Pada waktu ini negara kita sedang dilanda wabak covid-19. Disebabkan itu, banyak syarikat serta premis telah di tutup dan para pekerja terpaksa bekerja dari rumah.  Ia bertujuan supaya rantaian covid-19 ini dapat di putuskan dan tidak merebak dengan lebih besar. Sebab itulah, kerajaan meminta ke semua premis ditutup dan para pekerja boleh kerja dari rumah.

Bekerja Dari Rumah Mempunyai Pelbagai Kebaikan

Sebenarnya, kerja dari rumah mempunyai bermacam kebaikkan seperti masa yang lebih fleksible. Boleh mengatur jadual kerja sendiri dan yang paling penting tidak perlu terbabit dalam kesesakkan lalu lintas.

kerja dari rumah

News UTM

Bukan itu sahaja, masa kerja kerja anda juga menjadi lebih teratur dan anda bebas bekerja tanpa sebarang pengawasan. Ada bebarpa tips yang boleh anda gunakan untuk memastikan diri anda kekal mempunyai motivasi yang tinggi apabila kerja dari rumah.

Antaranya seperti di bawah ini:

Tips #1- Asingkan Kawasan Kerja 

Bekerja dari rumah memerlukan ketenangan dari sebarang gangguan. Agak sukar untuk anda melakukan kerja anda dengan tenang jika anda tidak mengasingkan kawasan kerja anda dengan ruangan lain. Mana tidaknya, jika anda meakukan segala kerja anda di ruang tamu akan menyebabkan anda terganggu di sebabkan suasana yang bising.

Disebabkan itu, sukar untuk anda membuat kerja anda dengan tenang. Seeloknya, wujudkan satu zon ruangan kerja secara berasingan seperti di dalam bilik supaya anda dapat melakukan kerja anda dengan aman dan tenang.

Tips #2-Wujudkan Ruang Kerja Yang Ceria

Apabila bekerja dari rumah, sudah tentulah anda memerlukan motivasi supaya anda melakukan segala tugasan dengan mudah. Tapi macam mana  cara hendak buatkan diri kita sentiasa kekal bermotivasi sewaktu buat kerja?

Caranya sangat mudah, anda cuma perlu wujudkan ruang kerja yang ceria. Anda boleh tambah pencahayaan atau menambah dekorasi seperti kata-kata motivasi yang boleh mmebuatkan anda kekal tenang dan sentiasa bermotivasi ketika bekerja dari rumah.

Tips #3 – Jangan Pasang Lagu Yang Terlalu Kuat 

Ada sesetengah orang gemar memasang lagu ketika sedang melakukan sesuatu tugasan. Bagi mereka ia merupakan salah satu cara untuk menghilangkan tekanan ketika melakukan tugasan. Namun begitu, tidak semua lagu sesuai untuk di mainkan ketika anda sedang melakukan tugasan.

Malah, ada antaranya yang akan membuatkan anda bertambah stress. Jika anda hendak mendengar lagu carilah lagu-lagu berentak perlahan dan lagu yang boleh membuatkan anda kekal tenang seperti mendengar alunan zikir.

Tips #4- Jauhkan Diri Sendiri Dari Gajet

Ini merupakan cabaran utama ketika bekerja dari rumah. Gajet sebenarnya boleh mengganggu kosentrasi anda ketika sedang menyiapkan tugasan kerja anda. Disebabkan gajet seperti telefon akan membuatkan anda terleka terutama sekali apabila sedang berbalas chat dengan di aplikasi whatsapp. Akibatnya, tugasan anda tidak dapat di siapkan.

Apabila anda bekerja dari rumah anda perlulah mempunyai disiplin diri yang tinggi. Pada waktu inilah anda yang akan mengaturkan tugasan anda. Jadi, jauhkan telefon ketika anda sedang melakukan tugasan, supaya ia tidak mengganggu anda ketika sedang melakukan tugasan. Serta anda dapat berikan fokus yang penuh terhadap tugasan yang bos telah berikan.

kerja dari rumah

credit : Techrabies

Tips #5 – Susun Jadual Kerja Dengan Sebaik Mungkin

Bagi yang sudah bekerluarga, bekerja dari rumah merupakan cabaran buat mereka. Pada waktu inilah mereka perlu membahagikan masa dengan melakukan kerja rumah dan tugasan syarikat. Jadi, untuk memastikan anda tidak kelam kabut buatlah satu jadual kerja untuk anda.

Dengan adanya jadual kerja seperti ini tugasan anda lebih tersusun dan juga masa anda menjadi lebih teratur. Jadi, mudah untuk anda meluangkan masa bersama keluarga dan dalam pada masa yang sama anda juga berjaya menyelesaikan tugasan syarikat.

Tips #6 – Beritahu Keluarga Jangan Ganggu Ketika Sedang Bekerja

Ini antara perkara penting yang perlu anda lakukan apabila anda bekerja dari rumah. Masalah yang sering berlaku apabila bekerja dari ruamh ialah gangguan dari orang sekeliling. Ia telah menyebabkan anda tidak dapat fokus untuk menyiapkan tugasan syarikat anda.

Jadi sebelum anda mula melakukan tugasan beritahu ahli keluarga anda yang anda tidak mahu di ganggu sewaktu sedang menyiapkan tugasan syarikat.

Tips # 7- Manfaatkan Teknologi Untuk Berhubung Dengan Ahli Kumpulan Dan Boss

Kadang-kala apabila anda bekerja dari rumah ada sesetengah tugasa yang memrlukan perbincangan bersama ahli kumpulan dan bos. Sewaktu Perintah kawalan pergerakkan ini memang sukar untuk berkumpul dan mengadakan mesyuarat.

Walaupun anda beerja dari rumah anda masih lagi boleh berhubung dengan ahli kumpulan dan juga bos seperti biasa. Caranya, dengan memanfaatkan teknologi yang sedia ada seperti panggilan video. Anda boleh membuat panggilan video untuk perbincangan antara satu sama lain dan juga boleh membuat mesyuarat dengan bos.

Ada Bermacam Idea Untuk Menghias Ruang Kerja

  1. Letakkan gambar yang boleh memberikan anda inspirasi seperti gambar keluarga
  2. Meletakkan tanaman seperti pokok bunga untuk mewujudkan suasana yang nyaman di ruang kerja anda.
  3. Meletakkan kalendar yang cantik bukan sahaja untuk sebagai hiasan tetapi juga untuk memudahkan anda menyiapkan tugasan mengikuttarikh yang di tetapkan
  4. Letakkan kata-kata inspirasi atau gambar “big why”
  5. Untuk membangkitan lagi suasana yang ceria anda boleh menghiaskan ruangan informasi di meja kerja anda dengan meletakkan poster warna warni atau dengan meletakkan gambar kenangan  manis anda.

Bekerja Dari Rumah Boleh Beri Rasa Seronok Dan Hilangkan Stress

Kesimpulannya, bekerja dari rumah sebenarnya amat meneyeronokkan dan dapat elakkan anda dari menghadapi tekanan. Ini kerana, anda dapat menyusun jadual anda sendiri dan anda tidak di kawal atau di awasi oleh sesiapa.

Di samping itu, anda dapat meluangkan lebih masa bersama dengan anak anda. Dalam pada masa yang sama inilah peluang untuk anda belajar bekerja tanpa sebarang pengawasan. Jadi, bagi anda yang bekerja dari rumah jangan stres. Sebaliknya bekerjalah dengan mood yang happy. Baca juga jenis cincin perkahwinan dan panggilan manja untuk suami dalam bahasa arab.

Sumber rujukan:

 

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.