Learning Disorder biasanya dibahagikan kepada 3 kategori – language disorder, specific learning disorder (reading, writing and arithmetics) dan masalah lain seperti coordination, motor skills dan sebagainya.

Selalunya, masalah keupayaan pembelajaran berlaku pada semua spektrum di atas.

learning disorder

Imej:healthybrain4you.com

Ingat! Tugas ibubapa bukan mendiagnosis anak-anak sendiri, tetapi memantau dan mengenal pasti masalah seawal mungkin dan kemudian dapatkan bantuan professional. Perkongsian ini sebagai maklumat. Setiap kes berbeza berdasarkan sejarah individu.

Antara tanda-tanda awal yang boleh dikesan pada kanak-kanak berusia 5 tahun:

  • Lewat bertutur dengan normal (peraturan kasar – 2 tahun 2 perkataan satu ayat, 3 tahun – 3 perkataan, 4 tahun full sentence)
  • Sukar belajar perkataan baru
  • Masalah sebutan (articulation dan pronounciation)
  • Sukar belajar mengenal nombor, huruf, hari dalam seminggu, warna dan bentuk
  • Kurang fokus
  • Sukar menerima arahan
  • Masalah dalam memegang pensil atau warna dengan baik
  • Sukar belajar kemahiran memakai butang, zip dan mengikat.

Bagi kanak-kanak yang ke sekolah tadika (penghujung 6 tahun)

  • Tidak berminat dengan aktiviti memerlukan membaca, melukis dan menulis
  • Tidak mengenal huruf besar dan kecil

Sekolah akan ada ujian saringan LINUS, namun lebih baik kalau ibubapa ambil perhatian awal sebelum terlewat. Dapatkan maklumbalas dari guru mengenai perkembangan anak-anak di sekolah. Jadikan guru ‘share-partner’ anda dalam mendidik anak-anak.

Sekiranya kenal pasti masalah, boleh lakukan ujian saringan di mana-mana Klinik Kesihatan. Rujukan ke klinik pediatrik atau psikiatri kanak-kanak hanya untuk kes yang memerlukan pengesahan diagnosis atau intervensi.

Sumber: (Learning Disorder, Jensen & Breiger, 2005)

Penulis: Dr Rozanizam Zakaria

Merupakan seorang doktor dalam bidang psikiatri dan motivasi minda. Merupakan penulis buku "Aku Nabi Isa!.." dan banyak berkongsi tentang ilmu psikologi anak-anak. Beliau boleh dihubungi di Facebook.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.