Adakah warna bibir anda pucat atau kulit bibir selalu menggelupas ataupun benda yang selalu menjadi masalah adalah kulit bibir terlalu kering ? Orang cakap jika taknak kulit kering dan menggelupas, perlu minum air secukupnya atau pakai lip balm. Ini adalah perkara biasa yang dilakukan untuk mengelakkannya.

Tetapi bagaimana mahu mendapatkan kluit bibir pink kemerahan secara semula jadi? Bibir merah pink juga salah satu kepuasan bagi wanita untuk menampakkan warna bibir tidak pucat jika tidak memakai lipstik. Bagaimanakah caranya?

Mari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai tips dapatkan bibir merah pink. Info ini dikongsikan oleh Puan Zana Mokhtar. Puan Zana mempunyai diploma akaun di Politeknik Seberang Perai. Kini, Puan Zana menjadi agen CPEA1 di Cunna Pretty.

Tips bibir merah pink

Bahan-bahannya :

tips bibir merah pink

Imej via Facebook

Limau kasturi

Gula pasir

Madu

Minyak zaitun.

Cara-caranya

Cara dia senang sangat nak konsisten dalam seminggu 3 atau 4 kali macam tu.
tips bibir merah pink

Imej via Facebook

Gula pasir tu kan korang sebatikan dengan madu ye. Dah sebati tekapkan dengan limau kasturi tu.
Ha lepas tu baru skrub bibir korang tu ye. Biarkan dalam 2 minit macam tu baru la korang bilas tau.

Dah bilas ambil la minyak zaitun sapu rata dekat bibir seksi korang tu. Dia akan buat bibir kita rasa lembab dan best je.

*Jika anda mahu bibir anda merah pink dan lembab sentiasa, cuba lah menggunakan tips yang diberikan oleh Puan Zana. Insyaallah bibir anda akan lembut dan kemerah-merahan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.