Sihir pemisah pasangan. Mungkin ada yang akan tersenyum sinis memikirkan di zaman moden dan serba canggih ini masih ada yang berbicara tentang perkara yang ketinggalan zaman. Namun ketahuilah bahawa walau pun anda merasakan bahawa sihir dan ilmu hitam adalah perkara mengarut dan sudah tidak wujud pada hari ini, yang sebenarnya ia masih berleluasa malah anda boleh terkan sihir pemisah dengan sekeping gambar yang dimuat naik di media sosial seperti facebook dan instagram.
Sihir pemisah adalah sihir yang digunakan dengan niat jahat iaitu agar pasangan suami isteri saling membenci di antara satu sama lain dan akhirnya meruntuhkan rumah tangga yang terbina. Ianya dilakukan atas pelbagai sebab. Mungkin disebabkan oleh perasaan cemburu, hasad dengki, dendam, atau mungkin juga sekadar untuk menguji ilmu yang baru dipelajari.
Akhir-akhir ini media sosial digemparkan dengan kes-kes sihir pemisah termasuk penemuan pelbagai alatan yang dikaitkan dengan sihir syaitan ini. Jom lihat tanda sihir pemisah yang semua pasangan perlu tahu supaya boleh sentiasa berjaga-jaga dan dapat mengesan jika ada sesuatu yang tidak kena di antara kita dan pasangan.
Ketahuilah bahawa sihir pemisah memiliki beberapa fasa dan setiap fasa menunjukkan betapa serius sihir tersebut mempengaruhi keharmonian rumah tangga mangsa yang dituju. Jika dibiarkan, sihir pemisah yang berada pada fasa awal akan menjadi semakin serius dan meningkat memasuki fasa kedua dan seterusnya. Oleh itu adalah sangat penting untuk kita mengesan sihir pemisan pada peringkat awal agar boleh diubati sebelum menjadi semakin serius. Berikut adalah fasa-fasa sihir pemisah:
Adalah sangat penting untuk mengetahui apakah tanda terkena sihir pemisah agar anda boleh terus mendapatkan rawatan jika secara tiba-tiba anda merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan rumah tangga anda. Di antara tanda sihir pemisah adalah seperti berikut:
Itulah dia perkongsian tentang tanda sihir pemisah pasangan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang petua suami isteri romantik dan petua eratkan kasih sayang suami isteri