Ada banyak tempat menarik di Kelantan yang pasti akan meninggalkan 1001 kenangan sukar dilupakan. Di negeri Cik Siti Wan Kembang ini, seni dan budayanya masih dikekalkan. Jadi, 30 pilihan tempat menarik buat keluarga ini cuba memberi ilmu kepada pengunjung terutama dari luar negeri Kelantan untuk mengenali mereka:
Wakaf Che Yeh sudah tidak asing lagi buat rakyat Malaysia. Cukup terkenal hingga menjadikannya sebagai salah satu tempat yang perlu dikunjungi jika ke Kelantan. Pasar malam ini antara pasar malam terbesar di Malaysia.
Sudah tentu anda akan rambang mata kerana pelbagai barangan dijual dengan harga yang murah, berbaloi dan boleh ditawar. Jika anda mencari pakaian, aksesori, kain pasang dan sebagainya memang banyak dijual di sini.
Sudah penat berjalan, perut pula pasti berasa lapar. Jangan risau, di Wakaf Che Yeh terdapat barisan lot makanan yang menjual pelbagai jenis makanan. Antara makanan perlu dicuba adalah pulut mangga, som tam dan aneka kerabu.
Alamat: Kota Bharu, Kelantan
Kota Sultan Ismail Petra merupakan salah satu mercu tanda bagi negeri Darul Naim ini. Berada di tengah-tengah bandar dan tidak jauh dari tempat tumpuan pelancong serta tempat bersejarah. Paling dekat adalah Balai Besar dan Istana Jahar yang berada bersebelahan kawasan ini.
Mempunyai seni bina dan rekabentuk pintu gerbang yang sangat unik kerana bersaiz gergasi serta diperbuat berkonsepkan ciri tradisional melayu Kelantan. Replika Al-Quran yang berada di atas pintu gerbang membawa maksud Al-Quran adalah pedoman masyarakat Kelantan.
Alamat: D1, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Jangan lepaskan peluang untuk merasai angin laut di Pantai Cahaya Bulan. Jarak dari bandar Kota Bharu adalah 10 km sahaja. Untuk pengetahuan anda, Pantai Cahaya Bulan juga mempunyai sejarah berkaitan dengan zaman penjajahan.
Pernah dikenali dengan Pantai Cinta Berahi, pantai ini menjadi tumpuan kerana kawasannya yang luas dan panjang. Berada di pantai ini sangat mendamaikan kerana keadaan pantai yang bersih dan laut yang jernih.
Anginnya juga bertiup sepoi-sepoi bahasa. Deretan pokok kelapa dan pokok rhu menambahkan lagi keindahan pantai ini. Di sini anda boleh berkelah, bermain layang-layang, bersiar-siar atau makan aneka celup tepung di deretan kedai yang menghadap pantai.
Alamat: Banggol, 15350 Kota Bharu, Kelantan
Kelantan ada keunikan pada seninya sendiri. Siapa tidak kenal dengan wayang kulit dan wau yang sinonim dengan seni budaya rakyat Kelantan. Begitu juga dengan rebana dan gasing serta permainan dan persembahan lain yang mungkin kita terlepas pandang.
Kalau selama ini bacaan dan apa kita lihat bukan terus dari Kelantan, ada baiknya kita cuba mengenalinya dari tanah asalnya sendiri.
Alamat: Jalan Mahmood, 15200 Kota Bharu
Waktu Operasi: 8am-5pm (Ahad-Khamis)
Air terjunnya tidaklah tinggi iaitu sekadar 12m sahaja. Tapi, sejuk dan segarnya air terjun ini selalu memanggil pengunjung dari merata tempat terutama penduduk tempatan.
Semasa hujung minggu keadaannya agak sesak. Jadi, kalau hendak berkelah di sini, sebaiknya pilih hari biasa. Pada hari biasa keadaannya agak sunyi tapi lebih mendamaikan. Jika tidak mahu mandi-manda, melihat pemandangan sekitarnya pun sudah cukup memikat hati.
Alamat: Hutan Simpan Ulu Sat, Pasir Putih
Nama sebenar Masjid Beijing ialah Masjid Jubli Perak Sultan Ismail. Ia mendapat gelaran Masjid Beijing kerana senibinanya persis sebuah masjid kuno berusia 1000 tahun di Beijing, China iaitu Masjid Nujie. Tapi, Masjid Beijing di Kelantan ini masih dikira baru.
