Artikel ini adalah tentang tanda susu formula tidak sesuai dengan bayi. Tanda ini mungkin kita sedar atau tidak.
Tidak dinafikan bahawa susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi, namun jika keadaan tidak mengizinkan seseorang ibu untuk menyusukan bayinya, susu formula adalah alternatif yang ada. Terdapat pelbagai susu formula di pasaran. Susu lembu, susu kambing, susu soya, malah terdapat pelbagai jenama dengan harga yang berbeza. Bagaimana cara untuk memilih susu formula terbaik untuk bayi anda? Apa pula tanda susu formula tidak sesuai dengan bayi anda?
Jika susu formula yang diberikan adalah tidak sesuai untuk bayi anda, tubuh badannya akan mengeluarkan pelbagai tanda sebagai signal bahawa tubuh badan bayi anda sedang menolak susu tersebut. Di antara tanda yang paling kerap berlaku ialah:
Di antara tanda pertama yang akan ditunjukkan oleh badan bayi anda sekiranya susu formula yang diberikan tidak sesuai ialah ruam dan bintik-bintik merah. Bintik merah boleh naik pada mana-mana bahagian tubuh bayi anda. Tidak kira pada wajah, badan, kaki, tangan, kemaluan, malah di bahagian punggung sekali pun. Bintik merah tadi akan mula timbul sedikit demi sedikit dan menjadi semakin serius dan kemerahan sekiranya anda terus memberikan susu formula yang sama kepada bayi anda.
Ruam yang dibiarkan akan menjadi semakin serius lalu menyebabkan kegatalan, melecet, dan luka pada kulit bayi anda. Sebagai contoh, ruam lampin pada bahagian kemaluan dan punggung bayi anda akan menyebabkan bayi anda mengalami kepedihan akibat kulit yang melecet dan luka. Bayi anda akan berasa sakit dan meragam, malah boleh menyebabkan bayi anda demam.
Memerhatikan najis bayi adalah di antara cara yang terbaik untuk mengetahui kesesuaian susu formula dengan bayi anda. Sebagai ibu pastinya anda mengenali rupa, bau, dan warna najis bayi anda. Jika anda mula memberikan susu formula baru kepada bayi anda dan najis bayi anda menjadi cair dan berair, itu adalah tanda bahawa bayi anda sedang mengalami cirit-birit. Kemungkinan besar susu formula tersebut tidak sesuai dengan bayi anda.
Jika bayi anda mengalami cirit-birit, jangan dibiarkan kerana ia akan menyebabkan bayi anda mengalami kekeringan atau dehidrasi, malah cirit-birit boleh menyebabkan ruam lampin yang teruk.
Selain cirit-birit, sembelit juga boleh menjadi salah satu tanda susu formula tidak sesuai dengan bayi anda. Susu formula yang tidak sesuai akan menyebabkan najis bayi anda mengeras lalu menjadi punca bayi anda sukar untuk membuang air besar. Jika secara tiba-tiba bayi anda tidak membuang air besar selama berhari-hari, atau menangis setiap kali membuang air besar, ia adalah di antara tanda sembelit.
Bagi keadaan sembelit yang teruk, najis bayi anda akan mengandungi darah kerana usus bayi anda mengalami luka semasa najis keras melaluinya. Oleh itu, sentiasa perhatikan najis bayi anda. Tukar susu formula jika bayi anda mengalami sembelit berpanjangan.
Selain cirit-birit dan sembelit, susu formula yang tidak sesuai juga akan menyebabkan bayi anda mengalami muntah-muntah. Muntah yang dimaksudkan di sini bukanlah seperti muntah susu yang selalu dialami oleh bayi selepas selesai menyusu, tapi muntah dengan kuantiti yang banyak dan memancut. Perhatikan bayi anda, jika bayi anda mula muntah selepas diberikan susu formula baru, itu adalah tanda bahawa susu itu tidak sesuai.
Jangan biarkan bayi anda muntah secara berpanjangan. Bawa bayi anda ke klinik dengan segera untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan. Muntah-muntah bole menyebabkan bayi anda kekeringan dan kepenatan yang melampau. Ianya boleh menjejaskan nyawa.
Kekembungan juga merupakan satu lagi tanda susu formula tidak sesuai dengan bayi anda. Sesetengah bayi tidak tahan dengan bahan yang ada di dalam susu formula lalu menyebabkan angin berkumpul dalam perut bayi. Apabila bayi anda mengalami kembung, perut bayi anda akan kelihatan buncit dan berasa apabila dipegang.
Bayi yang kekembungan akan meragam dan menangis berpanjangan, tidak mahu diletak ke bawah. Malah bayi anda akan semakin meragam pada waktu malam di mana kembung menjadi semakin teruk. Jika bayi anda mengalami kembung, sapukan minyak panas ke bahagian perut, belakang badan, tapak kaki, dan tulang keting. Urut bagi membantu mengeluarkan angin dari badan bayi anda. Jangan lupa pakaikan stokin kaki bagi melindungi tapak kaki bayi anda.
Susu formula yang tidak sesuai dengan bayi akan menyebabkan lendiran terbentuk dalam saluran pernafasan dan tekak bayi anda. Lendiran tadi yang juga dikenali sebagai mukus akan menjadi kahak lalu menyebabkan bayi anda mula batuk. Oleh itu, jika bayi anda mengalami batuk selepas diberikan susu formula baru, ia adalah salah satu tanda susu formula yang anda berikan adalah tidak sesuai.
Selain batuk, bayi anda juga akan mengalami selsema kerana lendiran tadi akan bertukar menjadi hingus. Bayi anda akan selesema dan merah-merah hidung akibat kegatalan.
Selain batuk dan selsema, lendiran dalam tekak dan saluran pernafasan bayi anda akan menyebabkan masalah susah untuk bernafas. Ia berlaku kerana lendiran dalam saluran pernafasan menghalang bayi anda daripada bernafas secara normal seperti yang sepatutnya. Malah nafas bayi anda akan berbunyi atau wheezing seperti orang yang mengidap asma.
Jika bayi anda mengalami kesukaran untuk bernafas selepas diberikan susu formula baru, berhenti memberikan susu yang sama kepada bayi anda. Kesukaran untuk bernafas boleh menjejaskan nyawa bayi anda. Ia boleh menyebabkan kematian sekiranya saluran pernafasan bayi anda tertutup sepenuhnya.
Itulah dia info tentang tanda susu formula tidak sesuai dengan bayi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang susu formula terbaik, hadiah hari jadi anak perempuan dan cara mengajar anak mengenak huruf ABC