Ibu bapa mewariskan zuriat yang membawa kepada lahirnya kita ke dunia ini dan sebab itulah agama Islam meletakkan ibu bapa di tempat yang tinggi dalam hubungan kekeluargaan.

Betapa besarnya pengorbanan ibu bapa terhadap anak, apa pula tanggungjawab anak terhadap ibu bapa? Tidak hairanlah jika Islam menitik beratkan soal berbuat baik dan menghormati kedua ibu bapa.

tanggungjawab anak terhadap ibu bapa
Imej via [9bulan10hari]

Tanggungjawab kepada ibubapa ini amatlah penting pada anak-anak selagi ibubapa masih ada. Malahan, jika mereka berbuat baik kepada ibu bapa, ia akan membawa kepada seribu keberkatan untuk si anak. Jom baca 10 tanggungjawab anak yang harus dilakukan terhadap ibubapa.

1. Bercakap Dengan Lemah Lembut

tanggungjawab anak terhadap ibu bapa
Imej via [harianmetro]

Sebagai tanggungjawab seorang anak, kita mestilah bercakap dengan lemah lembut. Seorang anak haruslah bercakap dengan menggunakan suara yang rendah ketika bertutur dan jangan sekali-kali membantah serta mengherdik mereka. Apatah lagi, dilontarkan apa jua perkataan kerana perbuatan itu ditegah oleh Allah SWT . 

Perbuatan seperti menjerit, memaki hamun, mengherdik dan bercakap kasar kepada ibubapa adalah haram sama sekali kerana berdosa besar. Dalam Al-quran Surah Al-Israa’, ayat 23 mengatakan bahawa:

Janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan `Ha’ dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Oleh itu, sebagai seorang anak yang bertanggungjawab, kita haruslah menggunakan bahasa yang sopan ketika berbual atau bercakap dengan ibubapa supaya tidak dipandang rendah oleh masyarakat sekeliling.

2. Hormat Menghormati

tanggungjawab anak terhadap ibu bapa
Imej via [siraplimau]

Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa ialah kita hendak menghormati ibu bapa sejak kecil sehinggalah ke dewasa. Ibu bapa adalah orang yang menjaga dan mendidik kita dari kecil, malah mereka adalah malaikat di bumi yang diutuskan Allah swt untuk menjaga kita.

Tamsilnya, walaupun mereka marah, memukul dan  membuatkan kita merasa dibenci, namun hakikat yang sebenarnya mereka sangat menyayangi kita. Bak kata pepatah, bagai menatang minyak yang penuh.   Oleh itu, tanggungjawab seorang anak haruslah bersikap lebih matang dalam menghormati dan memberi kasih sayang kepada ibubapa.

3. Sentiasa Taat Dan Patuh Arahan Ibubapa

tanggungjawab ibu ayah
Imej via [siraplimau]

Anak yang bertanggungjawab akan sentiasa taat dan patuh pada arahan ibubapa. Sikap taat dapat mewujudkan suasana yang harmoni dan damai dalam sesebuah keluarga. Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa ini merupakan perintah Allah Swt yang wajib anda ikuti.

Zaman moden ini, ramai anak yang sanggup memberikan saman kepada ibubapanya sendiri tanpa segan silu kerana mereka menyentuh hal peribadi mereka malah ada yang berani memukul kerana tidak bersependapat atau berselisih faham. 

Menurut Hadis Riwayat Imam Tarmizi, Keredaan Allah bergantung kepada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan ibu bapa. Oleh itu, anak yang bertanggungjawab hendaklah berbakti kepada ibubapa supaya mereka rasa dihargai.

4. Sentiasa Mendoakan Ibubapa

tanggungjawab anak kepada ibu bapa
Imej via [siraplimau]

Seorang anak yang bertanggungjawab sentiasa mendoakan kesejahteraan ibubapa mereka. Hal ini demikian kerana, tanggungjawab anak mendoakan kesejahteraan kepada ibubapanya memberi seribu kebaikan.

Dalam Al-Quran juga terdapat ayat yang memberi isyarat bahawa doa seorang anak untuk ibu bapanya sangat mustajab kerana Allah SWT sudah memerintahkan demikian. 

Hadith yang direkodkan oleh Imam Muslim juga menyatakan tentang tiga perkara yang pahalanya akan terus mengalir untuk orang yang melakukannya walaupun dia sudah meninggal dunia. Salah satunya daripada pahala itu adalah anak soleh yang mendoakannya.

Oleh itu, tanggungjawab anak terhadap ibu bapa juga adalah untuk mendoakan perkara yang baik supaya ibu bapa dihindari dari azab api neraka.

5. Memanggil Dengan Panggilan Sopan dan Disenangi 

Imej via [siraplimau]

Salah satu tanggungjawab anak terhadap ibu bapa ialah memanggil panggilan yang sopan dan disenangi kepada ibubapa. Anak yang bertanggungjawab tidak akan menyakiti perasaan ibubapa mereka dengan panggilan yang tidak elok. 

