Anda bercuti di Port Dickson tapi tak tahu tempat menarik di Port Dickson paling best untuk keluarga terutama kanak-kanak? Nah, kami sediakan 15 tempat yang boleh anda pergi jika ke sini.
Bila sebut Port Dickson mesti terbayang pantainya yang cantik. Pening juga hendak buat keputusan pantai yang mana perlu dikunjungi. Sebenarnya, bukan hanya pantai yang ada di Port Dickson. Ada juga tempat bersejarah, tempat rekreasi, tempat hiburan dan sebagainya.
Apa tunggu lagi? Jom pilih tempat mana yang anda boleh pergi!
Antara pantai-pantai yang boleh dikunjungi ialah Pantai Blue Lagoon @ Pantai Tanjung Biru, Tanjung Tuan, Pantai Cahaya Negeri, Pantai Teluk Kemang, dan Pantai Saujana. Bukan anak-anak saja yang suka berada di pantai, ibu bapa juga pasti rasa tenang melihat pemandangan yang memukau.
Ini adalah antara pantai-pantai yang terkenal kerana keindahan pemandangannya dan pelbagai aktiviti pantai kepada pengunjung. Berada di pantai, sambil menghayati pemandangan dan ditiup angin sepoi-sepoi bahasa pasti menyamankan.
Galeri 3D amat popular pada masa kini. Hampir setiap negeri ada galeri seperti ini. Alive 3D mengambil bangunan setinggi 3 tingkat dan memiliki 50 gambar 3D di dalamnya. Anak-anak pasti gemarkan tempat seperti ini di mana mereka perlu beraksi untuk mengambil gambar yang lain daripada yang lain.
Harga: RM20 (dewasa), RM15 (kanak-kanak), RM25 (warga asing), RM20 (kanak-kanak)
Alamat: Taman Kota Indah, 71250 Pasir Panjang
Waktu Operasi: 7am-6pm setiap hari.
Luasnya 1280 hektar pada ketinggian 20-40m dari aras laut. Walaupun saiznya kecil jika dibandingkan dengan hutan simpan yang lain, tapi ia mempunyai 11 spesis pokok hutan yang hanya boleh ditemui di kawasan hutan ini sahaja.
Malah, di sini juga terletaknya pokok jelutong terbesar. Banyak aktiviti dijalankan di sini seperti merentas hutan, melihat burung dan hidupan liar, menunggang mountain bike serta perkhemahan.
Alamat: No.38, Jalan DS 2/1. Bandar Dataran Segar, Lukut, 71010 Port Dickson.
Waktu Operasi: 11am-10pm
Mungkin ada yang tidak tahu mengenai Kota Lukut yang pernah gemilang suatu ketika dulu. Galeri ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Galeri Sejarah Lukut, Galeri Nassau, Galeri Negeri Sembilan Negeri Beradat, dan Galeri Teknologi Pembuatan Masyarakat Tradisional.
Kesemuanya membawa anda kembali ke masa lampau menerusi ilustrasi, gambar, artifak dan sebagainya. Anda mungkin perlu tahu bercerita jika mahu membawa anak-anak ke sini.
Harga: Percuma
Alamat: Lot 730, Jalan Besar, Taman PD Jaya, 71010 Port Dickson
Waktu Operasi: 9am-6pm
Kapal terbang dan kereta perisai, itulah sebahagian kenderaan yang anda boleh temui di Muzium Tentera. Jumlah pengunjungnya ramai semasa hari cuti. Menariknya ia diatur dan disampaikan dengan rapi serta berkesan.
Kisah peperangan sejak serangan Portugis sehinggalah pada masa kini. Anda akan melihat penambahbaikan dan perkembangan teknologi. Di satu bahagian, ada terowong komunis. Masuk dan lihat sendiri bagaimana kehidupan mereka di dalam terowong.
Harga Tiket: Percuma
Alamat: Kem Sirusa, Persiaran Pahlawan, Kampung Baru Sirusa, 71050 Port Dickson
Waktu Operasi: 10am-5pm (Rabu-Ahad)
Ini mungkin menjadi tempat menarik di Port Dickson buat anda dan keluarga. Anda bukan sahaja melihat tapi menunggang juga. Boleh pilih untuk menunggang burung unta, keldai atau kuda padi. Jika tak mahu menunggang burung unta, berlumba lari dengan mereka pun boleh.
Selain haiwan-haiwan ini, ada juga angsa, itik dan pelbagai haiwan peliharaan. Ikan pun ada. Puas dengan haiwan, boleh cuba menaiki ATV pula di PD Extreme Jungle Park dan Dinasours in the Jungle.
Harga Tiket: RM15 (dewasa), RM10 (kanak-kanak)
Alamat: Lot 1419, Jalan Kemang 13, Batu 9, Jalan Pantai Teluk Kemang
Mahu merasai dunia koboi? Cuba singgah di taman tema ini yang berbeza suasananya dengan taman tema yang lain. Antara aktiviti di sini ialah 5D Motion Adventures, 7D Interactive Movie, Cowboy Go Round, Rider Boat, dan Wild West Desert Explorer. Banyak aktiviti lain yang anak-anak anda boleh lakukan dengan gembira.
Alamat: Jalan D/S71010 Port Bandar Dataran Segar, Lukut
Jom bawa anak-anak anda teroka hidupan marin di Pusat Ikan Hiasan yang terletak di Teluk Kemang. Kalau anda nak tahu, terdapat lebih 2000 spesis hidupan air yang terdapat di sini!
