar lagi.
#4 Apabila anda telah selesai bercerita, dengarlah pula ceritanya dan jangan komen hingga dia selesai bercerita. Ini menyebabkan dia rasa dirinya dihormati.
#5 Sebelum menutupi perbualan, ungkapkanlah ucapan terima kasih kerana sudi berkongsi cerita dan perasaan dengannya. Ini menyebabkan dia teruja untuk menunggu anda pulang dari kerja esok harinya.
#6 Jika dapat laksanakan kelima perkara di atas, yakinlah persahabatan anda dengan isteri akan bertambah kukuh hingga ke akhir hayat.
Bagi wanita pula, tip jika inginkan penghargaan daripada suami ialah:
#1 Banyakkan aktiviti di rumah itu dalam bentuk projek yang mana suami itu ada peluang menyuarakan pandangan berdasarkan aktiviti-aktivit bukan kerana perbualan kosong hal-hal peribadi yang membosankannya.
Contoh projek membersihkan halaman untuk sambutan hari raya. Projek balik ke kampong cuti sekolah. Projek mengecat rumah atau projek sambut keluarga daripada kampong datang ke rumah.
#2 Ajak suami bercerita mengenai gajet-gajet atau peralatan hobi yang dia minat. Puji dia kerana kejayaan dia menggunakan alat itu. Pasti dia suka menceritakan kejayaannya berdasarkan peralatannya itu. Dia rasa dihormati.
#3 Pamerkan sijil-sijil, hadiah-hadiah atau piala-piala yang dia perolehinya sejak zaman kanak-kanak sekolah hingga ke sekarang di dinding bilik rumah. Ini akan meyebabkan dirinya rasa dihargai dan dihormati oleh isteri.
#4 Jika isteri dapat laksanakan 3 perkara di atas, insya Allah, suami tadi akan seronok untuk pulang ke rumahnya setiap hari.
Selamat mencuba