Adakah anda tertanya-tanya umur keberapakah yang sesuai untuk bayi mula makan? Bayi ada beberapa peringkat di mana, mereka boleh makan makanan yang sedikit kedewasaan selain susu. Namun, ibu bapa perlu tahu peringkat umur berapa yang bersesuain jika ingin diberi makan.
Tekstur makanan juga perlu bersesuain dengan citarasa si bayi. Jadi, apakah tekstur makanan yang bersesuaian dengan setiap peringkat umur bayi?
Mari kami kongsikan info sebenar tesktur makanan yang sesuai mengikut umur bayi. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.
1. Kadar pertumbuhan gigi adalah berbeza dengan setiap anak.
Ada anak yang cepat dan ada anak yang lambat. Ada kes tumbuh gigi 4 bulan ada yang tumbuh gigi usia 1 tahun, takkan nak bagi makan bertekstur waktu macam tu?
2. Gusi baby memang dah kuat..hanya ibu kut yang merasa sebab kalau anak gigit waktu breastfeeding..adoiii menangis..
Gusi mereka kuat nak kunyah makanan..tapi bukan maksud makanan macam kita..tapi makanan yang bertekstur.
3. Baby perlu berkembang dan stimulasi seiiring dengan umur mereka ye.
Kenapa kena tukar tekstur?
Kenapa tak boleh dari puri terus ke makanan macam dewasa? Apa kaitan tekstur dengan skill anak untuk bercakap?
Perkembangan skill baby adalah paling cepat antara 0-2 tahun. Kita sebagai ibu bapa perlu membantu skill tersebut untuk berkembang. Makanan akan melatih anak anda menggunakan lidah.
– baby belajar merasa makanan dan telan
– sesuai ketika memperkenalkan makanan/sesuatu yang baru kepada baby 6 bulan
– transition dari susu ke makanan pelengkap
– jangan risau kalau baby taknak makan banyak untuk umur 6-7 bulan 1-2 sudu besar pun dah cukup
– tujuan sekarang memberi rasa makan bukan untuk mengenyangkan dan memperkenalkan makanan selain susu.
– bayi perlu kuat kan lidah dan keluarkan air liur yang lebih banyak untuk menelan makanan tersebut
– lidah dah mula sensori rasa, itu sebab pada fasa ini baby banyak kutip benda dan letap dalam mulut sebab macam tu baby ‘rasa’
– sensori di lidah jauh lebih banyak dari tangan
– transition dari makanan puri/cair/kisar kepada lenyek sekejap je bila bayi antara 7-8bulan
– kuantiti makan dah semakin banyak untuk penuhi keperluan baby iaitu antara 2-3 sudu besar sekali makan
– kuatkan lidah baby untuk men’golek’ makanan dari kiri ke kanan dan seterusnya dari depan ke belakang untuk menelan
– melatih guna gigi dan gusi yang kuat untuk mengunyah
– makanan ada tekstur yang kasar tapi tak terlalu kasar agar baby dapar cabaran untuk mengunyah ketika makan
– kuantiti 3-5 sudu besar sekali makan
– dah campur carbohydrate + protein + fiber dalam setiap hidangan
– bukan sahaja fokus untuk menguatkan lidah tetapi juga fine motor skill bila anak boleh kutip dan letak dalam mulut
– anak akan mula bercakap sikit (buat bunyi baby) tak lama lagi
– kuantiti 5 – 7 sudu besar
– memberi ‘fun’ dan keseronokan waktu makan kepada baby, sambil makan sambil bereksperimen
– Sama seperti makanan dewasa
– anak dah advanced,siap boleh duduk di meja makan dan suap sendiri
– jika beri lain dari menu, baby boleh soal kenapa makanan dia lain dari orang lain dan akan meminta juga makanan dari pinggan kita
– sebolehnya teruskan no salt sugar sehingga 2 tahun.
*Berikut adalah tesktur makanan mengikut peringkat umur si bayi. Bayi yang cukup setahun sudah boleh mula makan makanan orang dewasa seperti nasi putih, roti, sayur-sayuran dan buah-buahan. Tetapi perlu diberi dengan kuantiti yang sedikit. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.