Selain anak-anak gembira dan teruja melihat hidupan ini, mereka juga dapat mengenal kesemua spesis yang ada. Mungkin anda juga dapat mengetahui ilmu yang baru tentang hidupan marin melalui pameran yang ada.
Waktu operasi: Setiap hari (9.00 pagi – 5.00 petang)
Alamat: Batu 7, Jln Pantai Teluk Kemang 71050 Port Dickson
Bukan di Kuala Lumpur dan Kedah sahaja yang ada rumah terbalik, Port Dickson juga mempunyai rumah terbalik yang cantik, kemas dan luas walaupun keadaannya terbalik. Perabot dan semua kelengkapan rumah juga didekorasi secara terbalik. Memang mengagumkan!
Anak-anak pasti teruja melihat rumah yang unik ini. Jangan lupa untuk rakam gambar anda dengan kreatif untuk dimuatnaik di media sosial dan jadikannya sebagai kenangan.
Harga tiket: RM 20 (dewasa) | RM 15 (Kanak-kanak)
Waktu operasi: 10.00 pagi-8.00 malam
Alamat: No.13A & 15, Jalan coral walk, Batu 9, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Balai cerap ini turut dikenali sebagai Baitul Hilal. Apa yang anda boleh buat di sini? Anda dan keluarga boleh melihat keindahan langit, bulan, bintang dan segala objek yang terdapat di angkasa. Datanglah ke sini untuk teroka ilmu angkasa yang jarang didapati di mana-mana tempat. Di sini juga, terdapat teleskope tercanggih digunakan untuk meneroka ilmu angkasa.
Waktu operasi: Setiap hari (3.00 petang-5.00 petang | 10.30 malam-12.00 tengah malam)
Alamat: Lot 4506, 8, Jalan Pantai, Tanjung Tanah Merah, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Jom bawa anak-anak bersiar-siar sambil menghirup udara segar di Hutan Lipur Pasir Panjang. Uniknya hutan lipur ini kerana anda akan menyelusuri trek untuk ke persisiran pantai. Terdapat pelbagai tanaman herba yang ditanam di sini untuk perubatan tradisional.
Jangan risau kerana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan untuk semua pengunjung seperti wakaf berehat, tandas, trek joging dan sebagainya.
Alamat: Taman Kota Indah, 71250 Pasir Panjang, Negeri Sembilan
Pasti ada keluarga yang menjadikan aktiviti lasak sebagai hobi atau cara untuk melepaskan penat bekerja. Jika anda orangnya, anda memang perlu datang ke X Park Sendayan kerana pelbagai aktiviti lasak yang boleh anda cuba.
Antara aktiviti yang menyeronokkan adalah Go Kart, memanah, futsal, paintball dan 24 sukan yang lain. Kesemua sukan ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas dan dewasa.
Waktu operasi: Rabu-Isnin (10.00 pagi – 6.00 petang)
Alamat: Jalan Pantai Batu 13 KM 21, Mukim Pasir Panjang, Negeri Sembilan, 71250 Port Dickson
Sekiranya anda hanya ingin bersantai, datanglah ke PD Waterfront untuk menikmati suasana pantai. Memang tenang apabila melihat keindahan alam sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Jika anda ingin meluangkan masa lebih lama di sana, anda boleh menginap di hotel terdekat.
Banyak kemudahan yang turut disediakan di sini. Antaranya adalah tandas, food truck dan lain-lain. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar di sini. Pasti anda akan dapat hasil gambar yang menakjubkan.
Alamat: 1-02-1, Persiaran Waterfront, 1st Mile, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Ehsan Waterpark merupakan taman tema air terbesar di Negeri Sembilan. Murah sahaja tiket untuk masuk ke taman tema air ini. Pihak Ehsan Waterpark sering mengadakan promosi untuk anda dapatkan tiket dengan berbaloi. Anda juga boleh membeli tiket mengikut pakej yang disediakan. Jangan risau, tempatnya memang bersih dan luas, Banyak permainan air dan kemudahan disediakan.
Waktu Operasi: Khamis – Ahad (10.00 pagi-6.00 petang)
Alamat: No 1, Batu 13, Jalan Pantai, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan
Anda mencari penginapan yang turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik dalam satu tempat? Eagle Ranch Resort pasti tak akan menghampakan anda kerana di sini anda akan merasakan pengalaman yang unik. Tempat yang berkonsepkan ala Cowboy ini pasti akan memberi pengalaman menyeronokkan buat anda sekeluarga.
Terdapat 6 jenis penginapan berbeza dengan jumlah unit yang banyak seperti Kampung House, Bandwagon Upper, Teepee dan sebagainya. Antara aktiviti menarik yang ada adalah go kart, permainan air, rope course, memanah, paintball dan banyak lagi!
Selepas ini tidak perlu pening-pening lagi untuk mencari tempat menarik di Port Dickson. Rujuk sahaja artikel ini agar memudahkan perancangan anda. Jika mahu ke pantai, pilih sahaja satu pantai yang tersenarai. Kemudian tambah dengan tempat-tempat lain untuk mempelbagaikan aktiviti dalam percutian. Selamat bercuti!
Sementara anda berada di Port Dickson, apa kata anda teroka tempat menarik yang lain di Negeri Sembilan seperti di bawah: