Menjadi ibu bapa bukanlah perkara yang mudah. Anak-anak adalah amanah dari Allah yang akan dipersoal di akhirat kelak. Sebagai ibu bapa, kita bukan sahaja bertanggung jawab untuk memastikan anak-anak menjadi manusia yang berjaya di dunia malah juga di akhirat.
Istimewa untuk anda ibu bapa yang hebat, hari ini kami akan menulis tentang tazkirah pendek untuk mak ayah. Semoga menjadi panduan untuk kita bersama.
Ada yang menyangka bahawa anak adalah hak dan harta untuk dibanggakan di dunia. Namun tahukah anda bahawa yang sebenarnya anak-anak adalah amanah dari Allah. Sebagai ibu bapa, kita bertanggung jawab untuk mendidik dan mencorakkan hidup mereka. Bagaimana didikan kita, begitulah akhiran hidup mereka nanti. Malah didikan kita akan menentukan anak-anak menjadi ahli syurga atau ahli neraka.
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui. Dan ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu), dan sesungguhnya Allah di sisiNya pahala yang besar”. (al-Anfal: 27-28)
Sabda Rasulullah s.a.w.;
إذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ: إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
“Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya, anak soleh yang mendoakan untuknya”.
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
Perkara pertama yang perlu kita lakukan sebagai ibu bapa ialah untuk mendidik anak supaya mengenal Allah. Apa yang dimaksudkan dengan mengenal Allah? Mengenal Allah bermaksud anak-anak tahu bahawa kita semua adalah hamba Allah dan hidup kita haruslah berlandaskan islam, agama yang diturunkan oleh Allah.
Seawal anak-anak kita masih bayi, ajar anak-anak untuk menyebut kalimah Allah. Jadikan kalimah Allah sebagai di antara perkataan pertama yang boleh disebut oleh anak selain perkata ibu dan ayah.
Apabila anak semakin membesar, kenalkan anak-anak dengan Asmaul Husna atau nama-nama Allah. Ajar juga anak-anak tentang sifat wajib dan mustahil bagi Allah. Tanamkan perasaan cinta kepada Allah di dalam diri anak-anak. Ajar anak-anak supaya sentiasa takut untuk melakukan dosa kerana Allah. Insya Allah, anak-anak yang mengenal dan sayang kepada Allah akan bersih jiwa dan hatinya daripada dosa.
Selain mengenali Allah, anak-anak juga wajib didik untuk mengenal dan mencintai Rasul. Selalu ceritakan tentang sirah Nabi Muhammad kepada anak-anak aga anak-anak kenal dengan keperibadian mulia rasul junjungan kita. Sirah nabi juga ada menceritakan tentang perjuangan Nabi Muhammad dalam menegakkan syiar islam. Pastikan anak-anak tahu siapa Rasul kita, dan tanamkan rasa cinta kepada rasul dalam diri. Pesan kepada anak-anak untuk berselawat kepada rasul setiap hari.
Sesungguhnya solat adalah tiang agama. Jika kita tidak menjaga solat maka runtuhlah agama. Solat juga merupakan perkara pertama yang akan dihisab semasa di akhirat nanti. Tak kira banyak mana pun ibadat dan kebaikan yang kita lakukan, sekiranya kita tidak menjaga solat, maka semuanya akan menjadi sia-sia. Oleh itu, sebagai ibu bapa adalah menjadi tanggung jawab kita untuk memastikan anak-anak menjaga solat dengan sempurna.
مُرُوْا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاْءُ سَبْعِ سِنِيْنَ، وَاضْرِبُوْهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاْءُ عَشْرِ سِنِيْنَ
“Suruhlah anak kamu mengerjakan solat apabila ia telah berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika enggan mengerjakan solat sedangkan mereka telah berumur sepuluh tahun”. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim dari Abdullah bin Amru r.a.)
Sebagai ibu bapa, salah satu daripada tanggung jawab kita ialah untuk memelihara anak-anak dan ahli keluarga daripada azab api neraka. Bagaimana caranya? Untuk mengelakkan ahli keluarga kita daripada diazab dengan api neraka, apa yang perlu kita lakukan ialah menerapkan ajaran islam kepada anak-anak seawall mereka masih kecil supaya anak-anak menjadi muslim dan muslimah yang menjadikan islam sebagai panduan hidup.
Apabila anak-anak kita menjadikan islam sebagai cara hidup, sevara automatic mereka akan berasa takut untuk melakukan dosa dan berlumba-lumba untuk mengumpul pahala. Ketahuilah bahawa azab api neraka dan azab kubur adalah sangat berat. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata, dan tak mampu untuk kita bayangkan di dunia.
Allah berfirman;
“Wahai orang-orang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya terdiri dari manusia dan batu…”. (At-Tahrim: 6)
Menurut sebuah kitab yang bernama Tafsir Ibu Kathir, menjauhkan anak-anak dan ahli keluarga daripada api neraka bermaksud:
Itulah dia perkongsian tentang senarai tazkirah pendek untuk mak ayah yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga keluarga kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tips didik anak lelaki dan ragam ibu mertua