Zaman teknologi ini segalanya hanya dihujung jari. Sebut sahaja apa info yang diinginkan, hanya beberapa saat segala info yang dicari pasti ditemui. Pelbagai apps juga telah direka bentuk untuk menjadikan saluran komunikasi itu mudah, pantas dan tepat.
Aplikasi seperti Watsapp dan Telegram kini menjadi pendahulu pilihan pengguna dalam berkomunikasi secara di atas talian. Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita sentiasa dahagakan ilmu parenting atau ilmu yang berkaitan dengan perkembangan anak-anak kita.
Oleh itu, bagi memudahkan anda semua mencari maklumat yang berinformasi, saya senaraikan beberapa channel Telegram yang mesti anda follow untuk koleksi ilmu yang berharga ini.
Lebih dikenali sebagai Dr. Otak, Dr. Rizal Abu Bakar aktif berkongsi pelbagai ilmu yang super mahal di media sosial. Followers beliau bukan hanya dapat membaca penulisannya sahaja, malah Dr. Rizal kerap membuat rakaman video live di laman facebook dengan berkongsi pelbagai tips berkaitan menjaga kesihatan otak dan mengamalkan kehidupan sihat.
Jika ada kelapangan, tidak rugi rasanya anda semua mengikut seminar-seminar yang dianjurkan oleh beliau kerana ilmu yang bakal diperolehi memang ‘rare‘. Dr. Rizal akan berkongsi setiap ilmu berkaitan dengan otak manusia dengan cara yang mudah difahami.
Siapa tidak kenal Ibu Rose, sifat keibuannya memang terserlah dalam mendidik ibu bapa kini berkaitan ilmu parenting. Kata-katanya yang lembut dan penuh hikmah, pasti akan membuatkan anda ibarat ‘terhantuk’ dari lamunan.
Pengalaman luas dalam bidang keibubapaan membolehkan Ibu Rose aktif berkongsi dengan masyarakat bagaimana menjadi ibu bapa yang terbaik dalam membesarkan anak-anak di zaman yang penuh mencabar ini.
Seorang doktor yang viral kerana jumlah pengikutnya melebihi ratusan ribu orang. Wow! Apa agak-agaknya ya yang membolehkan Dr. Razif ini menarik bilangan followers sebegitu ramai sekali?Sudah pasti kerana ilmu parenting yang beliau kongsi di media sosial sangat menarik dan mudah difahami.
Bagi saya setiap info yang diutarakan sangat ‘mesra’ dengan followers beliau yang majoritinya dikalangan ibu bapa yang masih baru bertatih dalam dunia keibubapaan. Isinya tidak berat tetapi ringkas dan sangat tepat.
Dr. Haji Tengku Asmadi tidak asing lagi dalam bidang motivasi di negara ini. Beliau kerap muncul di kaca televisyen dan radio dalam memberi motivasi kepada pelbagai lapisan masyarakat.
Kini, Dr. Asmadi telah melancarkan aplikasi pembelajaran online yang dinamakan OSEM. Aplikasi ini sesuai untuk para pelajar bermula dari darjah 1 sehingga tingakatan 5. Jika anda ingin mengetahui lagi ciri-ciri aplikasi ini bolehlah join telegram Dr. Asmadi ya. Sangat menarik!
Pengasas Quranic Playgroup di Anakku Al Hafiz, Shah Alam tidak asing lagi kepada ibu-ibu yang mengikuti perjalanan wanita hebat ini membesarkan anak-anaknya. Penulisan yang penuh ibrah dari sumber Al Quran dan As Sunnah telah disampaikan dengan pemahaman yang mudah buat pembacanya.
Puan Siti Aminah Sulaiman merupakan ikon wanita muslim yang wajib kita jadikan contoh dalam membina keluarga berlandaskan pegangan Islam yang unggul. Kita sering mencari sumber rujukan yang boleh dijadikan contoh dan ikutan dalam menjalankan fungsi isteri dan ibu yang solehah. Jadi, anda harus ikuti setiap penulisan beliau yang penuh bermanfaat sebagai panduan membina keluarga sakinah mawaddah wa rahmah.
Puan Maznah Ibrahim tidak asing lagi dalam memberi tips parenting terutamanya bagaimana ibu bapa untuk mengawal emosi terhadap anak-anak. Bukan setakat buku, beliau turut mengadakan seminar-seminar di seluruh Malaysia dalam menyampaikan ilmu parenting dan perkembangan anak-anak.
Ikuti Puan Maznah di media sosial jika anda tidak mahu tertinggal sebarang tips yang berkesan dalam membantu kita sebagai ibu bapa memahami keperluan anak-anak dengan lebih lagi.
Beliau merupakan pengetua di salah sebuah cawangan Genius Aulad di ibu kota. Pengalamannya yang luas dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak membolehkan beliau kerap berkongsi tentang tips dan isu-isu yang berkaitan dengan si kecil.
Perkongsian yang positif sering menjadikan setiap penulisan beliau sering dinantikan oleh para followers kerana saya percaya kata-kata yang penuh hikmah itu lebih terkesan penyampaiannya berbanding penulisan yang penuh dengan emosi berunsurkan negatif.
Jika anda inginkan tips tentang ilmu penyusuan dan perbidanan, anda patut follow Puan Siti ‘Aisyah ini di media sosial. Ilmu yang dikongsi sangat penting terutamanya bagi ibu muda yang baru menerima kelahiran cahaya mata. Saya pasti banyak perkara kita masih blur sehinggakan kadang-kadang tanpa sedar posisi menyusu pun masih ada betul ada yang salah. Tidak rugi baca setiap perkongsian Puan Siti ‘Aisyah ini.
Beliau turut menulis tentang perjalanannya membesarkan anak-anak terutamanya Nuha Areefa yang membesar menjadi kanak-kanak yang bijak kini. Tahniah buat ibu hebat ini!
Pengasas GymCademy ini antara salah seorang Juruterapis CaraKerja yang memang kerap berkongsi pelbagai isu tentang perkembangan awal kanak-kanak di media sosial.
Beliau juga kini telah bergerak aktif mengadakan bengkel dengan berkolaborasi dengan rakan-rakan seperjuangan dalam memberi pendedahan kepada guru/ibu bapa/pengasuh untuk menguasai ilmu perkembangan kanak-kanak.
Cikgu viral! Cikgu Fadhli memang terkenal dengan pelbagai perkongsiannya di media sosial. Pelbagai tips yang berkaitan persekolahan anak-anak sering menjadi ikutan para ibu bapa kini.
Tidak rugi mengikuti beliau di media sosial kerana secara tidak langsung ibu bapa juga turut ‘belajar’ kembali subjek matematik yang sudah kita ketahui arasnya semakin tinggi hari demi hari buat anak-anak kita.
Jom klik link channel yang diberikan. Pasti banyak ilmu yang anda dapat!