Bila sebut Batu Pahat, apa yang terbayang di fikiran anda? Kalau kami, sebut sahaja Batu Pahat pasti secara automatik akan terbayangkan nenas dan mee racun yang sangat sedap dan istimewa. Nak tak kalau kami kongsikan 15 tempat menarik di Batu Pahat?
Senta Adventure Camp merupakan sebuah pusat rekreasi unik terletak di Jalan Minyak Beku di Batu Jahat. Jika anda seorang yang lasak, tempat ini pasti menjadi tempat percutian yang sangat bermakna kerana pelbagai aktiviti menarik yang dapat menguji mental dan fizikal anda.
Antaranya adalah flying fox, high rope, abseiling, berbasikal dan sebagainya. Anda juga boleh menginap di kabin yang berbentuk segi tiga di sini. Kawasan sangat luas, bersih dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain seperti kolam renang dan gelanggang futsal.
Buat penggemar seni atau Instagrammable, jangan lepaskan peluang untuk ke Lorong Bentara kerana pelbagai lukisan mural yang kemas, cantik dan menarik. Lukisan 3D ini terletak di Kampung Sateh sahaja.
Kebanyakan lukisan bertemakan sejarah negara, sejarah Batu Pahat dan tempat menarik di daerah ini. Antara lukisan yang menjadi tumpuan adalah sewaktu zaman penjajahan, kemerdekaan dan peristiwa sewaktu pertemuan Dato’ Onn Jaafar dan Kiyai Salleh. Setiap lukisan mempunyai fakta dan informasi buat pengunjung.
Bangunan Galeri Dato’ Onn Batu Pahat dibina untuk menghargai segala jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh Dato’Onn yang menjadi kebanggaan penduduk Batu Pahat. Apa yang menarik, galeri ini dibina di dalam sebuah padang golf. Bangunan yang dijadikan sebagai galeri ini asalnya adalah rumah kerajaan yang diduduki oleh Dato’ Onn sekeluarga dari tahun 1945 hingga 1947 sewaktu beliau mememang jawatan sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat.
Di antara pameran menarik yang menanti pengunjung galeri ini ialah:
Wwe World Batu Pahat adalah satu lagi destinasi menarik di Batu Pahat yang wajib anda kunjungi. Pastinya anda sekeluarga akan menikmati saat keriangan dan mencipta memori indah bersama. Di antara tarikan utama di taman tema ini ialah
Dataran Penggaram ataupun Dataran Batu Pahat adalah mercu tanda daerah Batu Pahat. Apabila anda masuk sahaja ke bandar Batu Pahat, anda pasti akan berjumpa dengan dataran yang indah ini. Jangan lepaskan peluang untuk singgah sebentar dan bergambar di sini. Pada hujung minggu, Dataran Penggaram sangat meriah dengan para pengunjung. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan seperti:
Taman permainan ini sangat unik kerana segala permainan di sini direka khas menggunakan barangan terpakai seperti tayar dan papan. Pelbagai permainan yang anak-anak boleh cuba seperti pirate ship, jongkang-jongkit, buaian, gelongsor dan 20 permainan lain.
Apa yang menariknya, taman permainan ini percuma untuk semua pengunjung kerana pemilik dan pencipta taman ini berharap semua masyarakat tidak kira yang berkemampuan atau sebaliknya untuk merasai keriangan tanpa batasan.
Tempat menarik di Batu Pahat yang seterusnya ialah Tugu Batu Pahat yang menjadi lambang Batu Pahat. Tugu ini berdiri dengan megahnya di Dataran Penggaram. Tugu ini memiliki rekaan yang cukup unik dengan tujuan untuk menggambarkan nama ‘Batu Pahat’ iaitu tangan yang tergantung sambil memegang pahat.
Untuk pengetahuan anda, nama Batu Pahat diambil berdasarkan peristiwa bersejarah yang berlaku sekitar tahun 1456. Pada tahun itu, tentera Siam telah menyerang kampung Minyak Beku. Kampung Minyak Beku adalah kawasan di mana para penduduk kampung memahat batu untuk mendapatkan bekalan air bersih.
