Nota Editor: Disini kami kongsikan tips belajar untuk anak yang dapat diaplikasikan. Secara ringkasnya, terdapat tiga perkara yang dapat digunakan.
Anak akan mudah faham bila sesuatu divisualkan atau digambarkan namun cabaran berat di bahagian ini adalah anak kurang fokus dan mudah hilang tumpuan, juga mudah tertarik pada aktiviti lain.
Bantulah anak-anak visual dengan menetapkan matlamat dan niat terlebih dahulu sebelum memulakan pembelajaran. Contohnya jika anak harus membaca petikan dan kurang tumpuan.
Cadangkan kepada anak untuk mencari 5 isi penting berkaitan dengan tajuk. Anak akan mula fokus daya visualnya mencari 5 isi penting tersebut dan menamatkan bacaan dengan mudah.
Anak-anak turut belajar melalui pendengaran, terkadang anak buat tak endah atau tak dengar apa yang dikatakan oleh ibubapa mahupun guru. Itulah antara cabaran bagi deria belajar auditori.
Bantulah anak dengan membina ayat yang sesuai difahami, pendek dan ringkas, serta melibatkan empunya diri. Biasanya panggil namanya untuk cetus perhatian, ayat yang lebih mudah perlu digunakan.
Letak diri kita ditempat anak dan pilih ayat yang kita nak dengar jika kita berada di tempatnya, beri kata galakan dan semangat. Guna tona dan nada suara yang sesuai menurut keadaan.
Suasana dan suara ceria bila mula lihat mereka, suara serius bila sampaikan mandat dan nasihat, suara mesra bila berbincang dan sebagainya.
Anak-anak kinestatik belajar melalui pengalaman dan peluang melakukan sesuatu dengan tangan dan fizikalnya sendiri. Cabarannya adalah kita tiada masa untuk pantau apa yang anak ingin lakukan dan kurang percaya serta rimas jika anak melakukan kesilapan.
Bantulah anak dengan memperuntukkan 15 minit setiap hari untuk explore atau meneroka pelajarannya. Bersedia juga untuk terima kesilapan mereka yang penting anak tak mudah putus asa.
Galakkan anak aktiviti praktikal untuk menguasai subjek dan matapelajaran. Beri kepercayaan kita dan fokus pada pencapaian usaha bukan pencapaian keputusan.
3 bantuan ini dinilai dari 3 bahagian rukun solat
1. Rukun Qalbi -niat & Matlamat
2. Rukun Qauli- Bacaan yang betul dengan nada yang sesuai (kuat @ perlahan)
3. Rukun Fi’li – Perbuatan. Melakukan dengan sendiri, bersedia untuk mengalaminya sendiri dan melakukan kesalahan serta bersedia untuk dibetulkan.