Cuaca di Malaysia sekarang tidak menentu, kadang-kadang hujan, kadang-kadang panas. Ia membuatkan kita rasa tidak selsesa kerana ia memberi kesan kepada tubuh badan kita. Paling teruk adalah apabila tiba musim panas yang terik sehingga mencecah suhu 34°C dan ke atas.
Cuaca yang terlalu panas boleh menyebabkan pelbagai penyakit antaranya, batuk, demam dan selsema. Penyakit ini adalah biasa bagi setiap musim panas yang berlaku di Malaysia. Malah, kadar pesakit demam meningkat apabila cuaca terlalu panas dan tidak menentu. Selalu yang senang mendapat 3 penyakit ini adalah kanak-kanak dan orang dewasa yang mempunyai antibodi rendah.
Bagaimana kita mahu mengatasi penyakit batuk, demam dan selsema ini?
Mari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai tips untuk mengatasi batuk, selsema dan demam. Info ini dikongsikan oleh Dr. Suri Roowi. Beliau merupakan pakar pemakanan yang juga merupakan bekas saintis Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Suri.
Untuk mendapatkan khasiat yang banyak, bawang putih perlu dihancurkan atau dipotong-potong, seterusnya dibiarkan selama 10 minit, agar enzim dapat bertindak balas dan menghasilkan bahan berkhasiat Alicin. Selepas itu barulah ditambah air suam.
Caranya adalah dengan hancurkan halia dan direbus. Jus lemon dan madu boleh ditambah. Pastikan madu asli. Cara lain adalah dengan kemam halia yang telah dibuang kulit untuk bantu kurangkan batuk.
Terdapat kajian menunjukkan ia lebih berkesan berbanding ubat moden yang mengandungi dextromethorphan.
Lactobacillus adalah bakteria baik yang boleh membantu sistem penghadaman dan masalah batuk. Bakteria baik ini banyak dalam yoghurt dan kajian terkini menunjukkan lactobacillus banyak juga dalam madu kelulut.
Kulit limau tinggi bahan berkhasiat neohesperidin berbanding jus.
Caranya adalah dengan menambahkan madu asli pada kulit limau yang dihancurkan dan ditambahkan jus. Minum sedikit-sedikit sehingga sembuh. Limau nipis lebih berkesan berbanding kasturi untuk masalah batuk.
Caranya adalah dengan memotong dan hidu bau bawang tersebut.
Caranya adalah dengan meminum teh mint, tetapi sebelum itu perlu hidu wap nya kerana bahan aroma boleh bertindak sebagai antibakteria/antivirus
Ia juga membantu kurangkan batuk terutamanya jenis batuk tanpa kahak. Caranya adalah ambil sedikit kunyit bersama madu dan diminum.
Disediakan dengan melarutkan sesudu garam dengan secawan air suam
Kayu manis juga membantu masalah diabetis.
*Berikut adalah tips yang dikongsikan oleh pakar. Ikuti tips ini dengan rajin dan konsisten, Insyaallah semuanya akan baik-baik. Tips ini sesuai diikuti sama ada lelaki atau wanita. Tips ini adalah sekadar ubat tambahan untuk menyembuhkan penyakit kita. Jika tidak memberi apa-apa kesan yang positif, pergi berjumpa doktor kerana mungkin ada masalah yang lain. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.