Setiap bulan, seorang wanita  mempunyai hari paling subur. Jika anda sedang berusaha untuk mengandung, pastikan anda bersama suami pada hari keramat tersebut. Jom kami kongsikan 14 tanda subur wanita yang ramai isteri tak tahu.

tanda waktu subur wanita

Sumber: Zuriat

1. Keputusan positif OPK

Jika anda ingin mengetahui jawapan yang paling  tepat sama ada anda sedang subur atau pun tidak, anda boleh mendapatkan alat pengesan kesuburan atau ‘ovulation predictor kit’ (OPK). Alat ini akan menunjukkan peningkatan hormon LH melalui air kencing, iaitu cara penggunaan yang serupa dengan alat penguji kehamilan.

2. Suhu Tubuh Meningkat

Proses ovulasi menyebabkan suhu basal tubuh meningkat. Untuk menggunakan kaedah ini, anda pelu mengambil suhu badan setaip hari, sebaiknya wewaktu bangun tidur. Ambil suhu pada waktu yang sama setiap hari untuk ketepatan. Catat.

Oleh kerana peningkatan suhu badan tidak begitu ketara, pastikan anda menggunakan termometer yang tepat & stabil bacaannya iaitu termometer basal. Biasanya, semasa tubuh mengalami proses ovulasi, hormon akan meningkatkan kira-kira 0.1-0.3 darjah Celcius.

3. Sakit pinggang

Sebanyak satu per lima wanita berasa sakit pinggang semasa waktu subur. Ada wanita yang menggambarkannya sebagai sakit pinggang sebelah atau keradangan di tempat spesifik. Keadaan ini dipanggil “mittelschmerz” (sakit di tengah). Ianya boleh berlaku selama beberapa minit sehingga beberapa jam.

tanda waktu subur wanita

Sumber: Hellosehat

4. Perut kembung

Perut anda akan terasa kembung menjelang waktu subur. Ini berlaku kerana berlakunya perubahan hormon estrogen & progesteron dalam badan.

5. Perut buncit

Selain perut kembung, perut anda juga akan kelihatan sedikit buncit. Ini berlaku kerana meningkatnya kandungan gas dalam perut akibat kekembungan.

6. Lendiran faraj & keputihan yang  jernih

Sewaktu subur, anda akan perasan keluarnya lendiran faraj yang berupa keputuhan jernih tanpa bau. Ianya tidak begitu melekit. Lendiran faraj ini boleh diumpakan seperti putih telur. Fungsi lendiran faraj ialah untuk memudahkan sperma berenang menuju ke arah ovum.

7. Merasa Lebih Ghairah

Satu lagi tanda subur yang ramai wanita tak perasan ialah  peningkatan nafsu syahwat atau Libido. Anda akan berasa lebih ghairah dan mudah terangsang. Pada waktu ini, pasangan anda akan kelihatan lebih menarik dan menggoda. Anda juga akan berasa lebih seksi & perasan cantik.

Anda mungkin tidak menyedari bahawa anda juga sebenarnya memberikan tanda-tanda kepada suami bahawa anda sedang subur. Anda akan kelihatan lebih menawan dimata suami. Bau badan anda juga lebih harum dan seksi pada suami.

8. Kejang Perut

Rasa sakit seperti kejang atau ‘cramp’ pada bahagian perut bukan saja berlaku sewaktu datang haid tapi juga berlaku pada hari anda paling subur. Tahap kekejangan berbeza bagi setiap wanita. Ada wanita yang mengalami kekejangan yang sangat sedikit sehingga langsung tak perasan. Ada wanita yang mengalami kekejangan yang kuat & terasa seperti senggugut.

tanda waktu subur wanita

Sumber: Rd

9. Posisi Serviks (Pangkal Rahim) Tinggi & Lembut

Satu lagi tanda seorang wanita sedang subur ialah perubahan pada serviks atau pangkal rahim. Pada waktu biasa, serviks berada dalam keadaan tertutup, kering, terasa agak kesat, dan berada pada posisi rendah. Mudah dirasa apabila anda memasukkan jari.

Apabila menghampiri waktu ovulasi, serviks akan terasa lembut, sedikit terbuka, lembap dan pada posisi tinggi . Apabila anda masukkan jari, serviks berada agak jauh di dalam. Waktu terbaik untuk memeriksa serviks adalah pada waktu malam. Pastikan tangan anda bersih sebelum membuat pemeriksaan.

10. Payudara sensitif & Ngilu

Menjelang ovulasi, berlakunya peingkatan hormon dalam tubuh badan lalu menyebabkan payudara anda akan terasa sedikit sensitif dan ngilu. Ada juga wanita yang mengalami bengkak payudara semasa waktu subur.

11. Deria Rasa & Bau Lebih Tajam

Selain tanda-tanda di atas, ada juga wanita yang mendakwa mereka biasanya akan dapat menghidu dan merasa makanan dengan lebih baik pada waktu subur. Oleh itu, wanita juga kebiasaannya akan menjadi lebih berselera ketika proses ovulasi.

12. Tompokan Darah ( spotting )

Tompokan darah atau spotting berlaku akibat kadar penurunan estrogen yang mendadak sebelum berlakunya ovulasi. Penurunan paras estrogen menyebabkan paras progesteron akan turut menurun dan berlakunya luruhan endometrium secara tiba-tiba yang menyebabkan berlakunya tompokan darah.

13. Kulit muka berminyak

Untuk pengetahuan anda, pada kawtu subur kulit muka wanit akan menjadi sangat berminyak. Lebih berminyak daripada waktu normal.

tanda waktu subur wanita

Sumber: Huffingtonpost

14. Mood swing

Biasanya mood swing dikaitkan dengan PMS atau tanda nak datang bulan. Yang sebenarnya, mood anda yang tidak menentu juga adalah salah satu tanda anda sedang subur.

Selain mengatahui tanda-tanda waktu subur wanita di atas, ada baiknya untuk anda mengtahui cara mengira waktu subur. Berikut adalah cara kira waktu subur selepas haid dengan tepat dan mudah. Untuk mengetahui waktu subur, terdapat 2 perkara yang perlu anda tahu:

  • Ketahui kitaran terpendek anda. Contoh: 27 hari. Kurangkan jumlah angka ini dengan 18. Hasilnya: 9. Nombor ini mewakili hari pertama anda berada pada waktu subur.
  • Ketahui kitaran terpanjang anda. Contoh: 30 hari. Kurangkan jumlah angka ini dengan 11. Hasilnya: 19. Nombor ini mewakilihari terakhir anda dalam waktu subur.

Oleh itu, jika tempoh kitaran haid anda adalah sekitar 27 – 30 hari, maka anda akan paling subur pada hari ke 9 hingga 19. Jangan lupa untuk bersama suami setiap hari pada hari ke 9 sehingga hari ke 19 dalam kitaran haid anda.

Selain menggunakan kaedah kiraan,  anda boleh menggunakan kalkulator ovulasi secara online seperti:

  • Ovulation Calculator
  • Period Tracker Flo, Pregnancy & Ovulation Calendar
  • Biorythm Calculator
  • Period Tracker, Ovulation Calendar & Fertility App
  • My Ovulation Calculator
  • Period Tracker- Period Calendar Ovulation Tracker
  • Ovulation Calculator Fertility
tanda waktu subur wanita

Sumber: Insidebigdata

Itulah dia 14 tanda subur wanita & cara kira waktu subur wanita yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat untuk anda.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.