Adakah anda mempunyai anak berumur 1 hingga 6 tahun ? Ataupun adik, anak buah atau sepupu ? Kanak-kanak di umur begini agak mencabar untuk mendidik mereka menjadi anak yang baik dan hormat pada orang tua. Tetapi, dalam pada masa yang sama, mudah untuk didik mereka jika kita tahu cara yang betul.

Bagi para ibu bapa di luar sana yang tiada pengalaman atau baru pertama kali mempunyai anak, tips ini sangat membantu anda dan dapat mendidik anak anda menjadi insan yang penyayang dan mendengar kata ibu bapa.

Apakah cara-cara yang terbaik untuk didik anak berumur 1 hingga 6 tahun ini?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 10 tips terbaik cara didik anak umur 1 hingga 6 tahun. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.

10 Tips terbaik cara didik anak umur 1 hingga 6 tahun

tips didik anak umur 1-6tahun
Imej via Bidadari.my
  • Banyakkan mendengar bila anak cuba bercakap dengan kita- Selalu pandang wajah anak bila bercakap dengan mereka
  • Selalu ceritakan tentang kebaikan dan kasih sayang Allah dulu. Biar anak rasakan dulu betapa sayangnya Allah pada mereka
  • Jangan terlalu kerap ugut anak dengan neraka, dosa dan kemurkaan Allah pada fasa ni. Kita nak tanam dulu rasa kasih dan cinta anak pada Allah pada peringkat awal perkembangan mereka
  • Jaga emosi kita bila berhadapan dengan mereka
  • Jika mahu melangkah masuk ke pintu rumah, buang segala stress dan bebanan kerja di luar pintu rumah. Jangan bawa masuk stress di tempat kerja ke dalam rumah
  • Jika anak tantrum, jangan kita ikut tantrum sekali
  • Kalau anak tak ikut apa kita mahu, jangan terus marah dan bentak mereka
  • Jangan putus asa untuk bagi nasihat pada anak walaupun kita terpaksa nasihat berulangkali kerana otak anak masih dalam fasa berkembang dan beradaptasi
  • Banyakkan minta tolong pasangan kerana fasa ini adalah fasa paling meletihkan bagi seorang ibu

*Berikut adalah tips yang terbaik bagi ibu bapa yang pertama kalinya mempunyai anak yang berumur 1 hingga 6 tahun ini. Ikuti tips ini dan Insyaallah, anak anda boleh menjadi anak yang penyayang dan manja dengan ibu bapa. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.