Serangan panik (panic attack) adalah munculnya rasa takut atau gelisah berlebihan secara tiba-tiba. Serangan panik boleh dialami sesekali dalam hidup, yang biasanya menghilang saat keadaan atau situasi pemicunya berakhir. Namun, jika serangan panik terjadi secara berulang dan untuk jangka waktu yang lama, maka kondisi ini disebut gangguan panik.

Serangan panik boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Terutama sekali kepada orang yang selalu stres, penat dan terlalu kuat bekerja (overwork). Kini, kanak-kanak yang berusia 12 tahun juga boleh terkena serangan panik jika mereka terlalu stes memikirkan sesuatu benda atau trauma.

Apakah tanda-tanda serangan panik?

Mari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai tanda-tanda serangan panik atau ‘panic attack’. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul.

Tanda-tanda serangan panik

tanda serangan panik
Imej via alodokter

1. Jantung berdebar

2. Rasa tercekik

3. Berpeluh

4. Rasa loya

5. Rasa seperti terpisah dari realiti

6. Tangan menggeletar

7. Sesak nafas

8. Pening kepala

9. Kebas tangan

10. Takut akan mati

11. Takut diri hilang kawalan

*Di atas adalah tanda-tanda serangan panik yang dikatakan oleh doktor-doktor pakar. Malaysia dahulu tidak didedahkan lagi dengan serangan panik ini, maka masyarakat kurang ambil tahu tentang serangan panik. Masyarakat fikir bahawa serangan panik hanya berdrama sahaja dan tidak ambil serius terhadapnya.

Mungkin ia tidak terjadi kepada kita, tetapi jika kita terlalu stres dan memikirkan sesuatu benda, kita juga akan terkena serangan panik. Jika anda ada tanda-tanda di atas, cepat-cepat pergi berjumpa doktor. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diiberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.