Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Asam garam berumah tangga pasti ada ketikanya seseorang daripada pasangan itu merajuk. Lumrah sebuah rumah tangga, isterilah selalu merajuk tetapi bagaimana pula sewaktu suami pula merajuk? Apakah tips dan panduan yang boleh diikuti?

Bahasa merajuk suami tidak sukar [Elise]

Bahasa merajuk suami tidak sukar [Elise]


 

Ingat isteri sahaja ke yang boleh merajuk? Suami pun merajuk juga. Tetapi merajuk suami adalh mudah sikit daripada isteri. “Straight forward” je.

Suami ini jarang merajuk di pejabat. Jika didapati dirinya tidak diadili atau terasa dianiaya oleh ketuanya atau rakan sekerjanya, dia bangun melawan menentang secara berdepan atau di belakang. Dia tidak akan membawa diri merajuk tidak mahu pergi kerja. Tetapi mengapa di rumah dia boleh merajuk?

Suami pulang ke rumah, biasanya telah ada agenda yang ‘simple’ yang telah diprogramkan di dalam kepalanya iaitu “MAKAN -MAIN-TIDUR”. Baginya, dia telah memerah segala tenaga dan otak di luar rumah atau di tempat kerja, dan kembali ke rumah adalah tempat dia recharge atau top up hormon testosteronenya itu. Jadi tiga aktiviti di atas adalah cara untuk top -up hormon itu agar dia kembali ceria cergas dan cerdas untuk urusan esoknya.

Tetapi apabila dia tiba di rumah, dia bukan sahaja tidak mendapat sambutan sebagai seorang hero atau ketua keluarga daripada isterinya, malah dapat teguran atau “buat muka masam” oleh isteri disertai dengan komplain hal rumahtanggan yang tak selesai.

Kekadang tu, suami sudah tersedia dengan berita baik mengenai kejayaan dia di pejabat tadi yang menyebabkan dia terpaksa balik lambat sedikit dan terlupa nak pesan kerana urusan kejayaan itu. Alangkah kecewanya dia. Tak sempat nak kongsi kejayaan, dia telah diserang dengan “mesin gun”, “Mengapa lambat, mengapa .. mengapa.. mengapa??”.

Darah panas barannya mula meluap. Amagdala di dalam otaknya mula memanaskan lagi kecewanya. Dia tahu kalau dia tunggu, perang besar akan terjadi. Untuk menyelamatkan keadaan, dia mendiamkan diri, pergi mandi, makan apa yang terhidang di atas meja (jika ada).

Kalau geramnya ditahap maksimum, kueh itu pun tak disentuhnya. Capai kunci motosikal atau kereta, terus ke kedai mamak tempat pertemua suami-suami merajuk. Mereka matikan handphone, berboraklah dengan isu-isu kejantanan yang terkini hingga diri terasa hormon testosterone nya kembali fully charged untuk bekalan esok harinya.

Jika mereka terasa tidak dihormati oleh isteri, mereka membisu dan keluar rumah bertemu teman-teman senasib untuk melegakan jiwa mereka.

6 Tips Tidak Mahu Suami Merajuk

Apa perlu isteri buat jika tidak mahu suami merajuk?

1. Niat untuk hiburkan suami sebaik sahaja dia pihak pintu rumah.

2. Sambut dia dengan senyuman dan ungkapan yang menyebabkan dia rasa dihormati seperti, “Alhamdulilah Abang dah balik, Seronok rasa”, atau “Wow hero dah balik!”.

3. Kalau tak sempat sambut di pintu, wakilkan anak kecil menyambut dia di pintu atau kucing.

4. Sediakan kudapan dan minuman kesukaannya sebaik sahaja dia sampai. Ingat ya “MAKAN-MAIN-TIDUR”

5. Sedang dia menikmati makanan tu, barulah minta kebenaran untuk mengadu dengan ungkapan,

“Abang, saya nak mengadu hal anak2 ….(apa sajalah) tapi saya mahu abang dengar je tau, tok sah nak tolong selesaikan. Saya mahu Abang dengar aje ok.. 10 minit je”.

Insya Allah suami anda boleh dengar dengan tenang.

6. Kalau nak minta dia tolong kerja rumah, gunakan ungkapan ini,

“Abang, lepas minum, tolong tukarkan lampu dapur tu ya, saya tak pandai, Abang sorang je yang pandai tukarnya.

Takut ada orang datang malam ni (wujudkan keadaan kecemasan untuk ketukkan mindanya. Jika tidak kecemasan, dia tak teruja nak buat).

6. Kalau dia kata, “Nanti Abang tolong, tapi Abang nak tengok berita kat TV jab”, terimalah permintaannya itu kerana dia sedar yang tenaganya belum cukup untuk bantu kerja rumah masa itu. Beri peluang dia “MAIN” sekejab untuk dia top up hormonnya.

3 Tips Memujuk Suami Merajuk

Apa perlu isteri buat jika suami dah merajuk?

1. Bersyukurlah dia keluar daripada rumah atau menjauhkan diri daripada isterinya kerana mungkin jika dia tunggu, akan menggunakan kekerasan dan keganasan untuk tenteramkan jiwanya. Biarkan dia.

2. Jangan hubungi dia semasa dia sedang “merajuk”. Biarkan dia sendirian di dalam biliknya atau bersama teman-temannya dia kedai mamak itu.

3. Bila dia pulang ke rumah, naik atas katil, jangan membelakangkannya. Peluklah dia. Bisik kat telinganya “I love u”.

Selamat mencuba.

Penulis: Pak Utih

Pak Utih merupakan pakar mengenai perbezaan lelaki dan wanita. Beliau banyak berkongsikan tips-tips mengenai perhubungan di blog beliau. Selain itu beliau juga sibuk dalam mengendali kursus tentang tips membina keluarga bahagia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.