Ia dibina pada tahun 2005 dengan kemudahan dewan makan, dewan serbaguna, perpustakaan, dan klinik selain dewan solat utama. Siapa yang mahu melihat keunikan rekabentuk masjid ini yang berbeza dengan rekabentuk masjid di Malaysia, bolehlah ke sini.
Alamat: Jalan Kampung Rantau Panjang, 17200 Rantau Panjang
Satu lagi masjid dengan rekabentuk menarik ialah Masjid Muhammadi. Ia dibina pada tahun 1867 lalu menjadikannya masjid bersejarah.
Ada perubahan dibuat pada binaannya pada tahun 1922 yang menyaksikan perubahan material iaitu dari kayu kepada konkrit. Sejak pembinaannya, ia telah digunakan oleh ulama-ulama tersohor di Kelantan untuk mengajar murid-murid mereka.
Alamat: Jalan Sultanah Zainab, 15000 Kota Bharu.
Dokumen dan artifak kedatangan Islam di Kelantan dipamerkan di muzium ini. Jadi, ia sesuai untuk menambah ilmu, memahami dan mengetahui bagaimana Islam bertapak di negeri Kelantan.
Mungkin ada kaitannya juga dengan gelaran Serambi Mekah yang diberikan kepada mereka. Lokasinya di Kota Bharu, berhampiran dengan satu lagi muzium iaitu Bank Kerapu.
Alamat: Jalan Masjid, Kota Bharu
Waktu Operasi: 830am-445pm (Sabtu-Khamis)
Sesuai namanya, ia mempamerkan dan menjual barangan kraftangan buatan rakyat Kelantan. Tidak rugi berkunjung ke sini bagi mendapatkan barangan-barangan kraftangan menarik sebagai hiasan rumah atau sebagai cenderamata kepada seseorang. Anyaman rotan dan ukiran kayu adalah antara produk kraftangan terbaik untuk dimiliki.
Harga tiket: RM1
Alamat: Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota, Off Jalan Belakang Istana, 15000 Kota Bharu
Waktu operasi: 830am-445pm (Sabtu-Khamis)
Terletak berhampiran pintu masuk untuk ke Thailand, kawasan ini sering menjadi tumpuan pengunjung khususnya para wanita untuk membeli-belah kerana bebas cukai. Pelbagai barangan dijual dengan harga yang berbaloi seperti pakaian, perkakas dapur, aksesori dan lain-lain.
Jika anda mencari periuk atau pinggan mangkuk berjenama seperti Tefal dan Corelle, di sini pun ada tau. Pastikan anda membeli barang yang original sahaja agar berbaloi dan tahan lama.
Taman Negara Kuala Koh terletak di 3 buah sempadan melibatkan 3 negeri – Kelantan, Pahang, dan Terengganu. Ia terletak 96m dari Gua Musang, di sempadan negeri Kelantan. Keunikan dan keindahan flora dan faunanya menjadikan ia amat sesuai sebagai destinasi pelancongan serta penyelidikan.
Terdapat lebih 300 spesis burung di sini. Jadi, ramai peminat burung singgah di sini. Si kaki pancing juga ada tempatnya untuk memancing di taman ini. Bagi jurukamera, ia memang lokasi yang menarik untuk menguji bakat fotografi.
Bagi pengunjung yang lain pula boleh memilih aktiviti merentas hutan, berkayak, menaiki titian kanopi, dan perkhemahan.
Alamat : Taman Negara Kelantan, Kuala Koh, Gua Musang
Tidak lengkap rasanya kunjungan ke Kelantan jika tidak ke Pasar Siti Khadijah. Ia cukup dikenali sebagai syurga membeli-belah. Pelbagai barangan dijual di sini seperti pakaian, barang kemas, alat solek, dan makanan tempatan seperti serunding, keropok, dodol, rempah-ratus dan kuih-muih Kelantan.
Di pasar ini juga ada medan selera yang menyediakan pelbagai menu termasuk makanan tradisional Kelantan.
