Sembelit berlaku kerana sudah lama tidak membuang air besar. Jika hendak membuang air besar, penghidap akan berasa sakit di bahagian dubur. Terdapat kesan luka sedikit di bahagian dubur.

Sembelit bukan sahaja berlaku di kalangan orang dewasa, malah bayi dan kanak-kanak juga akan mengalami sembelit jika tidak dijaga. Faktor pemakanan dan gaya hidup mempengaruhi sembelit. Kasihan jika bayi dan kanak-kanak terkena sembelit.

Bagaimana hendak tahu bahawa jika anak kita terkena sembelit?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai punca dan kesan sembelit di kalangan bayi dan kanak-kanak. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

Tanda-tanda anak sembelit

Tanda dan punca sembelit anak
Imej via siraplimau

Macam mana nak tahu mereka sembelit? Tengok kekerapan bayi atau kanak-kanak membuang air besar. Kekerapan buang air besar bagi mereka adalah berbeza. Contohnya :

  • Bagi bayi yang menyusu badan, mereka akan membuang air besar selepas setiap kali menyusu.
  • Bagi kanak-kanak, mereka mungkin membuang najus setiap 2 -3 hari.

👉Sakit perut dan rasa tidak selesa.

👉Ketulan najis keras yang boleh di rasa di perut. Tapi ini kadang-kala sahaja boleh berlaku.

👉Terdapat luka di dubur.

Punca-punca anak sembelit

👉Kanak-kanak tidak mengendahkan rasa untuk membuang air besar sebab tak mahu gunakan tandas yang biasa mereka guna ataupun terlalu leka bermain.

👉Bila rasa sakit, kanak-kanak akan lebih menahan daripada membuang najis.

👉Kurangnya pengambilan air atau sumber serat (sayur dan buah).

👉Kadang-kadang disebabkan oleh usus besar kanak-kanak kurang aktif berbanding kebiasaan.

*Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan anak-anak membuang air besar, jika tidak anak-anak akan terkena sembelit. Pastikan anak-anak dapat makan makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.