Di dalam iklim Tropika yang panas dan lembap, penghawa dingin adalah satu keperluan dan bukannya kemewahan. Kebanyakkan dari kita menggunakan penghawa dingin tanpa henti di rumah, ini boleh mengurangkan keberkesanan penghawa dingin kita, mengakibatkan suhu yang tidak stabil dan meningkatkan bil tenaga eletrik.

Memandangkan penghawa dingin paling banyak menggunakan tenaga eletrik berbanding sistem-sistem lain di rumah, jadi kita perlu memberi tumpuan kepada keberkesanan terlebih dahulu apabila mencuba untuk mengurangkan perbelanjaan.

Tip-tip terbaik untuk menggunakan penghawa dingin anda secara lebih cekap

Berikut adalah beberapa tip untuk memaksimumkan keberkesanan penghawa dingin anda, memanjangkan jangka hayatnya dan mengekalkan kesejukan rumah anda tanpa perlu berbelanja lebih.

1. Cuci penapis penghawa dingin

Buat catatan tentang penukaran penapis pakai buang atau pemberaihan penapis kekal dalam penghawa dingin anda bagi setiap 60 ke 90 hari. Habuk yang terkumpul boleh menyebabkan penapis unit di dalam rumah tersumbat, mengurangkan pengaliran udara dan mengurangkan keberkesanan penghawa dingin.

2. Kurangkan kelembapan di dalam rumah

Anda sering mendengar orang berkata, ” itu bukan hanya haba, itu kelembapan”? Ya, mereka betul. Penggunaan dehumidifier di dalam rumah apabila suhu tinggi di luar, terutama pada waktu siang, boleh membantu penghawa dingin anda berfungsi dengan cemerlang untuk tempoh lebih lama. Kurangkan aktiviti yang boleh meningkatkan kelembapan seperti menggunakan mesin basuh atau mesin pengering pakaian, pada waktu petang atau malam di mana cuaca lebih sejuk.

3. Halang haba

Menghalang sinaran cahaya matahari dan kehangatan alam sekitar daripada memasuki rumah secara lansung akan memgurangkan beban kerja penghawa dingin anda. Pada waktu siang, sinaran matahari diperkuat oleh cermin tingkap anda, jadi pemasangan langsir dan tirai sambil menutup pintu dan tingkap dapat menghalang haba panas berlebihan.

Ini membolehkan penghawa dingin anda berfungsi dengan lebih berkesan dalam menyejukkan dalaman rumah anda. Bagi memaksimumkan penyejukan pada waktu petang, selakkan langsir dan tirai, buka tingkap untuk membenarkan haba yang terperangkap keluar.

kekal sejuk

4. Gunakan kipas anda

Percaya atau tidak, penghawa dingin lebih berkesan jika digabungkan dengan kipas, terutama kipas siling. Udara sejuk akan berkumpul pada kawasan yang dekat dengan lubang udara penghawa dingin apabila ditiup.

Daripada anda menunggu proses pemindahan haba menyejukkan keseluruhan ruang di dalam rumah anda, anda boleh menggunakan kipas siling untuk mengalirkan udara sejuk lebih cepat. Pengaliran udara juga membantu penyerapan peluh dan menyejukkan anda dengan lebih cepat melalui angin yang tercipta. 

5. Guna termostat dengan bijak

Penggunana termostat yang betul membantu meningkatkan keberkesanan penghawa dingin anda. Sebagai permulaan, beri tumpuan kepada kedudukan termostat anda. Sekiranya ia berada terlalu hampir dengan lampu, peralatan yang mengeluarkan haba atau terlalu hampir dengan tingkap, termostat akan menunjukkan suhu yang lebih tinggi berbanding suhu bilik yang sebenarnya, sekaligus menghidupkan penghawa dingin lebih kerap dari sepatutnya.

Sekiranya anda belum menambah baik kepada termostat pintar yang boleh diprogramkan yang mana boleh diprogram untuk mengawal suhu rumah anda walaupun anda tiada di rumah atau sedang tidur. Termostat moden juga membolehkan anda mnghidupkan atau mematikan penghawa dingin mengikut jadual atau menggunakan alat kawalan jarak jauh, yang mana semua ini akan memastikan keberkesanan yang paling maksimum.

tidur selesa

6. Tetapkan suhu yang tepat

Menurut satu kajian dari Universiti Cornell, suhu terbaik untuk keselesaan dan produktiviti adalah 25 darjah Celcius. Energy Star, sebuah program yang dilancarkan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat bagi menggalakkan kecekapan dalam penggunaan tenaga eletrik juga mencadangkan supaya tidak menurunkan suhu kurang daripada 25 darjah abgu mengimbangi keselesaan dan perbelanjaan.