Alamat: Jalan Buluh Kubu, 15000 Kota Bharu
Waktu operasi: 7am-6pm setiap hari
Tempat membeli-belah yang bebas cukai ini sering menjadi tumpuan pelancong jika ke Kelantan. Berbeza dengan Wakaf Che Yeh, di sini lebih banyak perkakas dapur yang dijual seperti pinggan mangkuk, periuk, pisau dan sebagainya.
Tak ketinggalan banyak juga barangan lain yang dijual seperti pakaian, aksesori, toto dan makanan di kawasan sekitar dijual dengan harga yang murah. Tempat ini antara tempat tersibuk di Malaysia dengan waktu puncaknya antara 11.00 pagi hingga 4 petang.
Alamat: Jln Hilir Pasar, Kampung Rantau Panjang, 17200 Rantau Panjang, Kelantan
Merupakan taman tema air pertama di Kota Bharu yang pasti mampu milik buat semua pengunjung kerana tiketnya murah dan berbaloi. Bawa anak-anak ke sini pasti mereka suka kerana dapat bermain tanpa batasan.
Terdapat tiga buah kolam yang mempunyai tahap kedalaman berbeza sesuai untuk semua peringkat umur. Jika anda tidak mahu mandi, anda boleh berehat dan bersantai di tempat yang disediakan. Paling penting, pelbagai fasiliti disediakan seperti surau, tandas, medan selera dan sebagainya.
Waktu operasi: Setiap hari
Harga tiket:
Alamat: Jalan Kuala Krai, 15000, Kota Bharu, Kelantan
Sekiranya anda ke sini, pasti anda akan terpukau dengan keindahan senibina masjid ini. Masjid Ar-Rahman dibina di atas tanah paya bakau berkonsepkan seni bina Melayu Kelantan, nusantara dan Turki.
Reka bentuk dalaman juga cantik dan kemas. Setiap perincian dalam dan luar masjid mempunyai maksud tersendiri seperti lima batang kayu besar yang terdapat di ruang solat bermaksud lima rukun Islam.
Pelbagai barangan unik direka khas untuk masjid ini seperti ukiran ayat suci Al-Quran pada batu yang diletakkan pada bahagian tepi masjid untuk dijadikan hiasan. Paling menarik, masjid ini mesra OKU demi memberi kemudahan kepada golongan ini.
Alamat: Kampung Pulau Gajah, Pulau Gajah, 16100 Kota Bharu, Kelantan
Pantai Nami juga dikenali sebagai Pantai Senok adalah antara tempat menarik di Kelantan. Pantai ini sering menjadi tumpuan untuk bergambar khususnya buat para Instagrammable yang bercuti di Kelantan. Berbanding dengan Pantai Cahaya Bulan, Pantai Nami lebih tenang dan persekitaran lebih luas.
Berada di tengah-tengah deretan pokok rhu yang tersusun rapi sambil ditiup angin pasti menenangkan jiwa. Tak cukup dengan itu, layan panorama pantai terutama sewaktu matahari terbenam pasti mendamaikan.
Selain bergambar dengan pelbagai latar, anda juga boleh berkelah, bermain layang-layang, bersiar-siar atau makan di gerai-gerai yang menyediakan pelbagai makanan yang disalut tepung.
Anda boleh ke sini jika anda ingin mempelajari sejarah tentang wau atau merasai pengalaman bermain permainan tradisional ini.
Pelbagai jenis dan bentuk wau yang dipaparkan seperti wau bulan, wau jala budi, wau kucing dan sebagainya. Sambil melihat dan mempelajari pelbagai jenis wau anda juga boleh bergambar dengan wau gergasi yang cantik. Tak cukup dengan itu, anda juga boleh membeli wau untuk dijadikan sebagai kenangan.
Alamat: Galeri Wau Pak Sapie, Jalan Pantai Cahaya Bulan, 15350 Kota Bharu, Kelantan
Ia bermula di Medan Ikan Bakar Kedai Buloh (MIB). Dari MIB, ia bergerak menyusuri Sungai Kelantan di kepulauan sekitarnya iaitu Pulau Suri. Di Pulau Suri, anda akan menikmati kuih tradisional, minum air kelapa atau makan buah nipah.
