Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Dari hujung rambut hingga hujung kaki semuanya akan dijaga dengan rapi. Salah satu perkara yang paling disayangi dan dijaga oleh wanita ialah payudara. Ia merupakan aset utama yang paling penting untuk menambat hati suami tercinta. Namun semakin kita berumur, payudara akan semakin kurang tegang lebih-lebih lagi selepas bersalin dan menyusukan anak.
Pastinya anda tercari-cari apakah petua dan cara tegangkan payudara yang berkesan dengan cepat. Terutamanya jika anda baru lepas bersalin dan merancang untuk menyusukan anak sekurang-kurangnya dua tahun. Tanggung jawab menyusukan anak mesti dilakukan, namun dalam masa yang sama kecantikan penting juga. Jangan sesekali diabaikan.
Kenapa payudara menjadi kendur selepas kita bersalin? Untuk pengetauan anda, payudara kebanyakan wanita menjadi kendur selepas bersalin kerana sepanjang tempoh kehamilan ligamen Cooper iaitu ligamen yang menghubungkan antara dada dan otot payudara akan menegang. Keadaan ligamen yang menegang akan menyebabkan ia menjadi lemah lalu menyebabkan payudara menjadi besar dan layu ke bawah.
Ini adalah satu proses yang normal di mana tubuh badan anda sedang bersedia untuk menyusukan bayi yang bakal lahir. Tahap pengenduran payudara yang berlaku adalah bergantung kepada:
Apakah petua tegangkan payudara yang boleh anda amalkan?
Petua yang pertama cara tegangkan payudara yang paling berkesan. Pilih nursing bra yang betul dan tepat dengan saiz anda. Pemakaian nursing bra yang terlalu besar atau terlalu kecil akan menyebabkan ia tidak dapat menampung payudara anda dengan baik lalu menyebabkan payudara menjadi kendur.
Tarikah graviti adalah di antara punca payudara menjadi kendur. Oleh itu pastikan anda memakai nursing bra setiap masa kecuali semasa tidur agar payudara anda sentiasa ditampung dengan baik untuk melawan tarikan graviti yang menjadi punca payudara kendur.
Percayakah anda bahawa mengurangkan berat badan boleh mengatasi masalah payudara kendur. Ini kerana wanita yang mempunyai berat badan berlebihan akan mempunyai payudara yang besar dan kendur. Apabila anda mengurangkan berat badan, payudara anda juga akan mengecil dan menjadi padat lalu kurang kendur.
Macam mana nak turunkan berat badan? Amalkan gaya hidup sihat dengan cara menjada pemakanan dan rajinkan diri untuk bersenam. Selepas bersalin elakkan daripada senaman yang agresif. Lakukan senaman ringan terlebih dahulu sehingga luka bersalin dan badan anda betul-betul sembuh.
Tahukah anda bahawa terdapat sejenis urutan khas untuk mengangkan payudara? Ianya adalah urutan sendiri yang telah diamalkan sejak dulu lagi dan terbukti sangat berkesan untuk menegangkan semula payudara yang kendur. Anda boleh membuat carian di Google tentang teknik urutan untuk menegangkan payudara. Tak susah! Pasti anda boleh lakukannya setiap hari.
Selain urutan sendiri yang boleh anda lakukan di rumah, anda juga boleh berurut dengan bidan yang pandai untuk menegangkan payudara. Urutan tradisional melayu sememangnya terbukti berkesan untuk menegangkan payudara yang kendur. Selain urutan untuk menegangkan payudara, anda juga boleh mengamalkan urutan tradisional untuk:
Satu lagi petua untuk menegangkan payudara yang anda boleh amalkan ialah dengan mengamalkan mandian air sejuk dan air panas secara berselang-seli. Semasa mandi, mandi dengan air panas dan air sejuk secara berselang-seli sambil mengurut lembut payudara anda.
Terdapat beberapa jenis senaman yang membantu menguatkan otot dada dan menegangkan semula payudara yang kendur. Di antara senaman yang boleh anda lakukan ialah:
1. Dumbbell pull-over
Anda boleh lakukan senaman dumbbel pull-over dengan cara berikut:
2. Senaman tekan-tubi atau push up
Anda juga boleh melakukan senaman tekan-tubi, atau push-up. Jika anda tidak mampu melakukan tekan-tubi yang penuh, anda boleh buat secara separuh dengan meletakkan lutut di atas lantai. Ia adalah senaman tekan tubi yang lebih mudah untuk anda lakukan.
3. Chest press
Senaman terakhir yang boleh anda lakukan untuk menegangkan payudara yang kendur ialah dengan melakukan senaman chess press. Caranya sangat mudah. Anda cuma perlu:
Itulah dia petua dan cara tegangkan payudara yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang petua kempiskan perut dengan aur detox pink, kelebihan minyak argan, dan kebaikan aloe vera.