Sekiranya masih panas, turunkan suhu satu darjah pada satu masa sehingga anda selesa, bukannya menurunkannya terlalu rendah dalam satu masa yang akan membebankan penghawa dingin anda lebih daripada yang sepatutnya.

7. Guna bila perlu

Salah satu kesilapan yang biasa kita lakukan adalah membiarkan penghawa dingin dalam keadaan hidup ketika keluar kemana-mana, dengan beranggapan cara ini lebih berkesan. Hakikatnya, anda sebenarnya jimat lebih dan dapat memastikan penghawa dingin anda lebih berkesan jika anda matikannya semasa tiada di rumah dan hidupkan semula selepas pulang.

Di sinilah termostat pintar moden memainkan peranan untuk mengikut penetapan yang dijadualkan pada suhu yang sempurna, ini menawarkan keseimbangan yang baik di antara keselesaan dan penggunaan tenaga yang cekap.

8. Hilangkan udara panas

Pengudaraan yang betul di dalam rumah boleh meningkatkan keselesaan  dan keberkesanan penghawa dingin anda. Sebagaincontoh, pengudaraan pada bumbung bagi rumah di atas tanah dapat mengalirkan udara panas keluar dari dalam rumah.

Begitu juga pengudaraan menggunakan kipas di dapur, bilik mandi dan bilik dobi yang mana bukan sahaja menghilangkan kelembapan bahkan menurunkan suhu di dalam rumah sekaligus mengurangkan beban penghawa dingin anda.

9. Jauhkan penghawa dingin anda dari matahari

Meletakkan penghawa dingin anda hampir dengan pokok atau di bahagian rumah anda yang paling teduh dapat mengelakkan udara sekeliling panas dengan cepat sekaligus membantu penghawa dingin anda menyejukkan rumah anda dengan lebih cepat dan berkesan.

10. Pastikan kawasan di sekeliling pemampat udara bersih daripada serpihan dan halangan lain

Pemampat udara terletak di luar rumah dan berfungsi untuk mengeluarkan haba dari dalam rumah. Dari masa ke semasa, serpihan yang terkumpul pada pemampat boleh menyekat aliran udara yang mana akan menjadikan ia kurang berkesan.

Halangan di sekitar pemampat juga boleh menghalangnya daripada “bernafas” dengan baik, sekaligus menyekat keberkesanannya dan juga boleh merosakkan penghawa dingin anda. Pastikan pemampat anda mempunyai ruang di sekelilingnya, jauhkan landskap daripada ruang itu dan periksa ruang itu dengan kerap bagi mengelakkan serpihan terkumpul.

11. Pastikan lubang udara tidak terhalang dan kerap dibersihkan

Seperti pemampat udara di luar, lubang udara yang tersekat dengan habuk, kotoran, bulu haiwna peliharaan atau benda-benda seperti mainan, perabot dan langsir boleh menghalang penyejukan yang berkesan.

12. Jangan tangguh penyelenggaraan penghawa dingin

Salah satu cara yang terbaik untuk memastikan penghawa dingin anda kekal baik selama yang mungkin adalah servis dan penyelenggaraan yang tetap. Dapatkan penyelenggaraan pakar sekali setahun bagi memastikan unit anda berfungsi pada tahap terbaik, yang mana bukan sahaja dapat menjadikan penyejukan yang lebih cepat dan berkesan tetapi juga memanjangkan jangka hayat unit anda, dan yang semestinya menjimatkan perbelanjaan.

Jika ada sesuatu yang tidak kena, jangan tunggu servis tahunan. Sekiranya terdapat bunyi pelik atau kebocoran air di bahagian dalam, pastikan segera diperiksa. Memperbaiki masalah pada peringkat awal selalunya lebih murah berbanding menggantikan satu unit jika rosak.

Akhir sekali, memberi tumpuan kepada penggunaan dan juga memastikan barang-barang bersih dan teratur dapat memaksimumkan keberkesanan penghawa dingin anda dan memastikan ia berfungsi sama seperti yang baru. Untuk fakta yang lebih menarik dan maklumat berguna tentang penghawa dingin dan pengawalan iklim di dalam rumah anda, sila lawat Mitsubishi Electric

Penulis: Bidadari Partner Content

Bidadari.my adalah web dan hub informasi untuk wanita di luar sana. dapatkan info kesihatan, parenting , petua-petua tips dan kecantikkan di sini.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.