Anda anda hamil? Ini persoalan yang sukar sebenarnya. Sesetengah wanita yang sudah biasa dengan irama badannya, boleh mengesyaki sama ada mereka sedang hamil ataupun tidak.
Walau bagaimanapun ada tanda perubahan kehamilan ini yang tidak dirasai oleh wanita lain u dan hanya disedari setelah mereka mula mempunyai beberapa gejala berikut:
Imej:pregnancytips.org
Walaupun bagaimanapun, perlu diingatkankan, kita mudah terkeliru dengan tanda-tanda awal kehamilan (sakit dada, rasa sedikit terganggu) . Lebih-lebih lagi apabila perasaan ingin hamil itu tinggi, menyebabkan apabila gejala ini berlaku kita meninggikan harapan tersebut. Kesannya kita berasa kecewa apabila ianya adalah sebaliknya.
Terlepas haid adalah tanda yang paling jelas bagi ramai wanita bahawa mereka sedang hamil. Tetapi perlu ingat, kadang-kadang terdapat sebab-sebab lain mengapa haid itu tidak datang pada kitarannya. Faktornya mungkin seperti tekanan, mengambil ubat-ubatan tertentu, contohnya pil, dan penyusuan.
Tetapi jika tempoh anda lewat atau lebih cepat daripada kebiasaan dan anda telah mengadakan hubungan seks akhir-akhir ini, nampaknya anda perlu melakukan ujian kehamilan untuk mengesahkannya. Bagaimanakah pula simpton kehamilan untuk anda?