Adalah menjadi harapan untuk kebanyakkan ibu untuk bersalin normal. Hal ini kerana ianya mengurangkan risiko terhadap bayi yang akan lahir. Terdapat beberapa tips yang dapat diamalkan untuk berjaya melakukannya.Sebelum itu, mari kita lihat dahulu tentang kelahiran selain normal.
Kadar kelahiran melalui pembedahan c-section semakin meningkat dari tahun ke tahun dan sehingga kebelakangan ini mencatat kadar tinggi sehingga 50% pada sesetengah pusat perubatan. Faktor yang dikenal pasti menjurus kepada peningkatan ini termasuklah pilihan doktor, tempat kelahiran dan intervensi perubatan seperti induction of labour ( IOL).
Tidak kurang juga ramai pesakit memilih untuk menjalani pembedahan cesarean kerana ia lebih singkat, kurang rasa sakit dan ramai yang mahukan kelahiran dalam keadaan terkawal dan tidak tergesa gesa.
Pembedahan cesarean memberikan komplikasi yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan kelahiran biasa seperti risiko tumpah darah yang lebih tinggi, jangkitan kuman dan luka terbuka tetapi secara umumnya ia adalah pembedahan yang selamat dan mempunyai risiko yang kurang berbanding dengan pembedahan yang lain.
Walaubagaimanapun sekiranya anda berkeinginan tinggi untuk bersalin normal, terdapat tip tip yang boleh anda ikuti untuk meninggikan peluang anda.
Semoga tips yang dikongsi ini membantu.