Ramai orang suka makan daging lembu tetapi pastinya organ dalaman lembu seperti perut lembu mempunyai peminatnya yang tersendiri. Namun tidak ramai yang tahu bagaimanakah tips cuci perut lembu yang mudah sebelum memasaknya.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda tips cuci perut lembu dengan menggunakan hanya dua jenis bahan dari rumah yang mudah didapatkan.

Jenis-jenis perut lembu

Tahukah anda, terdapat empat jenis perut lembu yang biasa orang makan? Berikut adalah penjelasannya:

1. Rumen atau perut tebal: Merupakan fasa pertama proses pencernaaan rumput. Warnanya agak gelap berbanding yang lain. Sifatnya yang kembang dan rata. Bahagian dalamnya berbulu-bulu yang dikenali sebagai vili.

2. Recticulum atau perut sarang lebah: Namanya diambil seiring dengan rupanya seperti sarang lebah bersegi-segi.

3. Omasum atau perut kitab: Seiring dengan namanya, ia kelihatan seperti lembaran kitab.

4. Abomasum : Juga dikenali sebagai perut jerami.

Namun begitu sudah semestinya tidak semua jenis perut lembu ini senang didapatkan atau terkenal dalam masakan. Yang paling popular dalam pembuatan sate dan kerabu perut lembu adalah menggunakan perut jenis tuala dan perut kitab.

Manakala untuk sup biasa orang menggunakan perut tebal atau perut tuala.

Manfaat makan perut lembu dari segi kesihatan

Banyak khasiat dan nutrien dari perut lembu yang boleh kita dapatkan. Antaranya adalah selenium, vitamin B12 dan zink.

Ia juga mudah menyerap rasa kuah yang dimasak dengannya. Walaupun perut memerlukan masa yang sangat lama untuk dimasak, ia rendah kalori, tinggi protein dan rendah lemak.

Malah ia juga kaya dengan fosforus yang diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat.

Tips cuci perut lembu dengan cuka

  1. Pertama sekali, basuh perut lembu dengan air biasa.
  2. Kemudian, rendam perut lembu dalam cuka selama 1 – 2 jam. Lagi lama lebih baik.
  3. Setelah 2 jam, basuh dan gosok-goosk perut lembu sehingga putih dan bersih.
  4. Perut lembu siap untuk dimasak!

Tips cuci perut lembu dengan kapur

  1. Masukkan dan rendam perut lembu ke dalam bancuhan air kapur selama 30 minit sehingga 1 jam.
  2. Kemudian, bersihkan perut lembu sehingga hilang warna hitam yang melekat.
  3. Siap dibersihkan dan dicuci dengan air bersih, cuci sekali lagi dengan menggunakan air limau untuk menghilangkan bau.
  4. Untuk memudahkan anda memotongnya nanti, anda boleh merebus perut lembu ini dalam beberapa minit.
  5. Semasa merebus, boleh letakkan sedikit hirisan halia untuk menghilangkan bau.
  6. Selesai merebus, perut lembu boleh dipotong dan ia siap untuk dimasak!

Perut lembu adalah organ lembu yang sangat mudah untuk diolah dalam pelbagai jenis masakan yang popular di Malaysia.

Antara hidangan perut lembu yang biasa kita dengar adalah kerabu perut lembu, perut lembu air asam, babat goreng berempah, masak lemak perut lembu, asam pedas perut lembu, dan banyak lagi,

Selain dari tips cuci perut lembu ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan masakan seperti:

Sumber:

  1. Jom Tengok Cara Membersihkan Perut Lembu Dengan Betul. Ruffey Adna
  2. Cara Basuh Perut Lembu. Chedin Kitchen

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.