Tanda- tanda kiamat yang perlu kita ketahui.

Percaya pada hari kiamat merupakan salah satu daripada rukun iman yang wajib bagi semua umat islam. Hari kiamat merupakan hari di mana seluruh alam semesta akan musnah selepas tiuapn sangkakala.

Bumi akan bergulung-gulung. Bukit dan gunung akan pecah. Manusia dan binatang akan bertempiaran lari menyelamatkan diri masing-masing. Planet dan bintang akan berlanggaran antara satu sama lain. Kemudian, semua yang hidup dan bernyawa akan mati.

Tanda-tanda kiamat boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu tanda kecil kiamat dan tanda besar kiamat. Menurut pandangan para alim ulamak, kesemua tanda kecil kiamat sudah pun lengkap. Sekarang kita sedang menunggu kedatangan tanda besar kiamat pula.

tanda kiamat

Sumber: Tribunnews

Tanda kecil kiamat

Di antara tanda kecil kiamat yang sudah pun berlaku kesemuanya ialah seperti berikut:

  • Penaklukan Baitulmaqdis

Menurut satu hadith riwayat Bukhari, Dari Auf b. Malik, katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “ Saya menghitung  enam perkara menjelang  hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmaqdis. Penakluman Baitulmaqdis telah pun berlaku sejak lama dahulu.

  • Zina bermaharajalela

Menurut satu hadith riwayat Muslim, salah satu dari pada tanda kiamat ialah zina yang berleluasa. “Dan tinggallah manusia yang buruk, yang  melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” Kalau diperhatikan, pada hari ini, perbuatan zina seolah-olah perkara biasa dalam masyarakat kita.

  • Alat muzik bermaharajalela

Menurut satu hadith riwayat Ibnu Majah, “Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita”.

Pada hari ini, alat muzik dan penyanyi wanita adalah perkara biasa. Maksudnya, tanda kiamat kecil yang ini sudah pun berlaku.

  • Menghias dan berbangga dengan masjid yang besar

Menurut satu hadith riwayat Nasai, “Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid”. Tanda kecil kiamat ini juga sudah lama berlaku. Di seluruh dunia, manusia berlumba-lumba membina masjid yang besar dan dihias dengan mewah.

  • Munculnya kekejian, memutuskan silaturrahim dan hubungan dengan jiran tetangga yang tidak baik

Menurut hadit riwayat Ahmad dan Hakim, salah satu daripada tanda kiamat ialah”Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.”

  • Ramai orang soleh meninggal dunia

Tanda kecil kiamat yang seterusnya ialah ramai orang soleh meninnggal dunia. Menurut satu hadith riwayat Ahmad, “Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran”

Perhatikan dunia kita hari ini, seorang demi seorang alim ulamak yang kita kasihi pergi dijemput ilahi. Ini menunjukkan bahawa tanda kecil kiamat yang ini juga sudah terjadi.

tanda tanda kiamat

Sumber: Addienblog

  • Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat

Menurut hadith riwayat Thabrani, satu lagi tanda kecil kiamat ialah orang yang hina mendapat keduduk terhormat. “Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia”

  • Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalinya sahaja

Menurut satu hadith riwayat Ahmad, tanda kiamat yang seterusnya ialah umat islam hanya mengucapkan salam kepada orang yang dikenalinya sahaja. “Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.”

  • Ramai wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita  dan  apabila mereka memakainya keadaa seperti bertelanjang”. Apa yang menyedihkan, perkara ini sememangnya sedang berlaku di sekeliling kita. Lihatlah, berapa ramai wanita yang berpakaian tetapi telanjang.

  • Bulan sabit kelihatan besar

Menurut satu hadith riwayat Thabrani, “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” Perhatikan bulan sabit dilangit. Sememangnya ia kelihatan semakin besar seolah-olah semakin dekat ke bumi.

  • Dusta berleluasa dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

Menurut riwayat Muslim, “Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan  belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu”

Perhatikan sahaja media di Malaysia, berapa banyak berita palsu yang dikeluarkan di televisyen, radio, dan surat khabar. Inilah tandanya bahawa kiamat semakin menghampiri kita.

  • Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar

Menurut riwayat Ahmad, “Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” Saksi palsu dan berkata bohong demi menyelamatkan diri sendiri bukanlah perkara asing lagi pada hari ini.

  • Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai

Menurut riwayat Muslim, “Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai”Perhatikan keadaan negara Arab hari ini, semuanya telah menjadi padang pasir.

  • Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda

Menurut satu hadith riwayat Abu Dawud dan Nasai, “Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” Hakikatnya hari ini, terdapat pelbagai produk mewarnakan rambut untuk menutup uban yang berada di pasaran.

  • Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam

Menurut riwayat Tarmizi, tanda kecil kiamat yang terakhir ialah umat islam hidup dengan penuh kemewahan. “Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).”

Sesungguhnya, semua tanda kecil kiamat sudah pun berlaku. Sekarang kita perhatikan pula adakah tanda besar kiamat sedang berlaku di sekeliling kita.

tanda tanda kiamat

Sumber: Ceramah

Tanda besar kiamat

Terdapat satu hadith riwayat H.R Muslim yang berbunyi seperti berikut:

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang.

Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”.

Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.

Berdasarkan hadith ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa terdapat 10 tanda besar kiamat iaitu:

1. Asap (dukhan ) akan keluar dari perut bumi. Asap yang keluar akan menyebabkan penyakit seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan membunuh semua orang kafir.

2. Kemunculan Dajjal. Dajjal akan keluar sambil membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan dan membuatkan ramai yang terpedaya dengannya.

3. Keluarnya dabbah iaitu sejenis binatang ganjil dan besar yang pandai bercakap. Dabbah akan keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah.

4. Matahari terbit dari barat. Pada waktu ini, Allah tidak lagi menerima taubat dan syahadah yang baru.

5. Nabi Isa a.s. bin Maryam turun ke bumi. Nabi Isa akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu. Nabi Isa akan memsunahkan segala salib dan membunuh Dajjal.

6. Yakjuj dan Makjuj keluar dari tempatnya dan membuat kerosakan di atas muka bumi.

7. Berlaku gempa bumi di timur.

8. Berlaku gempa bumi di barat.

9. Berlaku gempa bumi di semenanjung arab.

10. Menurut hadith riwayat Muslim, akan keluar api di Yaman yang menghalau manusia ke tempat berkumpul mereka (mahsyar).

Itulah dia tanda-tanda kiamat yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Anda juga dijemput untuk mebaca perkongsian kami tentang Nuzul Al-Quran, Lailatul Qadar, dan Israk Mikraj.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.