Selepas makan, pelajari pula bagaimana mereka membaiki bot dan kapal nelayan di situ. Ada banyak homestay disediakan jika anda mahu bermalam di sana. Jika bermalam di sana, cubalah memancing ikan atau udang di sekitar pulau.
Harga Tiket: RM20 (dewasa), RM10 (kanak-kanak)
Alamat: Jalan Kuala Besar, 15350 Kota Bharu
Waktu Operasi: 830am-6pm setiap hari
Bila dilihat pemandangannya, tidak ragu-ragu lagi mengapa ia menjadi pantai kegemaran penduduk Kelantan. Menghadap Laut China Selatan, bunyi ombaknya dikatakan punca asal ia mendapat nama ‘Irama’.
Kemudahan awam seperti tandas, gerai, surau dan wakaf juga disediakan. Bagi kanak-kanak pula ada taman permainan. Pantai ini sentiasa sibuk. Selain gerai jualan, ada pesta dan keramaian dijalankan di situ pada waktu tertentu.
Alamat: Bachok, Kota Bharu
Seni jalanan dengan lukisan mural di dinding belakang kedai di sini mempunyai pelbagai tema dan kawasannya juga luas. Antara tema yang diketengahkan adalah Palestin Art, seni dan budaya, batik dan perkara terkenal di Kelantan.
Lukisan 3D yang dipaparkan serba sedikit memberi mesej bermanfaat buat pengunjung. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan pelbagai latar yang menarik, kemas dan bersih.
Alamat: Jalan Dato Pati, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Kelantan memang terkenal dengan keindahan pantai dan lautnya yang pelbagai. Namun jika anda memilih untuk berada dikelilingi alam semula jadi,apa kata anda ke Air Terjun Lata Berangin. Airnya jernih dan sejuk.
Air terjun di sini setinggi 120 meter. Kawasannya bersih, luas dan amat menenangkan. Kawasan kolam yang berada di sekitar air terjun ini dijamin selamat untuk bermandi-manda. Sambil berkelah, anda juga boleh boleh melihat pelbagai spesis flora dan fauna.
Waktu operasi: Setiap hari (8.30 pagi – 6.00 petang)
Alamat: Jalan Kuala Krai – Gua Musang, 18000, Kuala Krai, Kuala Krai, Kelantan
Tak perlu ke Thailand untuk merasai pengalaman berada di pasar terapung kerana di Kelantan juga ada. Salah satunya adalah di Pulau Suri.
Jika anda ingin ke sini, anda perlu menaiki boat yang disediakan di Jeti Kuala Besar dengan kadar RM 3 hingga RM 10 mengikut jenis boat yang anda pilih. Perkara utama yang dijual di sini adalah pelbagai juadah tradisional yang dijual di atas boat dan sampan.
Alamat: Kampung Pulau Suri, Kelantan
Jika anda nak tahu, Jeram Mengaji mempunyai sebuah ladang lembu dan kambing persis yang ada di New Zealand dan Kundasang. Pasti anda terpukau dengan panorama ladang ini. Nak dapatkan gambar lagi cantik anda perlu datang antara 8 pagi hingga 11 pagi kerana suasana masih berkabus.
Selain bergambar dan minum susu segar di ladang ini, anda juga boleh berkelah, berkhemah dan bermandi-manda di sungai yang berada di kawasan resort ini. Tarikan terbaru seperti Jungle Train, Flying Fox, Payung Kayangan dan menunggang kuda pasti memuaskan anda yang gemarkan aktiviti lasak.
Pelbagai fasiliti memudahkan pengunjung seperti surau dan tandas. Hotel bajet turut disediakan bagi pengunjung yang mahukan penginapan berkonsepkan pelancongan Agro.
Alamat: Pasir Puteh, Kelantan
Taman tema air mini sesuai untuk dijadikan tempat rekreasi bersama anak-anak terutama pada cuti sekolah. Terdapat 4 kolam mandi yang mempunyai tahap kedalaman berbeza bersama 4 jenis gelongsor sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.
Di sini juga ada penginapan yang disediakan dengan harga serendah RM 90 untuk satu malam. Berdekatan dengan pantai, mudah untuk anda bersiar-siar, bermain layang-layang dan bergambar dengan pelbagai gaya di sana.