Tamsilnya, memanggil dengan panggilan yang keji kepada ibubapa seperti bodoh, bangang, babi dan sebagainya. Perkara ini dapat menyakitkan hati ibubapa walaupun ianya hanyalah perkataan sahaja. Jadilah anak bertanggungjawab dengan memanggil panggilan yang baik kepada ibu bapa.

6. Menolong Ibu Bapa 

tanggungjawab anak terhadap ibu bapa
Imej via [mforum]

Anak yang bertanggungjawab akan menolong ibubapa dalam segala hal. Hal ini demikian kerana tanggungjawab anak adalah untuk mengurangkan beban mereka dengan membantu mereka membuat kerja. 

Menolong ibu bapa dalam mengemas rumah, memasak, membantu kerja pembaikian dan sebagainya memberikan anak pahala. Dalam Riwayat al- Nasa’ie (4449), menyatakan bahawa:

Sesungguhnya sebaik-baik apa yang dimakan oleh seseorang adalah berasal daripada usahanya yang bermaksud membantu ibubapa  dari sudut kemampuan setakat yang mampu sahaja itu pun sudah cukup memadai. 

Sebagai anak yang bertanggungjawab, anda harus mencari cara untuk meringankan kerja ibubapa supaya dikemudian hari Allah swt akan meringkankan beban kita sendiri.

7. Selalu Menziarahi Ibubapa

tanggungjawab anak terhadap ibu bapa
Imej via [harianmetro]

Tanggungjawab anak ini hendaklah selalu menziarahi ibubapa. Anda perlu pastikan ibubapa tidak akan tersinggung dengan perbuatan kita yang jarang menziarahi mereka. Ini adalah tanggungjawab kita sebagai seorang anak.

Jika anda berada jauh dari ibubapa dan tiada masa untuk menziarahi mereka, apa salahnya anda membuat panggilan, membuat panggilan video dan menghantar mesej tanda anda masih mengingati mereka. 

8. Memastikan Kesihatan Ibubapa Dalam Keadaan Yang Baik

tanggungjawab anak terhadap ibu bapa
Imej via [awal.my]

Anak yang baik dan bertanggungjawab akan memastikan kesihatan ibubapa dalam keadaan yang baik. Ibubapa telah menjaga kita sejak kecil  lagi, apa salahnya kita sebagai anak bertanggungjawab membalas semula jasa mereka kerana telah menjaga kita. 

Menjaga mereka dengan cara memberi makan minum yang secukupnya, membeli ubat, membuat rawatan dengan doktor untuk memastikan keadaan dalam baik, menjaga mereka ketika demam dan sebagainya.

Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu mampu untuk menjaga seorang ibu.  Jadilah seorang anak bertanggungjawab yang boleh menjaga keadaan ibu bapa!

9. Menjaga Keselamatan Ibubapa Setiap Masa

tanggungjawab anak terhadap ibu bapa
Imej via [idea.grid]

Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa adalah dalam memastikan keselamatan ibu bapa terjaga. Tempatkan mereka di tempat yang selamat dan jauh dari jenayah.

Kes membunuh, pecah rumah, kebakaran dan lain-lain sering berlaku didalam rumah dan sekeliling rumah kini. Oleh itu, sebagai anak yang bertanggungjawab kita mestilah meningkatkan keselamatan rumah seperti memasang CCTV, mengupah pembantu rumah dan memasang alat pemadam api supaya tiada sesiapa yang boleh mencederakan ibubapa kita.

10. Memberikan Wang Kepada Ibubapa

Imej via [usnews]

Apabila sudah meningkat dewasa dan sudah memiliki perkerjaan, sebagai seorang anak yang bertanggungjawab apa salahnya kita berikan wang kepada ibu bapa. Mereka tidak mampu untuk bekerja lagi dan sudah menghabiskan masa memelihara kita dari kecil.

Duit mereka laburkan untuk kita takkan terbayar. Wang yang anda beri dapat digunakan untuk keperluan harian mereka seperti makan minum, tempat tinggal, bil elektrik dan sebagainya.

tanggungjawab anak terhadap ibu bapa
Imej via [steemit]

Dalam Riwayat Muslim (1822), Apabila Allah SWT memberikan seseorang kebaikan (kelebihan dari sudut harta) maka mulakanlah dengan dirinya dan juga ahli keluarganya. Memang menjadi tanggungjawab anak untuk memberikan kesenangan kepada ibubapa supaya mereka tidak perlu risau untuk mencari wang dengan umur yang semakin meningkat.

Jemput baca Peranan ibu bapa dalam keluarga, Cabaran ibu tunggal, Cara pikat hati mak mertua dan Petua tambah selera makan anak.

Rujukan 

  1. Almukhlisin
  2. Kompleksislam
  3. beritaharian

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.