Setiap ibu bapa mempunyai impian iaitu dapat anak yang soleh dan solehah. Anak yang taat dan menghormati ibu bapa sentiasa. Siapa yang tidak mahu anak-anak yang baik, bukan? Semua mahu anak yang baik dan menjadi penyejuk mata.
Anak yang baik terletak pada cara ibu bapa menjaga dan mendidiknya sendiri. Sejak dalam kandungan lagi, jika ibu bapa tidak menjaga adab dan solat ia akan memberi kesan terhadap bayi itu sendiri. Jadi, sebagai ibu bapa, kita perlu bersikap baik-baik saja.
Dalam islam juga menekankan cara pendidikan bayi sejak dalam kandungan lagi. Apakah tips untuk mendapatkan anak yang soleh dan solehah?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai tips untuk mendapatkan anak yang soleh dan solehah. Info ini dikongsikan oleh Puan Aminah. Puan Aminah adalah ibu pada 4 hero. Seorang ibu yang bekerja dari rumah. Parenting & Education Blogger. Founder of Ibudoakan TeamIDK. Master Tasneem Naturel dan suka bermain dengan anak
1. Mengamalkan solat wajib dan sunat
2. Mengamalkan zikir
3. Membaca al quran
4. Mendengar muzik yang tenang
5. Membaca buku buku ilmiah
6. Berbual dengan anak dalam kandungan
7. Menjaga adab pergaulan dan emosi
8. Tidak tertekan atau stress
9. Lakukan kerja kerja ringan di rumah
10. Makan makanan yang baik dan halal serta suci
11. Buang segala perasaan dendam, dengki, menghasut dan sebagainya
12. Sentiasa senyum dan bersabar
Impak daripada sikap ibubapa ketika ibu mengandung terhadap bayi setelah lahir. Elakkan bersikap begini jika anda mahu anak menjadi penyejuk mata dan hati bila besar nanti.
*’Di mana tumpahnya kuah kalau tidak di nasi’ inilah peribahasa yang membawa maksud yang mendalam. Jika ibu bapa berkelakuan tidak elok, bagaimana anak-anak boleh menjadi soleh dan solehah. Ikuti tips ini, Insyaallah akan nampak hasilnya.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.