Susu dan yogurt tidak lagi asing dari makanan harian orang Malaysia. Susu mempunyai kalsium dan Vitamin D, selain mengandungi ketiga-tiga mikronutrisi yang menjadikannya sebagai hidangan ‘lengkap dan seimbang’ iaitu karbohidrat, protein dan lemak. Oleh itu, setiap orang perlu minum segelas susu sehari untuk mendapatkan kalsium.

Yogurt juga mempunyai banyak khasiat. Antaranya, menguatkan tulang, memutihkan gigi, boleh menurunkan berat badan dan lain-lain lagi. Yogurt selalu digemari oleh para wanita kerana ia adalah salah satu makanan diet untuk menurunkan berat badan.

Jadi, susu dan yogurt kini menjadi makanan yang digemari oleh ramai orang. Tetapi, tahukah anda tempoh masa penyimpanan susu dan yogurt di rumah? Memang diikutkan tarikh luput lama lagi, tapi bagaimana jika sudah dibuka? Tahan lama ke?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai tempoh masa penyimpanan susu dan yogurt. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

Tempoh penyimpanan setiap jenis susu dan yogurt

tempoh simpan susu dan yogurt
Imej via Facebook

Susu UHT

  • Kotak belum buka – Tahan sehingga tarikh luput
  • Jika dibuka – perlu simpan di peti sejuk. Tahan 3 hari
  • Jika dibuka dan diletak di luar- perlu habiskan dalam masa sejam.

Susu botol atau kotak

  • Belum buka – tahan sehingga tarikh luput atau 5 hari selepas beli (mana-mana lebih awal), jika disimpan di peti sejuk.
  • Jika dibuka – tahan sehingga 3 hari jika disimpan di peti sejuk.
tempoh simpan susu dan yogurt
Imej via siraplimau

Yogurt

  • Belum dibuka – tahan sehingga 2 minggu di peti sejuk
  • Jika dibuka – habiskan dalam masa sejam. Jika pek besar, ambil kuantiti yang diperlukan dan masukkan semula dalam peti sejuk. Tahan sehingga 5
  • 7 hari jika penyimpanan di peti sejuk.

Susu tepung

  • Belum di buka – boleh tahan sehingga 2 tahun pada suhu bilik.
  • Jika dah dibuka (refil) masuk dalam tin lama – tahan 3 bulan.
  • Jika dibancuh, tahan sehingga 3 hari jika diletak di dalam peti sejuk. Jika diletak diluar, habiskan dalam masa sejam.

*Setiap jenis susu dan yogurt ada tempoh penyimpanannya selepas dibuka. Seeloknya, disimpan ke dalam peti ais untuk tahan lebih lama berbanding diletak di luar selepas di buka. Jika lebih 3 hari, lebih baik buang sahaja kerana susu itu sudah tidak elok. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.