Waktu operasi: (8.30 pagi – 7.00 petang)
Alamat: Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan
Jika anda mencari tempat menarik yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti penginapan, tempat makan dan aktiviti yang banyak, anda perlu datang ke Min House Camp yang berada di Kota Bharu.
Banyak kemudahan disediakan seperti chalet, tapak khemah, tapak bbq, dewan serbaguna dan lain-lain. Restoran juga turut disediakan dengan pelbagai menu. Memang seronok makan sambil menghadap sungai dan layan keindahan alam.
Seperti yang dinyatakan pada awalnya, aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah berkayak, memanah, melihat kelip-kelip, mandi kolam dan macam-macam lagi. Tarikan terbaru di Min House Camp adalah floating market yang terkenal di Thailand.
Alamat: Min House Camp, Lot 1287, Kampung Pulau, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan
Pasti ramai kenal dengan rumah hijau ini terutama masyarakat Kelantan. Rumah ini merupakan tempat menjual serunding dan dodol yang dimiliki oleh Wan Sabariah. Warna rumah yang menyerlah dan menarik persis istana.
Tempat ini sering menjadi kunjungan pelancong luar untuk bergambar dan membeli buah tangan seperti pelbagai jenis serunding, dodol, keropok dan sebagainya. Paling penting, makanan yang dijual sememangnya sedap. Anda boleh jadikannya sebagai kudapan sepanjang bercuti di Kelantan.
Waktu operasi: 7.00 pagi – 6.30 petang
Alamat: Pasir Mas, Kelantan.
Merupakan masjid buluh pertama di Kelantan, masjid ini sering menjadi tempat persinggahan pengunjung untuk solat kerana berada di tepi jalan Gua Musang – Kuala Krai dan dibuka 24 jam. Masjid ini berdekatan gua batu kapur.
Hampir 100% masjid ini diperbuat daripada buluh yang berkualiti, eksklusif dan tahan lama. Pelbagai fasiliti disediakan seperti tandas dan kawasan parkir yang luas. Jangan lupa bergambar untuk mengabdikannya sebagai kenangan berada di masjid unik ini.
Kelantan memang terkenal dengan pelbagai masjid kerana senibina dan sejarah yang menarik termasuklah Masjid Razaleigh. Jika anda rindu Masjidil Haram di Makkah, anda boleh datang ke masjid ini kerana rekabentuknya diinspirasikan dari masjid tersebut.
Terdapat sembilan buah menara yang mempunyai ketinggian 300 meter serta 8 kubah yang seakan sama dengan Masjidil Haram. Masjid ini sudah siap sepenuhnya namun menunggu masa untuk perasmian dan penggunaan sepenuhnya.
Mercu tanda Kota Bharu ini berketinggian 45.7 meter juga antara tempat menarik di Kelantan yang sering dikunjungi pelancong yang ingin melihat pemandangan Kota Baru dan Sungai Kota Bharu.
Di sebelah menara ini, terdapat Tambatan Diraja yang boleh dijadikan tempat bersiar-siar sambil menghirup udara segar. Jika anda sudah penat berjalan, di sekitar kawasan ini terdapat restoran unik dan beberapa gerai yang anda boleh kunjungi.
Alamat: Jalan Sultan, Bandar Kota Bharu, 15400 Kota Bharu, Kelantan
Pantai Sri Tujuh merupakan sebuah tempat rekreasi yang terletak di Tumpat. Nama pantai ini diambil sempena nama tujuh buah teluk. Jika anda inginkan suasana yang tenang dan damai, tempat ini pasti menjadi tempat kesukaan di Kelantan.
Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di kawasan sekitar adalah berkelah, berkhemah, kaya, menaiki peddle boat atau menaiki ATV. Pasti anda tidak bosan jika ke sini. Pelbagai kemudahan disediakan seperti restoran, tandas dan sebagainya.
Alamat: Jalan Pantai Tujuh, 16200 Tumpat, Kelantan
Memang banyak tempat menarik di Kelantan. Kalau berkunjung ke sana, pasti akan menemui tempat baharu yang tiada dalam senarai ini. Jika itu berlaku, jangan segan-segan berkongsi bersama kami.