Yogyakarta atau selalu disebut sebagai Jogjakarta atau Jogja sememangnya menarik. Teringin nak tahu apa yang ada di sana? Jom kami kongsikan 13 tempat menarik di Yogyakarta yang pasti membuatkan anda teruja nak ke sana.

1. Kuil Borobudur

Ia merupakan candi atau kuil Budha yang terbesar di dunia dan merupakan salah satu daripada 7 benda ajaib di dunia. Candi berbentuk stupa ini didirikan oleh para penganut agama Buddha Mahayana sekitar tahun 800-an Masehi pada masa pemerintahan wangsa Syailendra. Dinding tokong budha ini dihiasi dengan 2672 panel dan 502 patung Budha.

Borobudur kini masih digunakan sebagai tempat ziarah keagamaan. Setiap tahun penganut Buddha datang dari seluruh Indonesia danberkumpul di Borobudur untuk memperingati Trisuci Waisak. Jika anda sampai ke Yogyakarta, pastinya sangat rugi kalau anda tak pergi ke sini.

tempat menarik di yogyakarta

Sumber Gambar: Indonesiatourtravel

2. Kuil Prambanan

Jika Candi Borobudur merupakan kuil Budha, Kuil Prambanan pula merupakan kuil Hindu. Khabarnya, Kuil Prambanan merupakan kuil Hindu tercantik di dunia dan telah diisyhtiharkan sebagai salah satu tapak warisan dunia UNESCO.

Terdapat 3 kuil utama di sini iaitu Kuil Brahma. Vishnu dan Shiva yang mewakili simbol Trimurti dalam agama Hindu. Berketinggian 47 meter iaitu 5 meter lebih tinggi daripada Candi Borobudur, ianya adalah lambang bahawa agama Hindu berjaya menakluki Tanah Jawa.

tempat menarik di yogyakarta

Sumber Gambar: Dictio

3. Istana Keraton

Keraton Kasultanan Ngayogyakarta Hardiningrat atau nama pendeknya Istana Keraton dulunya adalah tempat tinggal para raja dan tempat perkembangan budaya. Sehingga ke hari ini, ia kekal  sebagai pusat budaya Jawa dan kini menjadi sebuah muzium.

Terdapat banyak barang pameran di sini. Di antaranya barang seramik, senjata, gambar, batik, dan replika.

tempat menarik di yogyakarta

Sumber Gambar: Jogjaempatroda

4. Gua Jomblang

Gua ini dikatakan terbentuk hasil runtuhan hutan semasa berlakunya gempa bumi di Yogyakarta. Runtuhan tersebut membentuk lubang seluas 200 meter di dalam tanah. Waktu tengah hari, cahaya matahari akan menembusi masuk melalui lubang tersebut dan menghasilkan pemandangan yang sangat indah. Penduduk tempatan memanggilnya cahaya dari syurga.

tempat menarik di yogyakarta

Sumber Gambar: Ugetuget

5. Taman Negara Kalibiru

Landskap di Taman Negara Kalibiru adalah sangat cantik. Di sini terdapat dek yang diperbuat daripada kayu yang menghadap kehijauan gunung-ganang. Kalau anda sampai ke sini, jangan lepaskan peluang untuk naik ke dek tersebut.

Apa yang menarik, taman ini dibina oleh penduduk tempatan bagi menggantikan kawasan hutan yang diteroka untuk menanam pokok kelapa sawit.

tempat menarik di yogyakarta

Sumber Gambar: Jelajahmaya

6. Teater Wayang Jawa

Wayang adalah perkataan jawa bagi persembahan teater dengan bayang-bayang boneka yang diiringi dengan persembahan orkestra. Ala-ala macam wayang kulit kita, tapi dalam versi jawa. UNESCO telah mengiktiraf teater wayang jawa sebagai karya lisan dan warisan kemanusiaan.

tempat menarik di yogyakarta

Sumber Gambar: Balitourismboard

7. Gunung Merapi Kaliurang

Belum pernah sampai ke gunung berapi? Anda jangan lepaskan peluang untuk ke Gunung Merapi Kailurang. Pemandangannya sungguh mempersonakan dengan kehijauan dan kabus yang menyelimuti gunung. Selain itu, terdapat juga 22 gua peninggalan Jepun yang dibina semasa zaman penjajahan.

