Setiap anak mempunyai keistimewaannya tersendiri. Ada anak yang menunjukkan sikap matang pada usia yang muda, ada anak yang keras kepala, ada anak yang terlalu sensitif dan ada anak yang manja memanjang. Kita tidak dapat jangka anak perangai seperti apa yang kita akan dapat.

Kehadiran anak-anak dapat menceriakan suasana dalam keluarga kita. Pelbagai kerenah yang kita dapat lihat dalam diri mereka. Sikap mereka juga berlainan masing-masing. Semakin banyak anak semakin meriah suasana dalam keluarga. Lebih-lebih lagi ketika ingin menyambut perayaan seperti Hari Raya Puasa dan Hari Raya Korban. Ia sememangnya satu memori yang terindah.

Tetapi ada satu masalah apabila anak ramai iaitu berlaku salah faham antara adik beradik dan mereka akan mula bergaduh. Ianya satu masalah yang tidak dapat dihindari lagi daripada masalah adik beradik. Apabila mereka mula bergaduh, ibu bapa lah yang perlu menyelesaikan pergaduhan tersebut sebelum ia menjadi masalah besar.

Masalah ini dapat ditangani oleh ibu bapa. Bagaimana?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai tips untuk elak anak bergaduh sesama sendiri . Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.

tips anak bergaduh

Imej via limaumadu.com

5 Tips untuk elak anak bergaduh

Tips 1 : Pertama sekali kena tahu ianya normal untuk adik beradik bergaduh ( sibling rivalry ) asalkan ianya tak keterlaluan. Jadi nasihatkan anak kita secara konsisten dan jangan putus asa. Ianya sebuah proses.

Tips 2 : Jangan salahkan ( blaming ) anak kita yang mulakan pergaduhan secara keterlaluan. Bersederhana dan bersikap adil lah.

Tips 3 : Jangan gunakan emosi yang keterlaluan ketika meleraikan pergaduhan. Kita sendiri kena tenang dahulu. Baru anak anak kita pun boleh ikut tenang dan tak menyimpan dendam

Tips 4 : Jangan tengok secara permukaan sahaja. Cuba gali ataupun decode penyebab sebenar anak kita bergaduh. Mungkin mereka sedang dahagakan ‘connection & attention’ daripada kita

Tips 5 : Jangan amalkan Favouritism. Jangan pilih pilih kasih tak kisah la anak kita lelaki ke perempuan ke. Sulung ke bongsu ke. Anak kita sama je. Semuanya ada perasaan. Layan mereka dengan seadilnya. Mereka pun punya hati dan jiwa sama seperti kita juga.

*Ibu bapa perlu menunjukkan sikap dan sifat contoh yang baik di hadapan anak-anak. Jika berlaku pergaduhan antara anak-anak, cuba selesaikan dengan cara yang baik dan beri nasihat kepada mereka. ‘Air yang dicincang tidak akan putus’ peribahasa ini bermaksud gaduh macam mana pun adik beradik, akhir nanti mereka akan berbaik juga. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.