‘Syurga seorang isteri terletak pada tapak kaki suami’. Kita selalu mendengar ayat ini sebelum berkahwin lagi. Di alam perkahwinan sangat indah kerana kita dapat meneruskan hidup kita bersama pasangan di masa susah dan senang. Itu adalah salah satu kelebihan apabila mula masuk ke alam perkahwinan.

Pada awal-awal perkahwinan, bak kata orang waktu itu masih lagi berbunga-bunga dan jika gaduh pasti akan diselesaikan dengan cepat. Jika keluar pergi kerja atau khusus, pasti akan mula rindu walaupun tidak sampai 24 jam tinggalkan pasangan.

Untuk mengekalkan kemanisan rumahtangga bukan mudah kerana ada turun naiknya. Jadi, bagaimanakah untuk mengekalkan kemanisan rumahtangga tersebut?

Daripada perspektif seorang isteri, terdapat beberapa cara atau tips yang boleh digunakan untuk mengekalkan kemanisan rumah tangga. Antaranya adalah membuatkan suami selalu rindu akan isterinya. Bagaimana pula untuk membuat suami rindukan isterinya?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai tips-tips untuk isteri buat suami cepat rindu. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.

Tips-tips untuk isteri buat suami cepat rindu

tips buat suami rindu
Imej via Bidadari.my

Ini adalah beberapa strategi licik yang anda boleh buat pada suami sendiri:

  • Cuba buka wallet suami senyap senyap dan letak gambar anda
  • Cuba ambil henfon suami dan tukar wallpaper henfon suami kepada gambar anda
  • Cuba ambil henfon suami, save nama di henfon suami dengan nama yang sweet sweet manja macam Bidadariku ke, Cintaku ke, Muah Muah I Love You ke
  • Sembur minyak wangi anda yang menjadi kegemaran suami pada wallet suami. Barulah setiap kali nak buka wallet je suami jadi teringat pada isterinya sendiri

*Berikut adalah tips-tips untuk membuat si suami sentiasa rindukan isterinya apabila tidak bersama. Buat isteri-isteri di luar sana, boleh lah ikuti tips ini untuk mengekalkan kemanisan rumahtangga anda. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.