Terdapat juga susunan bongkah batu atau dikenali sebagai stonehenge yang menarik di sini.

tempat menarik di yogyakarta

Sumber Gambar: Arifsetiawan

8. Jalan Malioboro

Mencari cenderamata buat kenangan dan buah tangan untuk orang di Malaysia? Anda boleh shopping di Malioboro. Ianya dibuka 24 jam sehari dan sepnjang 1 kilometer. Di sini dijual pelbagai cenderamata termasuk perhiasan wanita, batik indonesia, emas, permata, malah perhiasan rumah. Anda boleh tawar-menawar di sini.

tempat menarik di yogyakarta

Sumber Gambar: Pikniek

9. Pantai Parangtritis

Pantai ini adalah tempat bermulanya lagenda Nyi Roro Kidul atau Ratu Kidul. Waktu kecil dahulu, pasti anda pernah melihat filem Indonesia berkenaan ratu ular ini, kan? Di sinilah duduknya istana kerajaan Ratu Kidul yang mengusai Laut Selatan.

Di sini anda boleh bermandi-mandi atau mencuba aktiviti paragliding. Nak romantik sikit? Boleh naik pedati kuda untuk menyelusuri pantai sambil melihat matahari terbenam.

tempat menarik di yogyakarta

Sumber Gambar: Piknikasik

10. Istana Air Taman Sari ( Water Castle )

Istana Air Taman Sari merupakan bekas taman diraja kesultanan Yogyakarta. Asalnya ia menjadi tempat mandi para permaisuri dan ratu, dan juga terdapat taman dan pulau buatan manusia. selain itu ia menjadi tempat bermeditasi dan pertahanan kerajaan pada waktu itu. Ia menjadi lokasi penggambnaran untuk banyak filem dan drama.

Anda sukakan street art? Di sini ada banyak dinding grafiti yang cantik. Anda akan mendapat banyak gambar yang cantik di sini. Sebolehnya elakkan pergi pada hari minggu kerana keadaan akan menjadi sedikit sesak & susah untuk mendapat gambar yang cantik.

tempat menarik di yogyakarta

Sumber Gambar: Starjogja

11. Pasar Beringharjo

Di sini juga merupakan tempat untuk membeli cenderamata. Ia merupakan syurga untuk barangan batik dan ukiran kayu. Jika anda ingin membeli batik, inilah tempatnya. Terdapat pelbagai jenis batik termasuk batik yang dibuat dari kain kapas dan sutera.

tempat menarik di yogyakarta

Sumber Gambar: Kratonpedia

12. Kampung Wijilan

Kampung Wijilan merupakan pusat gudeg. Apa itu gudeg? Ia merupakan sejenis makanan tradisonal Yogyakarta. Anda wajib mencuba gudeg jika melawat ke Pulau Jawa. Gudeg merupakan gori ( nangka muda ) yang dimasak bersama santan dan rempah-ratus. Ianya dihidangkan bersama telur, tauhu, tempe, ayam dan santan.

Terdapat 17 restoran gudeg di Kampung Wijilan.

tempat menarik di yogyakarta

Sumber Gambar: Goodindonesianfood

13. Zoo Gembira Loka

Zoo Gembira Loka merupakan zoo terbesar di Tanah Jawa. Apa yang menarik, zoo ini telah rosak teruk semasa Yogyakarta dilanda gempa bumi pada tahun 2004 namun telah dibaik pulih dan kembali seperti sedia kala. Di antara binatang yang ada di sini ialah gajah, cimpanzi, dan harimau.

tempat menarik di yogyakarta

Sumber Gambar: Jogjawisata

Itulah dia 13 tempat menarik di Yogyakarta yang ingin kami kongsikan untuk anda. Menarik kan? Jom bercuti ke Yogyakarta.

Artikel Menarik Tempat Lain

Bagaimana dengan senarai tempat menarik di Yogyakarta yang dikongsikan? Anda teruja?

Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat lain untuk di lawati.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.