Jika anda sampai di Batu Pahat, jangan lupa untuk melawat Taman Botani Batu Pahat. Tahukah anda, ia adalah salah satu daripada lokasi penggambaran filem Puteri Gunung Ledang. Jangan lupa untuk bergambar di sini sebagai kenang-kenangan.
Tempat menarik di Batu Pahat yang seterusnya ialah Pantai Minyak Beku. Jika anda sukakan keindahan alam semulajadi, pastikan anda tak lepaskan peluang untuk datang ke sini terutamanya pada waktu matahari terbit atau terbenam. Pantai ini tidak jauh dari Bandar Batu Pahat. Sekejap sahaja anda akan sampai. Di sini anda boleh nikmati keindahan alam semulajadi sambil memancing, sekiranya anda sukakan aktiviti memancing.
BP Walk ataupun Batu Pahat Walk adalah kawasan yang terletak di sepanjang Jalan Rahmat. Ia menawarkan aktiviti waktu malam yang menarik sehingga awal pagi. Terdapat banyak gerai makan yang terdapat di sepanjang jalan ini, maka bolehlah anda makan-makan sambil melepak dan menikmati suasana malam yang meriah. Di antara menu istimewa negeri Johor yang boleh anda temui di sini ialah:
Batu Pahat Old Street adalah lokasi bersejarah di Batu Pahat. Jika anda sukakan sejarah dan sukakan aktiviti fotografi, ini adalah destinasi menarik di Baru Pahat yang wajib anda singgah. Di sini juga terdapat satu bangunan yang memiliki bumbung dengan taman yang dihias cantik dan diberi nama Sky Garden. Terdaoat juga restoran yang berhias cantik di sini. Bolehlah anda berehat sebentar untuk makan sambil menikmati pemandangan yang menarik.
Tasik ini dinamakan Tasik Y kerana bentuknya seperti huruf Y. Tasik ini asalnya ialah sebuah lombong. Ia telah diubah menjadi taman rekreasi. Tasik Y menjadi destinasi tumpuan ramai pada waktu petang dan hujung minggu untuk beriadah dan berehat bersama keluarga. Di antara kemudahan yang disediakan di sini ialah:
Sudah penat bersenam, anda boleh mencuba pelbagai makanan menarik yang dijual di gerai-gerai yang dibuka di sini. Harganya juga adalah sangat berpatutan.
Terletak lebih kurang 30 kilometer dari Batu Pahat, Pantai Punggur menjadi tumpuan pelancong dan penduduk tempatan untuk menikmati pemandangan matahari terbenam. Di sini terdapat sebuah jeti. Bolehlah anda duduk berehat sambil menikmati keindahan pantai. Jangan lupa untuk bergambar sepuasnya.
Tempat menarik di Batu Pahat yang seterusnya ialah Hutan Lipur Bukit Soga Perdana. Ia terletak kira-kira 3 kilometer dari Bandar Batu Pahat dan hutan simpan yang memiliki taman rekreasi. Di antara tarikan utama di sini ialah:
Batu Pahat sangat sinonim dengan nenas. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk melawat ladang nenas yang terdapat di sana. Salah satu daripada ladang nenas yang boleh anda lawati ialah ladang nanas yang terletak di Kampung Parit Tengah. Apa yang menarik, ladang nenas ini adalah ladang yang terbesar di Asia Tenggara dan juga yang ketujuh terbesar di dunia.
Anda boleh berjalan-jalan di ladang nenas ambil melihat para pekerja bekerja di ladang tersebut. DI akhir lawatan anda akan diberikan peluang untuk merasa dan membeli nenas segar. Di antara nanas yang diusahakan di sini adalah daripada jenis:
Itulah dia 15 tempat menarik di Batu Pahat. Menarik kan? Jom kita bercuti ke sana.
Artikel Tempat Menarik Lain
Selain tempat menarik di Batu Pahat, kami juga menulis tempat menarik lain di Malaysia. Jemput baca. Jangan lupa untuk share dan komen ya di bawah.