Nak cari tips kenal pasti susu tiruan?
Sebagai seorang ibu pastinya kita mempunyai niat dan keinginan untuk menyusukan anak dengan susu ibu sehingga anak berumur sekurang-kurangnya 2 tahun. Namun tak semua ibu mempunyai peluang untuk menyusukan anak seperti yang diidamkan.
Terdapat pelbagai halangan dalam menyusukan anak dan alternatif yang ada ialah dengan memberikan anak susu formula yang terbaik di pasaran. Walau pun kita tahu bahawa susu formula tidak sebaik susu ibu ciptaan Allah.
Terdapat pelbagai jenama susu formula di pasaran dan masing-masing menjanjikan pelbagai khasiat dan kebaikan. Ada yang harganya murah dan tak kurang juga yang mahal dengan harga ratusan ringgit satu tin yang tahan tak sampai sebulan. Terpulang kepada pilihan dan poket kita untuk membuat pilihan. Bagi anak yang alah kepada susu lembu, susu soya adalah alternatif terbaik.
Namun begitu, akhir-akhir ini kita digemparkan dengan berita bahawa terdapat susu tiruan yang dijual di Malaysia malah ia juga dijual di pasaraya besar memandangkan mereka tidak menyedari bahawa stok yang datang adalah tidak asli. Pastinya kita menjadi risau untuk membeli susu sedangkan stok susu di rumah semakin surut. Jom hadam tips kenal pasti susu tiruan yang boleh anda amalkan semasa membeli susu nanti.
Sebaik sahaja anda buka kotak susu, perhatikan bungkusannya. Menurut pakar, susu asli mempunyai bungkusan yang sedikit kembung dan bulat kerana banyak angin dimasukkan ke dalam bungkusan bagi melindungi susu daripada menjadi terlalu padat. Sementara susu formula yang tiruan biasanya mempunyai bungkusan yang kempis dan tidak kembung. Ini kerana semasa aktiviti membungkus, mereka tidak memasukkan udara yang secukupnya mengikut SOP yang sepatutnya diikuti oleh kilang yang mengeluarkan susu asli.
Selain memerhatikan sama ada bungkusan susu adalah kembung atau pun leper akibat kekurangan udara yang dimasukkan, satu lagi perkara yang perlu anda perhatikan ialah dengan melihat garis lipatan pada sisi bungkusan susu. Cuba perhatikan bungkusan yang anda beli. Jika ia adalah susu yang asli, tiada garis lipatan yang anda akan jumpa pada sisi bungkusan. Jika anda melihat adanya lipatan tajam atau garis lipatan pada kedua-dua sisi bungkusan, ini bermakna bahawa anda sudah terbeli susu tiruan.
Seperti yang kami nyatakan di atas tadi, susu formula yang asli akan kelihatan kembung kerana ada banyak udara yang dimasukkan ke dalam bungkusan bagi mengelakkan susu daripada menjadi terlalu mampat dan padat. Sementara susu formula tiruan pula biasanya kempes dan susu formula akan menjadi sangat padat di dalam bungkusan.
Setakat ini Mead Johnson adalah satu-satunya syarikat yang bersikap telus dalam isu susu tiruan yang bermaharaja lela di pasaran Malaysia. Di antara susu yang dikeluarkan oleh syarikat ini ialah Enfalac dan Enfamama. Sekiranya anda tidak bernasib baik dan terbeli susu formula tidak asli dengan jenama keluaran syarikat ini, apa yang boleh anda lakukan ialah:
Apa yang paling penting, jangan sesekali beri anak anda susu yang dibeli jika anda berasa curiga bahawa ianya adalah susu yang tidak tulen. Ini kerana susu tiruan boleh menjejaskan kesihatan anak anda. Di antara kesan sampingan yang pernah dilaporkan oleh ibu yang telah memberikan susu tiruan kepada anak mereka adalah seperti berikut:
Itulah dia info tentang tips kenal pasti susu tiruan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang cara sediakan tempat tidur bayi, tips turunkan demam kuning bayi, dan tips bayi cepat bercakap.