Kehidupan adalah sesuatu yang paling bernilai kerana kita memiliki nyawa untuk digerakkan sepanjang hidup ini. Apa yang kita jalani dalam hidup ini pastinya mempunyai hikmah yang tertentu dan ada sebab kenapa Allah SWT jadikan kehidupan ini. Biarpun tidak seindah yang kita impikan, itu adalah ujian dan dugaan buat kita semua.

Tazkirah ringkas tentang kehidupan berkaitan dunia adalah sementara dan tempat bergurau senda, sunnah nabi dan kehidupan dunia akhirat.

tazkirah ringkas tentang kehidupan
Imej via [satucl]

Tazkirah Ringkas Tentang Kehidupan #1: Dunia Adalah Sementara Dan Tempat Bergurau Senda

Kehidupan di dunia bukanlah kehidupan sebenar tetapi ia adalah sementara sahaja. Manusia akan mati dan hidup kembali di akhirat untuk diperhitungkan ke syurga atau neraka. Syurga dan neraka adalah kehidupan yang selama-lamanya.

Mahukah bukti yang menunjukkan dunia bukan kehidupan sebenar? Terdapat banyak bukti yang telah tertera di dalam Al-Quran. Semuanya berkisar tentang kehidupan di dunia adalah untuk bersenda gurau semata-mata.

tazkirah ringkas tentang kehidupan
Imej via [hipwee]

Firman Allah SWT (Surah Al-An’Am ayat 32):

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?”

Firman-Nya (Surah Al-Ankabut ayat 64) :

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.”

Firman Allah SWT (Surah Muhammad ayat 36):

“Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu.”

Orang yang soleh dan solehah serta bertakwa tidak melatah akan hal dunia yang serba kurang, sebaliknya lebih risau akan hal akhirat yang akan dibawa ke sana kelak. Oleh itu, mereka sentiasa mempersiapkan diri untuk menjadi lebih baik di sisi Allah SWT.

Bagaimana dengan diri kita di sini? Adakah kita sudah bersedia untuk melangkah ke alam kehidupan yang sebenar-benarnya? Dunia adalah ujian dan peperiksaan untuk menentukan dimanakah tempat kita di sana nanti.

Persiapkanlah diri, tinggalkanlah larangannya, banyakkanlah amalan sunat dan jangan sesekali tinggal perkara yang wajib. Bersedialah setiap masa untuk menghadap Allah SWT yang Maha Esa. Kita tidak tahu bila kita akan mati, tapi mati itu pasti.

Tazkirah Ringkas Tentang Kehidupan #2: Amalkan Sunnah Nabi SAW Dalam Kehidupan

Imej via [liputan6]

Sunnah Nabi SAW dalam kehidupan adalah amalan yang mulia boleh diikuti oleh para musliman dan muslimah. Sama ada kelakuan atau perbuatan, akhlak, sifat, ucapan, sirah dan lain-lainnya yang hasilnya daripada Nabi SAW adalah sunnahnya.

Buat perkara sunat dan sunnah akan dapat pahala, tetapi tidak berdosa jika tidak lakukan. Namun begitu, haram untuk kita membenci sunnah nabi SAW sebagaimana sabdanya.

Sesiapa yang membenci (menolak) sunahku, maka dia tidak termasuk golonganku.” (Muttafaq ‘alaih)

Antara sunnah Nabi SAW adalah melakukan solat sunat, membaca Al-Quran, mempelajari ilmu kifayah, berkahwin, makan tangan kanan, menyimpan janggut, senyum, berkongsi makanan, bersedekah dan banyak lagi.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Setiap umatku akan memasuki syurga melainkan mereka yang enggan,

Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, lantas siapakah yang enggan?”

Nabi SAW menjawab: “Sesiapa yang taat kepadaku akan memasuki syurga dan sesiapa yang mengingkariku bererti dia enggan masuk syurga.

tazkirah ringkas tentang kehidupan
Imej via [idntimes]

Tahukah anda, mengamalkan sunnah nabi SAW juga adalah salah satu cara untuk taat kepada nabi. Sudah pasti syurga adalah ganjarannya. Ketahuilah bahawa sekiranya ada penolakan terhadap sunnah nabi atau perkara yang diajarkan nabi, ia bermaksud seseorang itu tidak berminat untuk masuk syurga. Malah mereka telah merugikan diri sendiri. Tidak ada susahnya untuk melakukan sunnah nabi, selain dapat pahala, anda juga disayangi Allah SWT.

Tazkirah Ringkas Tentang Kehidupan #3: Cara Mendapat Kebaikan Dunia Dan Akhirat

Tazkirah ringkas tentang kehidupan kali ini berkaitan bagaimana ingin mendapatkan kebaikan dunia dan akhirat. Kenapa setiap kali berdoa, kita disarankan berdoa untuk kebaikan dunia dan akhirat? Kita tidak hidup kekal di dunia ini, tunggu masanya kita akan mendapat kehidupan di akhirat pula. Jadi, wajarlah untuk kita amalkan doa ini.

tazkirah ringkas tentang kehidupan
Imej via [fontaines]

Tafsirah Surah Al-Hadid pula mengingatkan kita tentang kehidupan di dunia ini adalah kesenangan bagi orang yang terpedaya. Jika kita sakit, kita diuji, kita senang, kita susah, kita kaya, miskin sekalipun, tetapkan kita jalankan kewajipan sebagai hamba Allah SWT. Jangan sesekali tinggal solat dan puasa. Apa yang wajib, wajiblah kita buat.

MaksudnyaKetahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Surah Al-Hadid (20)

Selain berdoa, beramal soleh dengan solat, bertakwa, beriman, taat kepada kedua ibu bapa, bersifat adil juga adalah kebaikan yang boleh dilakukan untuk selamat di dunia dan akhirat. Semoga tazkirah ringkas tentang kehidupan ini bermanfaat.

Jom baca juga Tazkirah Lailatul Qadar, Kisah Rabiatul Adawiyah, Nikmat Bersedekah dan Adab terhadap ibu bapa.

Rujukan:

  1. muftiwp
  2. academia
  3. islam

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.