Apabila tiba tahun baru, ramai mula membuat azam sendiri dan ingin mencapainya sebelum tahun itu tamat. Pelbagai azam yang kita dengar, contohnya berazam ingin kurus, mendapatkan markah terbaik setiap kertas ujian, berjimat cermat, cari jodoh dan pelbagai lagi. Azam ini tidak akan tercapai jika tidak berusaha, bukan?
Azam itu akan menjadi satu kata-kata sahaja jika kita tidak berusaha untuk mencapainya. Ada orang hanya usaha separuh jalan kemudian jadi seperti dahulu semula. Jadi untuk elakkan perkara begitu terjadi, apa kata kita mula tinggalkan 5 tabiat buruk ini dahulu?
Apakah tabiat buruk yang perlu kita tinggalkan?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai tinggalkan 5 tabiat buruk ini dalam diri. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.
Apa yang kita cakap tu, akan didengar oleh telinga kita sendiri dan apa yang didengari oleh telinga sendiri akan masuk ke dalam hati. Apa yang masuk ke dalam hati akan menjadi sebahagian daripada diri
Circle akan saling mempengaruhi. Kalau kita mampu mempengaruhi, maka boleh la bertahan tetapi kebanyakan orang berada pada ‘state’ dipengaruhi. Maka tingggalkan dan kurangkanlah masa kita bersama mereka yang penuh dengan negativity
Blaming atau sikap suka menyalahkan hanya akan memakan diri. Kita lupa untuk Take Charge dengan hidup kita sendiri sehingga kita memilih untuk hidup dengan penuh perasaan victimised. Kita akan jadi lemau dan merasakan mangsa kepada keadaan padahal kita diberikan kekuatan untuk membuat perubahan dan pilihan
Sifat suka bertangguh adalah musuh nombor 1 kita kalau kita betul betul nak ubah nasib hidup dan berjaya. Suka bertangguh membuatkan hidup kita kurang produktif. Apa contoh orang yang hidupnya kurang produktif? Senang je nak cam, orang tu hidup 80 tahun lamanya tapi hasil kerja buatnya seperti orang yang hidup 5 tahun sahaja.
Itulah kenapa saya tak bagitahu orang lain azam Tahun Baru saya kerana saya pernah terbaca kajian pada tahun 2009 mengatakan kalau kita umumkan azam Tahun Baru ni pada orang lain, ianya akan mencipta ‘premature sense of completeness’ pada diri kita.
Kita rasa macam seolah olah kita dah capai azam tu padahal mula pun belum lagi. Tu yang azam tahun lepas pun banyak yang terbengkalai lagi sampai ke hari ini.
*Jika kita dapat buang 5 tabiat buruk ini, Insyaallah kita dapat berjaya dalam hidup. Buang semua sifat-sifat negatif dalam diri dan pemikiran negarif. Ianya tidak bagus untuk kesihatan diri. Tabiat yang disenaraikan ini ada pada setiap diri seseorang, oleh sebab itu susah untuk kita capai impian dan cita-cita kita. Cuba tinggalkan tabiat buruk ini dan lihat hasilnya.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.